v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sukan Olimpik Beijing Akan Sediakan Perkhidmatan 55 Jenis Bahasa Asing
2008-03-13 12:51:15 CRI

Pemilihan sukarelawan berbahasa asing untuk Sukan Olimpik dan Paralimpik Beijing kini berjalan lancar. Ramai tokoh masyarakat yang mempunyai keistimewaan berbahasa asing dan berpengalaman telah menyertai sukarelawan dua temasya tersebut. Selepas Sukan Olimpik Beijing diadakan, "Program Perkhidmatan Sukarelawan Bahasa Asing" akan dikekalkan.

Baru-baru ini, Bahagian Sukarelawan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing memaklumkan bahawa perkhidmatan bagi 55 jenis bahasa asing akan disediakan dalam tempoh Sukan Olimpik dan Paralimpik Beijing. Program itu memerlukan beberapa ribu orang sukarelawan berbahasa asing. Kerja memilih dan mengambil sukarelawan tersebut telah menarik perhatian yang meluas. Beberapa ramai ahli bahasa yang sudah bersara dari badan kerajaan, pelajar asing di Beijing, pensyarah dan pelajar di institut bahasa asing juga telah mendaftarkan diri.

Pemilihan sukarelawan itu telah dimulakan pada bulan Disember tahun lalu. Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing telah menubuhkan kumpulan ahli penilai yang terdiri daripada ahli-ahli bahasa asing dari badan kerajaan dan institusi pengajian tinggi. Kandungan penilaian meliputi keupayaan komunikasi dalam bahasa asing dan bahasa Mandarin, pengalaman bekerja, kualiti fizikal dan kualiti bersepadu.

Baru-baru ini, ahli-ahli bahasa yang sudah bersara dari Kementerian Luar, Jabatan Perhubungan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Kementerian Perdagangan, Kementerian Sains dan Teknologi, Jabatan Pentadbiran Kastam China dan Radio Antarabangsa China telah mengikuti pemilihan tersebut. Pemilihan tersebut dijalankan secara temu bual. Selain mempunyai keistimewaan dalam bahasa asing, calon sukarelawan itu juga perlu mempunyai pengalaman dalam urusan luar negeri, mengenal adat istiadat dan kebiasaan bahasa negara asing, dan berada dalam keadaan kesihatan yang baik.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |