v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pertandingan Ujian Sukan Olimpik Beijing 2008 Berjaya Diadakan di "Kubus Air"
2008-03-14 12:51:33 CRI

Pertandingan Terbuka Renang China 2008 "Bertuah Beijing" yang berlangsung selama enam hari telah selesai diadakan di Beijing pada 5 Februari lalu. Pertandingan itu bukan sahaja merupakan pertandingan pertama yang diadakan di "Kubus Air", iaitu Stadium Renang Negara China selepas ia siap dibina, tetapi juga merupakan pertandingan ujian yang penting bagi Sukan Olimpik Beijing. Tatacara dalam pertandingan tersebut sama dengan tatacara dalam Sukan Olimpik Beijing. Melalui penganjuran pertandingan tersebut, kemudahan infrastruktur dan kemampuan operasi "Kubus Air" telah mendapat pengiktirafan pelbagai pihak.

Walapun Pertandingan Terbuka Renang "Bertuah Beijing" yang diadakan di "Kubus Air" hanya merupakan satu pertandingan ujian bagi Sukan Olimpik Beijing, namun ia berjaya menarik seramai lebih 200 orang atlet dari 29 buah negara dan kawasan. Mereka menyertai pertandingan tersebut kerana pertandingan renang dalam Sukan Olimpik Beijing nanti akan diadakan di stadium itu. Mereka perlu menyesuaikan diri dengan stadium itu.

Pembinaan "Kubus Air" menelan belanja 200 juta dolar Amerika. Sistem struktur binanya beasaskan struktur selaput yang ditunjukkan melalui bentuk gelembung air. "Kubus Air" bukan sahaja mempunyai bentuk luar yang megah, tetapi juga memenuhi standard gelanggang peringkat tinggi di dunia. "Kubus Air" telah mendapat sanjungan tinggi para pemain dan wartawan asing. Atlet Jerman, Bitta Steffen berkata, beliau berasa selesa semasa berada dalam kolam air, laluan pertandingan amat luas, airnya dalam, tetapi tidak menjadi masalah baginya. Perenang Papua New Guinea, Ryan Pini berkata, walaupun "Kubus Air" agak besar, namun papan petunjuk arah banyak dipasang dan pembinaannya rasional, jadi kita tidak akan sesat jalan di dalamnya.

Wartawan NBC yang ditugaskan untuk melaporkan pertandingan tersebut, David Nill menyatakan: "Renang merupakan satu acara yang diminati ramai, terutamanya kami warga A.S. "Kubus Air" merupakan sebuah stadium yang megah. Saya sudah membuat liputan dalam lapan Sukan Olimpik. Saya dapati stadium ini merupakan gelanggang yang paling sempurna. Saya yakin gambar dan berita yang disiarkan dari sini akan merangsang penonton di seluruh dunia."

Untuk memenuhi keperluan penonton di Amerika Utara, pihak penganjur menetapkan sistem pertandingan yang unik, iaitu pertandingan peringkat awal diaturkan pada malam waktu tempatan Beijing, manakala pertandingan akhir diadakan pada pagi waktu tempatan Beijing. Dari segi fisiologi sukan, peraturan itu tentu menjejaskan atlet yang biasanya menyertai pertandingan pada waktu malam. Dalam Pertandingan Terbuka Renang tersebut, pihak penganjur telah menggunakan sistem pertandingan itu. Ini telah memberikan peluang kepada para atlet untuk menyesuaikan diri dalam pertandingan nanti.

Atlet Jerman, Paul Biedermann telah meraih pingat emas dalam acara renang 200 meter gaya bebas lelaki. Tetapi masa yang dicapainya hampir enam saat lebih berbanding rekod dunia. Beliau berkata: "Sekarang pukul tiga pagi waktu tempatan Jerman. Tatacara pertandingan ini amat berbeza dengan pertandingan pada masa dahulu. Oleh itu, saya berpuas hati dengan kejayaan yang saya capai. Saya yakin saya akan sesuai dengan waktu pertandingan semasa Sukan Olimpik nanti."

Bitta Steffen, atlet Jerman yang mengekalkan rekod dunia acara renang 100 meter gaya bebas wanita merupakan atlet yang terkenal dalam pertandingan "Bertuah Beijing". Walaupun beliau meraih pingat emas, manun masanya juga lebih dua saat berbanding rekod dunia. Beliau berkata, "saya suka menyertai pertandingan pada waktu malam, tetapi tatacara pertandingan telah ditetapkan. Jadi saya akan berusaha untuk menyesuaikan diri dengannya."

Tatacara pertandingan telah ditetapkan. Sehubungan dengan itu, beberapa atlet yang berkemungkinan akan meraih pingat telah mengubahsuai cara latihan mereka. Pasukan renang China telah mengubah waktu latihannya daripada pukul 9 pagi kepada pukul 6 pagi. Pertandingan akhir dalam pelbagai pertandingan utama di dalam negara China juga telah diadakan pada waktu pagi. Ketua Jurulatih Pasukan Renang Negara China, Encik Zhang Yadong berkata: "Atlet Eropah dan A.S. khususnya atlet A.S. untung sekiranya pertandingan akhir diadakan pada waktu pagi. Oleh itu, kami sedang menjalani latihan untuk menyesuaikan diri dengan pertandingan pada waktu pagi. Kesemua pertandingan dalam negara pada tahun 2008 akan diaturkan menurut tatacara pertandingan dalam Sukan Olimpik."

Dalam tempoh pertandingan tersebut, kebanyakan atlet berpendapat bahawa "Kubus Air" telah menyediakan kemudahan yang baik bagi mereka. Walapun tatacara pertandingan diubah, namun ini tidak akan menghalang para atlet daripada mencapai kejayaan dalam Sukan Olimpik Beijing kelak.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |