v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pemandu Teksi Beijing Berhasrat Berikan Sumbangan Sempena Sukan Olimpik
2008-03-06 13:18:11 CRI

Sempena kedatangan Sukan Olimpik, pelbagai sektor perkhidmatan di Beijing giat menambah usaha untuk memberikan sumbangan kepada temasya sukan itu, antaranya juga termasuklah sektor teksi. Kini, para pemandu teksi di Beijing bertambah rajin bekerja dan berusaha untuk meningkatkan taraf perkhidmatan mereka.

Sektor teksi merupakan sektor perkhidmatan yang penting di sesebuah bandar. Pemandu teksi mungkin merupakan kontak pertama kita ketika tiba di sesebuah bandar. Dari aspek ini, pemandu teksi boleh dikatakan sebagai cermin kepada tahap perkembangan tamadun di sesebuah bandar. Sempena kedatangan Sukan Olimpik Beijing, pemandu teksi di Beijing berhasrat untuk memberikan sumbangan mereka. Dalam ruangan hari ini, saya akan memperkenalkan seorang pemandu teksi, Wang Jiansheng kepada saudara.

Wartawan CRI melaksanakan wawancara dengan Wang Jiansheng di dalam teksinya. Sebelum menemui Wang Jiansheng, wartawan terlebih dahulu melihat keretanya. Satu bintang segi lima berwarna merah yang dipasangkan di atas kereta teksi itu amat menonjol. Ini merupakan tanda "100 pemandu teksi unggul" di Beijing. Sebenarnya, Wang Jiansheng pernah hidup yang mewah. Beliau pernah bekerja di beberapa buah syarikat. Selepas itu, beliau memasuki Syarikat Teksi Utara Beijing, dan menjadi seorang pemandu teksi. Semasa mengenang kembali kehidupan itu, Wang Jiansheng berkata: "Perkara yang penting ialah membuat kerja yang kita minati. Inilah perkara paling utama. Saya sangat suka dan sayang akan kerja saya."

Walaupun kerjanya setiap hari amat meletihkan, namun Wang Jiansheng amat gembira. Dia berpendapat bahawa kerjanya merupakan satu kesempatan baginya untuk memberikan sumbangan kepada Sukan Olimpik. Katanya: "Kerja saya mendatangkan banyak kegembiraan kepada saya. Kerja ini adalah universiti saya. Walaupun ruang teksi tidak besar, namun saya dapat memberikan perkhidmatan kepada penumpang yang berbeza-beza. Saya rasa saya mendapat berbagai-bagai pengetahuan daripada mereka, dan pengetahun ini sukar diperoleh di sekolah. Oleh itu, saya sangat menyayangi kerja ini."

Sejak cadangan sektor teksi Beijing sempena Sukan Olimpik ini dilaksanakan pada tahun 2005, sektor teksi Beijing telah mengadakan siri aktiviti seperti latihan kepada kesemua pemandu teksi, penilaian kredibiliti, pertandingan keselamatan 100 hari dan melarang merokok dalam teksi. Melalui aktiviti tersebut, tahap perkhidmatan sektor teksi di Beijing meningkat dengan ketara.

Pelancong dan penonton luar negara pasti ramai yang akan datang ke Beijing dalam tempoh pelaksanaan Sukan Olimpik Beijing. Sehubungan dengan itu, Wang Jiansheng berusaha belajar bahasa Inggeris pada masa lapangnya. Dia berharap dapat meningkatkan kemampuannya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para penumpang teksinya. Ketika bercakap tentang cara untuk meningkatkan kualiti pertuturannya dalam bahasa Inggeris, Wang Jiansheng mempunyai keadahnya sendiri yang unik. Menurutnya, asas kejayaannya ialah usaha mencipta iklim berbahasa Inggeris. Katanya: "Iklim berbahasa perlu kita cipta sendiri. Saya selalu berbual-bual dengan penumpang dalam bahasa Inggeris. Tahap iklim berbahasa Inggeris, sukar meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris kita. Selain itu, kita perlu berani bercakap, jangan malu. Saya rasa saya banyak bercakap, dan tahap bahsa Inggeris saya memang meningkat."

Pada suatu hari, seorang warga asing menumpang teksi Wang Jiancheng dari lapangan terbang ke Hotel Jianguo. Penumpang tersebut sukar menjelaskan destinasinya kerana tidak pandai bertutur dalam bahasa Mandarin. Ketika berdepan dengan keadaan ini, Wang Jiansheng berkomunikasi dengan penumpang itu dalam bahasa Inggeris. Penumpang itu berasa sangat kagum. Pada malam itu, dia menelefon kepada Wang Jiansheng dan meminta Wang Jiansheng pergi ke lapangan terbang untuk menyambut dua orang kawannya. Hari demi hari, sahabat Wang Jiansheng dari warga asing semakin ramai kerana kelebihannya dalam bahasa Inggeris. Katanya: "Saya memberikan perkhidmatan yang lebih sempurna kepada penumpang berdasarkan bahasa Inggeris yang saya kuasai. Ini bukan sahaja mengangkat imej pemandu teksi di Beijing, tetapi juga meningkatkan pendapatan saya. Sempena Sukan Olimpik Beijing 2008, kita perlu meningkatkan taraf penguasaan bahasa Inggeris kita."

Di dalam but kereta Wang Jiancheng terdapat beberapa helai kertas yang ditulis nama penumpang asingnya. Ramai penumpang telah menjadi kawannya. Baru-baru ini, Wang Jiansheng menyertai pertandingan persembahan dalam bahasa Inggeris sempena Sukan Olimpik. Beliau mencipta sketsa dalam bahasa Inggeris berdasarkan pengalamannya sendiri. Persembahannya berjaya mendapat tempat kedua.

Sempena kedatangan Sukan Olimpik Beijing, semakin ramai pelancong luar negara datang ke Beijing. Wang Jiansheng menyedari pentingnya bahasa Inggeris dalam kerjanya. Katanya: "Ramai tetamu asing menanti-nantikan Sukan Olimpik 2008, dan pemandu teksi akan menghadapi lebih ramai penumpang warga asing. Keadan ini menuntut pemandu teksi meningkatkan usaha mempelajari bahasa Inggeris."

Pekerjaan pemandu teksi nampaknya amat biasa, namun Wang Jiancheng bersama-sama dengan beberapa ramai pemandu teksi yang lain mampu memberikan sumbangan kepada Sukan Olimpik.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |