v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Sempurnakan Sistem Pengawalan Keselamatan untuk Jayakan Sukan Olimpik 2008
2008-02-04 12:50:09 Agensi Berita Xinhua China

Sukan Olimpik Beijing 2008 sudah menjadi fokus seluruh dunia pada masa sekarang. Sistem kawalan keselamatan dianggap sebagai kunci bagi menjayakan Sukan Olimpik. Apakah tindakan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan China untuk menjamin keselamatan Sukan Olimpik?

Liang Jianlin, pegawai Jabatan Keselamatan Awam Daerah Haidian, Bandar Beijing telah menyandang jawatan sebagai Naib Ketua Pengawal Keselamatan Pusat Pingpong Sukan Olimpik yang terletak di Universiti Peking. Beliau mengetuai sebuah pasukan pengawal keselamatan yang terdiri daripada 105 orang polis.

Seperti Liang Jianlin yang bekerja dengan rajin untuk menjamin keselamatan Sukan Olimpik, Nenek Yang, penduduk Lorong ke-10 kawasan Dongsi, Jalan Pingan, Beijing, yang berumur 70 tahun kini memakai logo "Sukarelawan Pengawalan Keselamatan Sukan Olimpik" dan menjalankan tugas di komunitinya setiap hari. Tugasnya termasuk menjaga tata tertib sosial, mengawal keselamatan, menjaga kebersihan dan lain-lain.

Liu Shaowu, Ketua Jabatan Pengawalan Keselamatan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing memaklumkan bahawa pihaknya telah menimba pengalaman sepenuhnya daripada pihak penganjur Sukan Olimpik yang lalu. Pihaknya telah berjaya menggubal lebih 50 buah cadangan pengawalan keselamatan dalam pelbagai bidang seperti penjagaan keselamatan di stadium, pencegahan aktiviti keganasan, pengumpulan maklumat dan sebagainya.

Pihaknya juga telah menetapkan ratusan buah tindakan yang konkrit yang sudah terus dilaksanakan.

Kementerian Keselamatan Awam China menyatakan bahawa kerajaan China amat mengambil berat tentang usaha pengawalan keselamatan Sukan Olimpik Beijing. Kerajaan pusat China telah menubuhkan sebuah badan penyelaras kerja-kerja pengawalan keselamatan Sukan ini. Pelbagai bandar tuan rumah Sukan Olimpik 2008 di China seperti Beijing, Tianjin, Shanghai, Qingdao, Shenyang dan Qinhuangdao telah menubuhkan badan pimpinan penjagaan keselamatan, manakala kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong juga telah menubuhkan badan yang serupa.

----DAZHONG

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |