v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Upacara Perasmian Larian Obor Sukan Olimpik Beijing Diadakan
2008-03-31 16:51:29 CRI

Hari ini 130 hari menjelang Sukan Olimpik Beijing dimulakan. Api suci yang dinyalakan di Olympia, Greece, tempat asal Sukan Olimpik zaman purba telah dibawa ke Beijing oleh sebuah pesawat khas Air China hari ini. Majlis Sambutan Api Suci yang juga Upacara Perasmian Larian Obor Sukan Olimpik Beijing telah diadakan di Lapangan Tian'anmen Beijing pagi tadi. Majlis itu dihadiri oleh Presiden China, Hu Jintao, Naib Presiden, Xi Jinping dan lebih 6,000 orang penduduk Beijing.

Presiden Hu Jintao menyerahkan obor Sukan Olimpik Beijing yang pertama dinyalakan di China kepada Liu Xiang, atlet China yang memegang rekod dunia dalam acara 110 meter lari lompat pagar lelaki. Selepas itu, Hu Jintao mengumumkan: "Larian obor Sukan Olimpik Beijing 2008 dimulakan."

Larian obor Sukan Olimpik Ke-29 selama 130 hari diadakan dengan tema "perjalanan harmoni" dan slogan "nyalakan inspirasi, menjangkan cita-cita." Aktiviti larian obor ini akan melalui perjalanan sepanjang 137 ribu kilometer di dunia dan disertai oleh lebih 21,000 orang pembawa obor dan 5000 orang pelari pengiring. Ia merupakan larian obor yang berlangsung paling lama dan disertai oleh pelari yang paling ramai dalam sejarah Sukan Olimpik.

Naib Persiden China, Xi Jinping dalam upacara itu berkata: "Menganjurkan Sukan Olimpik yang mempunyai keistimewaan dan bertaraf tinggi merupakan hasrat rakyat China. Kerajaan dan rakyat China mengalu-alukan atlet dan rakyat dari seluruh dunia untuk datang menyertai Sukan Olimpik Beijing. Kami akan berusaha bersama-sama rakan dari pelbagai negara untuk menyemarakkan semangat Olimpik, mendorong persefahaman dan persahabatan antara satu sama lain dan memberikan sumbangan kepada kedamaian, kemakmuran dan keharmonian dunia.

Pengerusi Suruhanjaya Penyelaras Sukan Olimpik Beijing Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Encik Hein Verbruggen telah membaca surat tahniah yang dikirim oleh Presiden IOC, Jacques Rogge. Dalam surat tahniah itu dinyatakan bahawa bermula hari ini, obor yang membawa api suci Olimpik akan dihantar ke seluruh dunia. Beliau juga menyampaikan harapan moga-moga kepada Sukan Olimpik Beijing berjalan dengan baik. Kata beliau: "Saya yakin, Sukan Olimpik Beijing bukan sahaja akan mencatat kegemilangan dalam bidang sukan, malah ia merupakan peluang yang amat baik bagi rakyat China dan pelbagai negara lain untuk saling mempelajari, memahami dan menghormati."

Mengikut tradisinya, larian obor telah diadakan di Greece selama 7 hari selepas api suci Sukan Olimpik dinyalakan di Olimpia pada 24 Mac lalu. Dalam Upacara Perasmian Larian Obor yang diadakan pagi tadi, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Liu Qi menyatakan bahawa ketibaan api suci Sukan Olimpik ke China bermulanya Sukan Olimpik Beijing. Kata beliau: "Kami akan berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan pelbagai kerja persiapan berdasarkan tiga konsep utama, iaitu 'Sukan Olimpik hijau, Sukan Olimpik sains dan teknologi dan Sukan Olimpik kebudayaan, dan berusaha menjamin Sukan Olimpik Beijing diadakan dengan jayanya."

Obor Sukan Olimpik Beijing akan dihantar ke Alma-ata, Kazakhstan esok, untuk memulakan larian obor selama 33 hari di luar China. Selepas itu, obor itu akan tiba kembali ke China pada awal bulan Mei nanti bagi meneruskan larian obor di China pula sehingga perasmian Sukan Olimpik Beijing pada 8 Ogos.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |