v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wawancana Khas dengan Datuk Bandar London, Encik Ken Livingston
2008-04-07 09:51:27 CRI

Larian obor Sukan Olimpik Ke-29 selama 130 hari diadakan dengan tema "perjalanan harmoni" dan slogan "nyalakan inspirasi, menjangkan cita-cita." Aktiviti larian obor ini akan melalui perjalanan sepanjang 137 ribu kilometer di dunia dan disertai oleh lebih 21,000 orang pembawa obor dan 5000 orang pelari pengiring. Ia merupakan larian obor yang berlangsung paling lama dan disertai oleh pelari yang paling ramai dalam sejarah Sukan Olimpik. Larian obor Sukan Olimpik diadakan di London hari ini. London merupakan pihak penganjur Sukan Olimpik ke-30. Apakah pandangan penduduk Londong tentang Sukan Olimpik Beijing? Dalam ruangan hari ini, saya akan siarkan wawancara khas dengan Datuk Bandar Londong, Encik Ken Livingston.

London menjadi destinasi keempat bagi larian obor temasya sukan itu di luar Tanah Besar China. Datuk Bandar London, Encik Ken Livingston berkata, London sebagai pihak penganjur Sukan Olimpik ke-30 menganggap larian obor ini menunjukkan persahabatan dan semangat kerjasama Olimpik. Larian obor ini juga memberikan peluang kepada London untuk meningkatkan pengalamannya. Katanya: "Kami telah membuat persiapan yang baik. Kami merancang laluan dan pelari larian obor Sukan Olimpik. Saya berharap smoga cuaca hari itu cerah."

Larian obor Sukan Olimpik Beijing dimulakan di Stadium Wembley yang terletak di barat daya London dan diserahkan ke Greenwich, timur bandar itu. Larian ini melalui perjalanan sepanjang 31 kilometer dan melintasi 10 daerah. Seramai 80 orang pelari menyertai aktiviti ini. Datuk Bandar Ken Livingston menyatakan bahawa Beijing menganjurkan Sukan Olimpik pada tahun ini, dan London akan menerima bendera temasya sukan itu pada lapan bulan akan datang. Oleh itu, London membuat rancangan yang khas untuk merayakan hubungan isitimewa kedua-dua bandar ini. Katanya: "Kami membuat rancangan yang khas untuk aktiviti ini. Kami merancang larian obor Sukan Olimpik melalui Muzim Britain yang sedang mengadakan pameran patung tanah liat maharaja Qinshihuang China. Sudah tentu larian itu akan melalui Chinatown. Selain itu, kami merancang larian obor itu melalui gelanggang Sukan Olimpik yang sedang dibina, sebab kami berharap sama dengan Beijing menyelesaikan persiapan untuk Sukan Olimpik lebih awal."

Encik Ken Livingston menyatakan Beijing menjadi contoh yang baik dalam usaha membuat persiapan Sukan Olimpik, London berharap mencapai kejayaan sama dengan Beijing ketika Sukan Olimpik 2010 diadakan. Sehubungan dengan itu, London dan Beijing mempunyai hubungan yang rapat. Katanya: "Saya pernah mengetuai delegasi pegawai Sukan Olimpik melawat Beijing pada satu tahun setengah yang lalu. Kedua-dua pihak kami mengadakan rundingan dalam pelbagai bidang, dan pertukaran maklumat masih diteruskan. Kami menubuhkan jabatan di Beijing dan Shanghai China. Kami mempunyai hubungan yang baik dengan kedua-dua bandar ini."

Ketika memperkatakan Sukan Olimpik yang diadakan di Beijing nanti. Beliau berkata: "Saya berharap menghadiri Sukan Olimpik Beijing. Namun ada satu masalah kecil, iaitu saya perlu menyandang jawatan Datuk Bandar London pada 1 Mei nanti. Bagaimanapun, saya sangat ingin pergi ke Beijing."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |