v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kerja Persiapan Sukan Olimpik Beijing Mendapat Penghargaan IOC
2008-04-04 18:39:19 CRI

Sempena larian obor Sukan Olimpik Beijing 2008 yang diadakan di pelbagai negara di dunia, Suruhanjaya Penyelaras Sukan Olimpik Ke-29 Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) telah mengadakan mesyuarat pleno ke-10 di Beijing pada 1 hingga 3 April lalu. Dalam sidang akhbar yang diadakan selepas mesyuarat itu, Pengerusi Suruhanjaya Penyelaras tersebut, Encik Hein Verbruggen dan Pengarah Eksekutif Sukan Olimpik IOC, Encik Gilbert Felli telah menyatakan penghargaan yang tinggi kepada kerja-kerja persiapan bagi Sukan Olimpik Beijing.

Suruhanjaya Penyelaras Sukan Olimpik Ke-29 Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa IOC telah mengadakan mesyuarat pleno ke-10 selama 3 hari di Beijing bermula 1 April lalu. Dalam tempoh mesyuarat itu, pegawai Suruhanjaya Penyelaras Sukan Olimpik dan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing telah mengadakan beberapa mesyuarat kerja bagi membincangkan isu-isu berkait dengan alam sekitar, perkhidmatan media, penonton dan usaha-usaha yang lain.

Pengerusi Suruhanjaya Penyelaras Sukan Olimpik Ke-29, Hein Verbruggen merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh kerajaan China bagi menjayakan Sukan Olimpik Beijing dan memberikan penghargaan kepada hasil yang dicapai dalam pelbagai kerja persiapan. Beliau berkata: "Saya amat sukacita menyuaratkan jangkaan saya bahawa Sukan Olimpik Beijing yang akan diadakan pada musim panas tahun ini pastinya akan berjaya. Kerja-kerja Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing berjalan dengan lancar. Sukan Olimpik pada bulan Ogos nanti akan diadakan secara paling istimewa dan menguntungkan semua atlet."

Sekarang, Beijing sedang giat mengambil pelbagai tindakan bagi mencegah pencemaran udara. Bermula pada 1 Mac lalu, piawaian pelepasan gas ekzos China IV yang setaraf dengan piawaian IV Eropah telah dilaksanakan di Beijing. Selain itu, Beijing dan beberapa bandar dan provinsi di sekitarnya juga akan membentuk sistem ramalan kualiti udara. Sekarang, penilaian kualiti udara di Beijing pada bulan Ogos telah pun dibuat oleh institusi penyeliaan kualiti udara antarabangsa. Menurut Encik Hein Verbruggen, keputusan penilaian itu memuaskan. Beliau yakin bahawa kualiti udara Beijing sempena Sukan Olimpik akan berada dalam keadaan yang baik dan tidak akan memberikan kesan negatif kepada atlet.

Setakat ini, 36 daripada kesemua 37 buah stadium untuk Sukan Olimpik Beijing telah siap dibina, manakala pembinaan Stadium Negara akan siap pada bulan April ini. Selain itu, enam projek pembinaan yang berkaitan termasuk, Bangunan Beijing Digital, Perkampungan Sukan Olimpik, Perkampungan Media dan Pusat Konvensyen Negara juga akan siap pada bulan ini.

Dalam tempoh mesyuarat kali ini, Encik Hein Verbruggen dan lebih 20 orang ahli Suruhanjaya Penyelaras Sukan Olimpik telah mengadakan tinjauan ke Perkampungan Sukan Olimpik Beijing. Ketua Eksekutif Sukan Olimpik IOC, Encik Gilbert Felli berkata: "Perkampungan Sukan Olimpik ini cantik. Bilik yang besar, perabotnya juga amat memuaskan. Saya yakin atlet juga akan berasa puas hati."

Encik Hein Verbruggen menyatakan bahawa dalam tempoh beberapa tahun yang lalu, mereka tetap memelihara hubungan kerjasama yang baik dengan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing. Dalam tempoh lebih 100 hari menjelang Sukan Olimpik Beijing, pihaknya akan terus memberikan sokongan kepada pelbagai kerja persiapan, dan akan bekerjasama dengan Beijing untuk menjayakan Sukan Olimpik.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |