v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Beijing dan Kawasan Sekelilingnya Mengawal Pencemaran Udara Untuk Menjamin Kualiti Udara Sepanjang Sukan Olimpik Beijing
2008-04-14 16:49:06 CRI

Masalah kualiti udara ketika Sukan Olimpik Beijing berlangsung merupakan fokus dan tumpuan perhatian pelbagai pihak. Beijing telah mengambil pelbagai langkah pengawalan untuk menjamin kualiti udara sepanjang tempoh Sukan Olimpik Beijng diadakan. Langkah utama yang diambil oleh Beijing bersama-sama dengan kawasan sekelilingnya, termasuk provinsi Hebei, Shanxi, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, bandar Tianjin dan provinsi Shandong ialah menutup sekumpulan syarikat yang kadar penggunaan sumber tenaganya dan pencemarannya tinggi, dan merancang beberapa langkah sementara untuk mengurangkan pelepasan pencemaran semasa Sukan Olimpik diadakan. Menurut pegawai jabatan perlindungan alam sekitar China, kualiti udara dalam tempoh Sukan Olimpik Beijing dapat dijamin dengan langkah tersebut.

Ketika Beijing memohon hak untuk menganjurkan Sukan Olimpik 2008 pada tahun 2001, kerajaan China telah memberi jaminan yang sungguh-sungguh terhadap kualiti udara semasa sukan itu diadakan di Beijing, iaitu dengan mengadakan pengawasan terhadap jumlah Sulfur Dioksida (SO2), Karbon Monoksida (CO), Nitrogen Dioksida (NO2) dan zarah terampai di Beijing setiap hari. Selain itu, kerajaan China juga membuat janji akan berusaha untuk memperbaiki kualiti alam sekitar Beijing.

Naib Menteri Perlindungan Alam Sekitar China, Encik Zhang Lijun menyatakan:

"Kini Beijing telah mewujudkan sistem pengawasan udara persekitaran yang lebih mantap. Petunjuk pencemaran tersebut akan diawasi setiap hari dan diumumkan melalui berita media utama supaya keadaan kualiti udara di Beijing dapat dilihat secara menyeluruh dan tepat. Setakat ini pelepasan tiga sisa pencemaran utama, iaitu Karbon Monoksida (CO), Sulfur Dioksida (SO2), Nitrogen Dioksida (NO2) sudah menepati piawai. Jumlah zarah terampai juga dikurangkan dengan ketara. Jumlah hari yang menepati piawai bertambah kepada 246 hari pada tahun yang lalu berbanding dengan 100 hari pada tahun 1998."

Melalui penyelidikan pakar alam sekitar China, selain bahan cemar dari Beijing sendiri, kualiti udara dalam tempoh Sukan Olimpik ini juga akan dipengaruhi oleh sisa-sisa cemar dari kawasan sekeliling Beijing. Dengan itu tindakan bersama patut diambil di kawasan-kawasan tertentu untuk mencegah pencemaran udara. Untuk matlamat yang sama, bekas Jabatan Pentadbiran Am Perlindungan Alam Sekitar China bersama dengan Beijing, Hebei, Tianjin, Shanxi, Mongolia Dalam dan Shandong telah menyusun langkah atau tindakan untuk menjamin kualiti udara dalam tempoh Sukan Olimpik ini diadakan. Zhang Lijun turut berkata:

"Tindakan jaminan ini terdiri daripada dua bahagian. Yang pertama, enam kawasan tersebut perlu melaksanakan tugas-tugas tertentu, seperti mengawal pembakaran yang arang batu menggunakan, dan membantu syarikat yang berkait dengan bahan binaan, simen, industri kimia serta besi dan keluli untuk menyelesaikan penstrukturan semula. Yang kedua, beberapa syarikat di kawasan Beijing, Tianjin dan Hebei akan dihentikan atau ditangguhkan dalam tempoh Sukan Olimpik diadakan. Selain itu Shanxi, Mongolia Dalam dan Shandong juga patut mengambil langkah berkenaan untuk menjamin kualiti udara di Beijing."

Enam kawasan tersebut amat memberikan perhatian terhadap tindakan jaminan tersebut. Misalnya Wilayah Autonomi Mongolia Dalam yang terletak di utara bandar Beijing telah pun menyelesaikan sebahagian tugasnya. Menurut langkah jaminan tersebut, sebanyak 15 loji jana kuasa termal di kawasan yang hampir dengan Beijing di Mongolia Dalam akan menyelesaikan tugas membuang sulfur menjelang bulan Jun.

Encik Zhang Lijun menyatakan kualiti udara semasa Sukan Olimpik Beijing terjamin melalui tindakan-tindakan tersebut.

"Pelbagai tugas menurut tindakan jaminan itu akan diselesaikan secara menyeluruh sebelum penghujung bulan Jun. Pakar yang berkenaan telah meramalkan bahawa kualiti udara Beijing semasa Sukan Olimpik ini akan menepati piawai dengan pelaksanaan tindakan jaminan tersebut."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |