v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Makanan dan Keluaran Pertanian China Dapat Penuhi Keperluan Sukan Olimpik Beijing
2008-04-16 10:16:06 CRI

Dalam sebuah sidang antarabangsa yang diadakan di Hangzhou, bandar selatan China semalam, pegawai Kementerian Pertanian China menyatakan bahawa China menekankan jaminan bagi bekalan makanan sepanjang Sukan Olimpik Beijing. Kerajaan China telah mewujudkan rantaian sistem kawalan keselamatan kualiti iaitu "dari ladang ke meja makan", melalui pelancaran piawai dan meningkatkan penyeliaan dan kawalan terhadap kualiti makanan. Pada masa ini, makanan dan keluaran pertanian dijangka dapat memenuhi keperluan Sukan Olimpik Beijing.

Sidang Tahunan ke-40 Jawatankuasa Kodeks Sisa Racun Perosak (CCPR) telah diadakan di Hangzhou semalam. CCPR yang bertanggungjawab untuk menetapkan standard antarabangsa sisa racun perosak hasil penanaman dan penternakan serta produk pemprosesan berkenaan merupakan satu daripada 10 buah jawatankuasa bersepadu di bawah Suruhanjaya Alimentatius Kodeks (CAC). Hampir 300 orang wakil daripada lebih 60 buah negara dan 10 buah pertubuhan antarabangsa telah menyertai sidang tersebut.

Naib Menteri Pertanian China, Wei Chao'an dalam upacara perasmian sidang tersebut berkata bahawa kerajaan China akan memastikan keselamatan kualiti makanan Sukan Olimpik Beijing terjamin. Beliau berkata,

"Pada tahun ini, Sukan Olimpik dan Paralimpik akan diadakan di Beijing. Untuk memastikan keselamatan makanan terjamin, kerajaan China terus meningkatkan penyeliaan dan kawalan keselamatan kualiti keluaran pertanian. Baik dari segi jumlah, mahupun jenis dan kualiti, keluaran pertanian dan makanan China dapat memenuhi keperluan atlet, pengadil dan penonton pelbagai negara."

Beliau berkata bahawa kerajaan China mengutamakan kerja-kerja keselamatan kualiti keluaran pertanian, meningkatkan kawalan sumber dan proses pengeluaran, menjalankan pengeluaran mengikut piawai, memeriksa tempat penanaman dan pasaran supaya diwujudkan rantaian sistem kawalan "dari tanah ladang ke meja makan". Selain itu, China juga menubuhkan dan menyempurnakan sistem berkenaan untuk menganalisis risiko racun perosak demi meningkatkan kaedah penilaian risiko pencemaran racun perosak terhadap keluaran pertanian.

Setakat ini, China telah mengeluarkan lebih 1800 buah piawai peringkat negara dan lebih 2900 buah piawai sektor yang melibatkan keselamatan keluaran pertanian dan makanan.

Wakil Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO) ke China, Puan Victoria Sekitoleko dalam ucapannya menyatakan bahawa FAO memuji langkah-langkah yang diambil oleh China baru-baru ini untuk menjamin keselamatan kualiti keluaran pertanian. Beliau berkata,

"Saya perhatikan, dalam sidang bersama Kementerian Pertanian dan Kementerian Kesihatan China, kedua-dua kementerian tersebut membincangkan dan menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Piawai Sisa Racun Perosak Seluruh Negara merujuk rangka FAO, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan CCPR. Ini bermanfaat bagi menggalakkan penerusan piawai China dengan piawai antarabangsa dalam bidang tersebut, menunaikan janji kerajaan China terhadap penetapan piawai keselamatan makanan antarabangsa dan memperlihatkan komitmen kerajaan China dalam kerjasama antarabangsa dalam bidang tersebut."

Beliau menambah, FAO dan WHO mengharapkan kerjasama yang lebih erat dengan kedua-dua kementerian tersebut dalam bidang keselamatan kualiti keluaran pertanian.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |