v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kuala Lumpur Bersedia Menyambut Obor Sukan Olimpik Beijing
2008-04-18 16:46:07 CRI

Larian obor Sukan Olimpik Beijing akan diadakan di Kuala Lumpur esok. Untuk mengetahui lebih awal bagaimanakah laluan dan butir acaranya dan apakah keunikan larian obor itu di Kuala Lumpur, wartawan CRI telah mengadakan wawancara khas dengan Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Sieh Kok Chi di Kuala Lumpur baru-baru ini. Datuk Sieh Kok Chi memaklumkan, Malaysia kali terakhir menjadi tuan rumah larian Obor Olimpik ialah pada Sukan Olimpik 1964 di Tokyo, ketika sukan itu buat pertama kalinya dianjurkan di rantau Asia. Larian obor Sukan Olimpik ketika itu diadakan secara sederhana sahaja. Selepas lebih empat dekad, Kuala Lumpur sekali lagi dipilih bersama-sama 24 bandar raya lain untuk menyertai Larian Obor Sukan Olimpik 2008 Beijing. Oleh sebab inilah kali pertama China menjadi tuan rumah Sukan Olimpik, pihak-pihak yang berkenaan Malaysia bersungguh-sungguh membuat persiapan bagi menjayakan acara larian obor tersebut. Datuk Sieh Kok Chi berkata:

"China menjadi tuan rumah Sukan Olimpik kali ini, Malaysia memang serius dengan larian obor Sukan Olimpik Beijing. Acara itu akan diadakan pada 21 April dan akan bermula dari Dataran Merdeka pada pukul dua petang. Aktiviti larian obor akan melalui tempat-tempat yang menarik di Kuala Lumpur seperti Masjid Negara dan Stadium Merdeka. Pada tahun 1957, upacara pengisytiharan kemerdekaan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka. Selain itu, obor Sukan Olimpik Beijing juga akan dibawa naik ke Menara Kuala Lumpur. Puncak menara itu merupakan tempat yang paling tinggi di Kuala Lumpur, malah lebih tinggi daripada Menara Berkembar Petronas yang kini menjadi mercu tanda Malaysia. Acara larian itu akan berakhir di KLCC, iaitu destinasi pelancongan yang terbaru di Kuala Lumpur. Laluan obor itu bermula dari tapak peninggalan sejarah yang lama, ke tempat pengisytiharan kemerdekaan, dan akhirnya ke bangunan yang paling moden di Kuala Lumpur. Tujuan kami adalah untuk meningkatkan pengetahuan rakyat Malaysia terhadap Sukan Olimpik Beijing dan menyebarkan semangat Sukan Olimpik. Pada kesempatan ini, kami juga ingin mempamerkan tempat-tempat yang menarik di Kuala Lumpur kepada seluruh dunia serta masyarakat Malaysia yang berbilang kaum yang terdiri daripada orang Cina, orang India dan orang Melayu."

Menurut Datuk Sieh Kok Chi, seramai 80 orang pembawa obor akan menyertai larian obor Sukan Olimpik ini di Kuala Lumpur. Antaranya termasuk jaguh dan bekas jaguh sukan negara Malaysia, pegawai kerajaan, pegawai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tokoh korporat, dan juga calon-calon yang dicadangkan oleh Kedutaan Besar China ke Malaysia. Antara pelbagai aktiviti untuk menyambut ketibaan obor Sukan Olimpik ke Kuala Lumpur ini, ada dua acara atau peristiwa yang dianggap agak unik, pertama ialah, acara "Fun Run" yang akan dianjurkan sehari sebelum larian obor itu, dan kedua ialah angkasawan pertama Malaysia, Sheikh Muszaphar akan turut menjadi pembawa obor.

"Sehari sebelum berlangsungnya larian obor Sukan Olimpik Beijing, iaitu pada 20 April nanti, kami akan menganjurkan satu acara larian yang sejauh 5 kilometer khusus untuk menyambut ketibaan obor itu. Kami menamakan larian itu "Fun Run". Acara ini kami anjurkan kerana ramai orang yang ingin menyertai larian obor Sukan Olimpik ini, namun hanya 80 orang sahaja yang terpilih, yang lain tidak adalah peluang untuk membawa obor itu. Jadi, kami anjurkan larian ini untuk memberikan peluang kepada mereka yang tidak terpilih dan juga orang awam untuk bersama-sama menikmati aktiviti Sukan Olimpik ini. Seramai 2000 orang dijangka akan menyertai aktiviti ini."

Sebabnya kami memilih Sheikh Muszaphar sebagai pembawa obor kerana beliau ialah angkawasan pertama Malaysia, bahkan juga di Asia Tenggara. Kini beliau diminati oleh ramai. Jadi kami undang beliau menyertai larian kali ini untuk menarik perhatian lebih ramai orang. Beliau akan membawa obor Sukan Olimpik Beijing ke atas Menara Kuala Lumpur. Oleh sebab beliau ialah angkasawan, maka kami mengaturkan gilirannya untuk membawa obor itu di tempat yang tertinggi di Kuala Lumpur. Beliau akan berlari membawa obor Sukan Olimpik Beijing itu tidak lebih daripada 50 meter di atas menara itu."

----Puspa

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |