v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kualiti Udara Beijing Ketika Sukan Olimpik Terjamin
2008-04-21 09:33:09 CRI

Masalah kualiti udara ketika Sukan Olimpik Beijing berlangsung merupakan fokus dan tumpuan perhatian pelbagai pihak. Kerajaan bandar Beijing telah mengambil pelbagai langkah perawatan dan pengawalan untuk menjamin kualiti udara sepanjang tempoh sukan itu diadakan. Menurut statistik terkini Pusat Pengawasan Perlindungan Alam Sekitar Beijing, jumlah hari yang memenuhi piawai kualiti udara di Beijing telah mencapai 67 hari pada suku pertama tahun ini. Ini merupakan pencapaian terbaik bagi tempoh yang sama sejak 9 tahun yang lain. Pegawai jabatan perlindungan alam sekitar Beijing telah menyatakan bahawa China dapat menunaikan janjinya untuk meningkatkan kualiti udara Beijing demi memberikan persekitaran yang memuaskan hati para atlet yang menyertai Sukan Olimpik.

Son Chun Hua yang berasal dari Republik Korea kini sedang belajar di Universiti Rakyat China. Dia memberitahu pemberita bahawa dia dapat merasakan kualiti udara di Beijing sudah semakin baik melalui pengalamannya sendiri dalam tempoh 6 tahun berada di Beijing.

Son Chun Hua berkata:"Kualiti udara di Beijing semakin baik. Ribut pasir ketara sudah semakin kurang. Sementara itu kesedaran rakyat terhadap isu perlindungan alam sekitar juga semakin meningkat."

Ketika China memohon hak untuk menganjurkan Sukan Olimpik pada tahun 2001, Beijing telah mengeluarkan janji bahawa kualiti udara sepanjang Sukan Olimpik akan memenuhi piawai negara dan piawai yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Dalam tempoh 7 tahun sejak peristiwa itu, kualiti udara di Beijing sudah berubah dengan ketara.

Menurut Naib Pengarah Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Beijing, Encik Du Shaozhong, sejak tahun 1998, Beijing terus menerus mengambil langkah memperbaiki kualiti udara. Sebanyak lebih 200 langkah telah diambil, antaranya mencegah pencemaran akibat pembakaran arang batu, kenderaan bermotor, pengeluaran perindustrian dan debu yang berterbangan. Tindakan tersebut telah memperlihatkan hasil yang ketara. Menurut data-data pengawasan, pelepasan tiga bahan sisa cemar utama di Beijing, iaitu Karbon Monoksida (CO), Sulfur Dioksida (SO2) dan Nitrogen Dioksida (NO2) sudah menepati piawai. Manakala, jumlah zarah terampai juga amat berkurang sekarang. Jumlah hari yang menepati piawai kualiti udara telah meningkat kepada 246 hari pada tahun yang lalu berbanding dengan 100 hari pada tahun 1998.

Hanya tinggal lebih 100 hari sahaja sebelum Sukan Olimpik Beijing dirasmikan. Du Shaozhong menyatakan pihak yang bertanggungjawab akan terus mengambil langkah yang lebih ketat untuk mengawal pencemaran udara demi menjamin kualiti udara sepanjang tempoh Sukan Olimpik diadakan.

Du Shaozhong berkata:"Pertama, piawai pelepasan sisa cemar yang lebih ketat akan dijalankan. Yang kedua, meningkatkan pengawalan pelepasan asap dari ekzos kenderaan bermotor, termasuk memberi 1500 buah bas awam dan 2000 buah teksi yang baru untuk menggantikan yang lama sebelum penghujung bulan Jun ini. Di samping itu, pencegahan pencemaran debu dari tapak pembinaan juga akan dilaksanakan."

Sementara itu, warga Beijing juga menganjurkan pelbagai aktiviti pemulihan kualiti udara Beijing dengan inisiatif sendiri. Misalnya, mereka menyeru supaya penggunaan kereta pribadi dikurangkan untuk mengurangkan pelepasan asap dari ekzos kereta. Seruan tersebut telah mendapat sokongan ratusan ribu orang yang mempunyai kereta pribadi. Zhou Yuelin dari daerah Chouwen, Beijing ialah salah seorang daripadanya. Dia terus mengurangkan satu hari sebulan daripada menggunakan keretanya sejak bulan Jun tahun yang lalu, dan dia sedapat mungkin memilih pengangkutan awam.

Zhou Yuelin berkata:"Sukan Olimpik Beijing semakin dekat. Saya mengurangkan satu hari menggunakan kereta saya setiap bulan untuk mengurangkan pencemaran dan memilih pengangkutan awam. Selain itu, ini bermanfaat bagi kesihatan kita. Saya menyeru lebih ramai orang menyahut seruan ini."

Du Shaozhong memaklumkan bahawa Beijing bersama-sama dengan kawasan-kawasan sekelilingnya juga mengawal pencemaran udara. Dengan langkah-langkah tersebut, kualiti udara Beijing sepanjang Sukan Olimpik dapat dijamin.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |