v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pembawa Obor Olimpik --- Shi Bin, Penternak Panda
2008-05-14 09:09:31 CRI

Fuwa Jing Jing, maskot Sukan Olimpik Beijing

Jing Jing, salah satu daripada lima Fuwa iaitu maskot Sukan Olimpik Beijing ialah seekor panda yang comel. Bagi menyambut pemilihan panda sebagai maskot Sukan Olimpik Beijing, Pangkalan Penyelidikan Penternakan Beruang Panda Chengdu telah menamakan seekor anak panda yang baru dilahirkan ketika pengumuman maskot tersebut, Jing Jing untuk memperingati peristiwa yang cukup bermakna itu dan Jing Jing juga akan membesar bersama-sama maskot tersebut.

Penternak Jing Jing, Shi Bin telah diberikan penghormatan apabila dipilih pula sebagai pembawa obor Sukan Olimpik Beijing. Dalam rancangan hari ini, saya akan membawa saudara mengenali Encik Shi Bin, pembawa obor sukan terbesar dunia itu.

Pada tahun 2004, Shi Bin, 22 tahun, yang berasal dari Provinsi Sichuan lulus dari Universiti Pertanian Sichuan dalam program sains haiwan dan mula bekerja di Pangkalan Penyelidikan Penternakan Beruang Panda Chengdu sebagai penternak anak panda. Tugas hariannya ialah memberi makan, membersihkan kandang dan najis, bermain dengan anak-anak panda dan merekodkan perubahan keadaan badan panda. Walaupun tugasnya berat, tapi kerana minat dan sayang yang mendalam terhadap haiwan itu, Shi Bin melaksanakan tugasnya dengan penuh semangat. Kata Shi Bin:

Panda Jing Jing dengan ibunya

Jing Jing apabila baru dilahirkan

"Panda bukan sahaja menjadi simbol kejayaan China bahkan seluruh dunia dalam usaha perlindungan alam sekitar. Saya merasa suatu kejayaan dan cukup bangga dapat membesarkan anak panda dari kecil hingga sebesar ini."

Dia memelihara Jing Jing selepas dilahirkan pada tahun 2005. Bertugas sebagai penternak khas anak panda itu, Shi Bin perlu mengurus segala hal tentang kehidupan harian Jing Jing dan merekodkan butir-butir terperinci kehidupannya. Anggota keluarga Jing Jing semuanya pernah terlibat dalam bidang sukan. Ibunya, Ya Ya dilahirkan pada tahun berlangsungnya Sukan Asia Beijing 1990. Nama ayah Jing Jing, Cobi, diberi oleh bekas Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Juan-Antonio Samaranch mengambil nama maskot Sukan Olimpik Barcelona 1992.

Shi Bin dan "anak"nya

Pada bulan Jun 2007, pemilihan calon pembawa obor Sukan Olimpik Beijing mula dilaksanakan di seluruh negara. Sebagai penternak Jing Jing, Shi Bin menganggap dirinya lebih layak untuk menjadi calon pembawa obor Sukan Olimpik yang mesra alam kali ini. Jadi, beliau telah mengisi borang permohonan untuk menjadi calon pembawa obor kali ini. Ketika menyebut tentang tujuannya membuat permohonan tersebut, Shi Bin berkata:

"Saya berharap, penglibatan dalam larian obor Sukan Olimpik kali ini dapat meningkatkan kesedaran orang awam mengenai pentingnya melindungi panda."

Dengan menyertai tiga acara pemilihan dari segi kecekapan fizikal, kebolehan mempromosikan sendiri dan tahap keilmuan yang memperlihatkan persaingan sengit, Shi Bin berjaya melayakkan diri dalam pertandingan akhir pemilihan calon pembawa obor Sukan Olimpik yang diadakan di Beijing pada bulan Ogos tahun lalu. Tempoh pembiakan panda ialah pada bulan Ogos setiap tahun dan juga tempoh yang paling sibuk bagi penternak panda. Sebagai sokongan kepada Shi Bin, Ketua Pengurusan Haiwan Pangkalan Penyelidikan Penternakan Beruang Panda Chengdu, Encik Huang Xiangming telah memberikannya pengecualian untuk memohon cuti pada bila-bila masa untuk menyertai pertandingan tersebut. Encik Huang berkata:

"Kami sangat menyokong dia menjadi calon pembawa obor Sukan Olimpik Beijing dan sedapat mungkin menyediakan kemudahan kepada dia dari segi masa kerja."

Ini sangat dihargai oleh Shi Bin. Baginya, panda telah membantu dia mencapai impiannya untuk melibatkan diri dalam Sukan Olimpik. Oleh itu, mengambil kesempatan digelar sebagai pembawa obor Sukan Olimpik, dia akan berusaha menarik perhatian lebih ramai orang terhadap usaha melindungi panda, haiwan yang hampir pupus ini.

"Semasa pemilihan, setiap calon disuruh menulis slogan sendiri. Slogan yang saya tulis ialah "Melindungi Alam Sekitar! Sayangi Panda!". Saya berharap bahawa aktiviti kali ini dapat menarik perhatian lebih ramai orang supaya mereka melibatkan diri dalam usaha melindungi dan menyayangi panda."

Shi Bin yang bangga kerana menjadi pembawa obor Sukan Olimpik kali ini menjadikannya bersemangat dan tidak sombong, sebaliknya terus tekun bekerja menetapkan sasaran yang lebih tinggi untuk diri sendiri.

"Saya tak rasa apa-apa perubahan, tapi lebih yakin akan diri sendiri dalam kerja dan cukup bangga kerana dipilih sebagai pembawa obor Sukan Olimpik. Walau bagaimanapun, saya tak akan lupa saya ialah seorang penternak panda dan perlu melaksanakan tugas harian dengan baik, malah mesti lebih rajin daripada orang lain. Saya harap dapat meningkatkan kemahiran profesional sendiri supaya tugas yang diberikan dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

Yang Kuixing, teman sekerja Shi Bin memberitahu wartawan kami:

"Shi Bin rajin menimba pengalaman daripada penternak yang berpengalaman dan juga giat mencari kaedah baru penternakan panda."

Shi Bin memberitahu kami bahawa dia sangat menanti-nantikan hari yang bersejarah itu untuk mengangkat obor Sukan Olimpik. Setiap kali dia ternampak papan kira detik yang ditegak di tepi jalan raya, dia akan merasa teruja kerana kedatangan hari larian obor Olimpik tidak lama lagi. Walaupun sibuk, tetapi Shi Bin akan beriadah setiap hari supaya menyambut obor temasya sukan yang terbesar di dunia itu dalam keadaan yang terbaik.

----Puspa

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |