v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Obor Sukan Olimpik Bernyala di Puncak Gunung Qomolangma
2008-05-08 16:28:20 CRI

Pada pagi tadi waktu Beijing, pasukan pendaki China yang membawa obor Sukan Olimpik Beijing telah berjaya tiba di puncak banjaran Himalaya, puncak tertinggi di dunia. Ini merupakan kali pertama obor Sukan Olimpik tiba di puncak gunung Qomolangma yang tingginya 8844.43 meter itu.

Pada pukul 9:18 pagi tadi waktu Beijing, pembawa obor yang terakhir telah berjaya sampai ke puncak tertinggi di dunia. Ketika Tsrenwangmo sampai dan menjunjung obor itu setinggi-tingginya, semua orang yang sedang menunggu khabar baik daripada pasukan pendaki itu yang berada di pangkalan mendaki gunung Qomolangma telah bersorak dengan penuh gembira. Para pembawa obor Sukan Olimpik dan pendaki gunung telah menlaungkan hasrat mereka terhadap Sukan Olimpik Beijing dari puncak gunung tersebut.

"Satu Dunia Satu Impian! Nyalakan semangat dan capai impian! Bahagia dan Sejahtera!"

Setelah melalui pendakian yang sukar selama lebih enam jam, sejak pukul tiga pagi tadi, pasukan pendaki China akhirnya berjaya membawa obor Sukan Olimpik ke puncak gunung Qomolangma. Dengan kejayaan ini, bermakna China telah menunaikan janjinya kepada dunia, iaitu menyalakan obor Sukan Olimpik di puncak tertinggi di dunia buat kali pertama.

Selepas obor Sukan Olimpik berjaya dibawa ke puncak tertinggi di dunia, Pengarah aktiviti kali ini dan juga Pengerusi Persatuan Pendaki Gunung China, Encik Li Zhixin menyatakan:

"Kami memikul lebih banyak tanggungjawab dalam larian obor Sukan Olimpik ke puncak gunung Qomolangma. Harapan dan impian kami selama ini telah tercapai dalam aktiviti ini. Di samping itu kami juga telah menunaikan janji negara kita kepada dunia."

Untuk memastikan aktiviti tersebut dapat dilaksanakan dengan berjaya, pasukan pendaki China telah menjalankan latihan selama hampir dua tahun. Mereka juga telah mendaki puncak gunung Qomolangma sebagai percubaan pada tahun 2007. Pada 28 haribulan Mac lalu, semua atlet dan jurulatih pasukan pendaki China telah "berkampung" di pangkalan mendaki gunung Qomolangma, lalu menyelesaikan semua kerja persiapan sebelum 22 haribulan April.

Laluan mendaki gunung yang ditetapkan oleh pasukan pendaki China ini ialah dari gunung di sebelah utara. Dalam laluan itu banyak kesukaran ditemui, antaranya sebahagian laluan dari ketinggian 8,680 meter hingga 8,720 meter memanglah bahagian yang sangat sukar. Bekas Ketua Setiausaha Persatuan Pendaki Gunung China, Encik Yu Liangpu telah ke pangkalan mendaki gunung Qomolangma sebanyak 19 kali. Beliau menjelaskan bahawa laluan yang hanya sepanjang 40 meter itu sebahagian besarnya ialah batu yang amat curam. Itu merupakan ujian besar bagi pendaki. Untunglah, pasukan pendaki kita berjaya melalui tempat itu dan mengatasi kesukaran yang lain, hingga akhirnya berjaya tiba di puncak tertinggi di dunia.

Pasukan pendaki yang berjaya sampai ke puncak gunung Qomolangma itu terdiri daripada 12 orang dari etnik Tibet dan Tujia serta bangsa Han. Antaranya terdapat dua orang wanita. Sebenarnya calon pasukan pendaki yang menyertai larian obor Sukan Olimpik kali ini berjumlah 70 orang. Jumlah itu kemudian berkurang menjadi 50 orang, dan selepas itu menajdi 31 orang, dan akhirnya meninggalkan 12 orang yang terbaik yang lulus semua ujian.

Selepas obor Sukan Olimpik ini berjaya sampai ke puncak gunung Qomolangma, obor yang suci itu akan dihantar ke Lhasa untuk disimpan di sana. Pada bulan jun nanti, larian obor akan diadakan di Lhasa.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |