v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Mark Spitz --- Perenang Paling Cemerlang dalam Sukan Olimpik Munich
2008-06-18 20:21:07 CRI

Perenang genius renang A.S., Michael Phelps ketika diwawancara pernah menyebut, beliau berharap dapat mencapai prestasi cemerlang dalam Sukan Olimpik Beijing. Setiap kali terjun ke dalam kolam renang, beliau akan mengingatkan sasarannya, iaitu memecah rekod yang dipegang oleh jaguh renang A.S., Mark Spitz yang menyapu bersih 7 butir pingat emas dalam Sukan Olimpik Munich 1972. Selepas 36 tahun, Mark Spitz terus dikenang apabila memperkatakan Sukan Olimpik. Seterusnya, kami akan membawa saudara bersama-sama mengimbas kembali kecemerlangan yang dicipta oleh Mark Spitz.

Sukan Olimpik ke-20 diadakan di Munich, Jerman dari 26 Ogos hingga 11 September tahun 1972. Temasya sukan tersebut masih diingati dengan kepelbagaian acara dan rekod-rekod cemerlang yang dicipta oleh para atlet. Rekod yang paling mengagumkan dipegang oleh jaguh renang A.S., Mark Spitz. Rekodnya menyapu bersih sendiri 7 butir pingat emas dalam acara renang masih belum dapat dipecahkan sehingga hari ini.

Pegawai Biro Sukan Munich, Thomas Rhaneberg bercerita:

"Apabila menyebut pemain yang paling cemerlang dalam Sukan Olimpik Munich, yang terlintas dalam fikiran saya ialah Mark Spitz. Hingga hari in, masih tidak ada orang boleh memecahkan rekodnya yang luar biasa itu. Dia sudah mencipta keajaiban dalam temasya Olimpik itu, iaitu menyapu bersih sendiri 7 butir pingat emas. Yang lebih mengagumkan ialah, dia juga mendapat tempat pertama dalam semua acara, baik pertandingan kumpulan ataupun pertandingan akhir. Rekod yang begitu cemerlang memang sukar dilupakan."

Beliau masih ingat, tujuh acara yang diraih pingat emas oleh Mark Spitz ialah 100 dan 200 meter gaya bebas, 100 dan 200 meter gaya kupu-kupu, 4X100 meter gaya bebas berganti-ganti, 4X200 meter gaya bebas berganti-ganti serta 4X100 meter rampaian berganti-ganti di samping membaharui tujuh rekod dunia pada masa itu. Ini menjadikannya atlet yang mendapat paling banyak pingat emas dalam satu kali Sukan Olimpik.

Michael Mueller, bekas pengulas sukan TV juga mempunyai ingatan mendalam terhadap prestasi Mark Spitz dalam Sukan Olimpik Munich. Beliau mengimbas kembali:

"Atlet yang paling mendapat perhatian dalam temasya sukan itu tentunya Mark Spitz dan atlet gimnastik bekas Kesatuan Soviet, Olga Korbut. Persembahan mereka yang luar biasa turut menguja ratusan juta penonton di depan televisyen."

Barangkali, Mark Spitz menjadi kesukaan ramai bukan sahaja kerana prestasinya yang luar biasa, tetapi juga kerana dia bergaya. Beliau boleh cepat menawan hati orang lain. Thomas Rhaneberg pun berasa begitu. Katanya, "Sebagai seorang perenang, Mark Spitz mempunyai gaya tersendiri yang menarik perhatian orang. Hampir semua orang gemari dan menyokong dia."

Mark Spitz mula berlatih berenang sejak berumur dua tahun dan lapan kali memecahkan rekod dunia ketika berumur 17 tahun. Pada tahun 1968, Mark Spitz yang baru berumur 18 tahun mewakili Amerika Syarikat ke Sukan Olimpik di kota Mexico. Dalam temasya sukan itu, dia mendapat dua pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat gangsa. Dalam karier renangnya selama 14 tahun, Mark Spitz 35 kali memecahkan rekod dunia bagi acara gaya bebas dan gaya kupu-kupu dan sembilan kali digelar juara Sukan Olimpik.

Mark Spitz betul-betul hebat sebagai perenang. Kemahirannya dalam acara gaya bebas dan gaya kupu-kupu masih dicontohi oleh perenang muda hari ini. Thomas Rhaneberg memberitahu wartawan kami:

"Tidak dapat diragui, Mark Spitz menjadi bintang pujaan ramai pada zaman itu. Diketahui umum bahawa, bekas Republik Demokratik Jerman mempunyai ramai perenang yang hebat. Ramai daripada mereka menjadikan Mark Spitz sebagai contoh untuk diteladani, kerana pencapaiannya dalam sukan ini memang tidak ada tandingannya."

Selepas Sukan Olimpik Munich, Mark Spitz beransur-ansur mengurangkan kegiatan renangnya. Dia tidak aktif lagi, meskipun, tetap mencintai sukan itu. Ketika berumur 39 tahun, beliau membuat keputusan untuk kembali ke kolam renang. Untuk mendapatkan tiket ke Sukan Olimpik Barcelona 1992, beliau tekun menjalani latihan, malangnya beliau gagal dalam cubaannya untuk dipilih mewakili Amerika Syarikat bertanding dalam temasya sukan itu. Sejak itulah, beliau bersara daripada sukan renang dan ini dikesali ramai. Walau bagaimanapun, beliau tetap dianggap sebagai salah seorang perenang yang paling berpengaruh pada abad ke-20. Dalam filem dokumentari yang diterbitkan oleh penganjur Sukan Olimpik Munich, Mark Spitz diberi penilaian seperti yang berikut:

"Setakat ini, Mark Spitz ialah satu-satunya perenang yang mendapat tujuh pingat emas dalam satu Sukan Olimpik. Beliau juga membaharui rekod dunia bagi setiap acara yang ditandinginya. Mark Spitz, juara Sukan Olimpik yang benar-benar memperlihatkan semangat temasya sukan itu"

----Puspa

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |