v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Persembahan London yang akan Dipentaskan dalam Upacara Penutup Sukan Olimpik Beijing
2008-07-28 19:07:33 CRI

Menjelang Sukan Olimpik Beijing, selain daripada tuan rumah, iaitu China, sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2010, London juga sibuk membuat persiapan untuk mengadakan persembahan pada upacara penutup sukan Olimpik ini nanti

Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik London mengumumkan baru-baru ini bahawa London akan mengadakan persembahan selama 8 minit dan persembahan itu akan dijayakan oleh Kumpulan Tarian "Balet Diraja" yang di bawa Dewan Opera Diraja London, kumpulan tarian hip-hop "Zoo Nation" dan kumpulan kesenian CandoCo. Pasa masa itu nanti, seramai 3 bilion penonton seluruh dunia dapat menonton persembahan tersebut.

Stephen Powell ialah ketua penyelarasan upacara penyerahan bendera lima bulatan dalam upacara penutup Sukan Olimpik Beijing nanti. Beliau pernah menyandang jawatan penerbit di BBC. Ketika diberi tugas ini, beliau memutuskan untuk menunjukkan dinamik dan kepelbagaian London. Keputusan beliau itu dapat dicerminkan melalui tiga kumpulan kesenian yamg dipilih untuk mengadakan persembahan kali ini. Kumpulan kesenian London "Balet Diraja" ditubuhkan pada tahun 1931 dan merupakan kumpulan kesenian balet yang paling terkenal di Britain; Kumpulan Zoo Nation juga amat terkenal dengan tarian hip-hop, manakala kumpulan kesenian CandoCo ialah sebuah kumpulan tarian moden yang sebahagian anggotanya terdiri daripada orang kurang upaya. Ini juga merupakan kali pertama golongan kurang upaya menunjukkan wajah mereka dalam persembahan Sukan Olimpik "8 minit" tersebut.

Ketua Penyelia Kumpulan Tarian CandoCo, Pedro Machado menyatakan ketika diwawancara oleh wartawan kami bahawa persembahan mereka akan menunjukkan kepelbagaian London. Beliau berkata:

"Saya yakin persembahan ini amat menarik dan dapat menunjukkan gaya hidup orang London serta budaya bandar itu yang berbagai-bagai."

Ketua Penyelia Teater Diraja, Deborah Bull berkata:

"Pada pendapat saya rancangan mengundang tiga kumpulan tarian dengan gaya yang berbeza-beza ini amat baik untuk menunjukkan kepelbagaian budaya London, kerana London memang sebuah bandar yang dinamik dan kaya dengan pelbagai budaya."

Kumpulan tarian "Balet Diraja" baru kali ini mengadakah persembahan di Beijing, dan mereka akan bekerjasama dengan sebuah kumpulan akrobat Guangdong China. Ketua penyelia kumpylan itu, Deborah Bull menyatakan, ini telah menunjukkan toleransi London kepada budaya yang berbeza.

Ketika Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik London mengumumkan rancangan tersebut, rancangan itu segera ditentang oleh ramai rakyat negara itu. Kebanyakan penduduk berpendapat bahawa kumpulan tarian hip-hop tidak dapat mewakili budaya London. Menurut mereka, tarian hip-hop adalah bercirikan gaya tarian A.S.. Deborah Bull "Balet Diraja" memberi tafrisan tentang rancangan itu. Beliau menyatakan:

"Saya rasa pandangan fahaman ini tidak betul tentang tarian hip-hop. Saya berpendapat bahawa ketiga-tiga kumpulan tarian itu dapat menunjukkan satu persembahan yang sempurna kepada rakyat seluruh dunia."

Walaupun persembahan yang akan dipentaskan oleh kumpulan dari London ini hanya berlangsung 8 minit, tetapi orang awam menimpan harapan yang tinggi terhadap persembahan itu. Oleh sebab itu, para seniman terpaksa mengumumkan rancangan yang berkaitan  lebih awal. Keadaan yang serupa juga berlaku kepada persembahan  dari Beijing yang diadakan dalam Sukan Olimpik Athens  4 tahun yang lalu. Pada masa itu, Beijing mempersembahkan muzik klasik China dan kostum tradisional yang disesuaikan dengan gaya moden. Rancangan itu juga mendapat respons yang berbeza-beza dalam kalangan rakyat China. Walaubagaimanapun, rancangan itu juga dapat diterima oleh orang awam, kerana tidak mungkin dapat menunjukkan semua aspek Beijing dalam tempoh 8 minit. Nicole Mezzasalma ialah seorang wartawan yang telah bekerja 5 tahun di London. Beliau berkata:

"Memanglah tarian yang berbagai-bagai jenis amat popular di London, malah di seluruh Britain. Selain daripada tarian balet klasik, tarian moden kian hari kian popular, khususnya bagi golongan  muda. London telah memilih kumpulan tarian moden mengadakan persembahan bersama-sama dengan kumpulan tarian balet peringkat negara. Saya juga menantikan persembahan mereka."

Sesetengah orang berpendapat bahawa tarian hip-hop mengingatkan orang ramai kepada penjenayah muda. Namun, Nicole berpendapat konsep ini terlalu konservatif. Menurut orang awam perlu melihat gaya persembahan kesenian yang baru dengan lebih terbuka dan bertindak sesuai dengannya, barulah selaras dengan sifat London yang terbuka dan toleran.

Sekarang, tetamu khas yang akan diundang untuk menghadari upacara penutup Sukan Olimpik Beijing masih merupakan misteri. Apakah David Beckham, Spice Girls atau penyanyi terkenal, Robbie Williams yang akan menjadi tetamu khas? Sekarang, pihak penganjur London belum mengumumkannya lagi.

Pada malam 24 Ogos nanti, upacara penyerahan Bendera Lima Bulatan Sukan Olimpik akan diadakan. Selepas datuk bandar London akan menerima Bendera Lima Lingkungan itu dari Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, pelbagai aktiviti akan diadakan di seluruh Britain.

 

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |