v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wen Jiabao Tinjau Kerja Persiapan Sukan Olimpik Beijing
2008-08-04 15:00:25 Agensi Berita Xinhua China

Perdana Menteri China, Wen Jiabao menegaskan, kerja menjamin pelbagai bidang sukan mesti dijalankan dengan bersungguh-sungguh supaya Sukan Olimpik Beijing memuaskan masyarakat antarabangsa, atlet pelbagai negara dan rakyat China. Beliau berkata demikian selepas meninjau gelanggang Sukan Olimpik Beijing semalam.

Wen Jiabao berkata, China ialah negara yang bertanggungjawab, dan akan menunaikan janji untuk mengendalikan Sukan Olimpik yang bertaraf tinggi.

Beliau juga menyatakan, pembangunan infrastruktur, pembinaan gelanggang, penghijauan bandar dan perlindungan alam sekitar yang dijalankan di Beijing bukan sahaja telah menyediakan syarat yang baik kepada pelaksanaan Sukan Olimpik, malah berfaedah bagi membangunkan bandar Beijing berterusan dan meningkatkan mutu kehidupan rakyat. Beliau berharap persekitaran bandar Beijing terus bertambah baik selepas Sukan Olimpik berakhir.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |