v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Hu Jintao: China Tunai Janji untuk Kendalikan Sukan Olimpik yang Bertaraf Tinggi
2008-08-05 11:51:25 CRI

Kerajaan dan rakyat China akan menunaikan janji dan mencurahkan segala tenaga untuk mengendalikan Sukan Olimpik yang bertaraf tinggi. China akan memberi sumbangan kepada perkembangan Sukan Olimpik dan pembangunan dunia yang aman, makmur dan harmoni. Demikian dinyatakan Presiden China, Hu Jintao berucap merasmikan Sidang Pleno ke-120 Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) di Seni Pentas Nasional Beijing malam tadi.
Hu Jintao menyatakan, China berharap Sukan Olimpik yang diadakan di Beijing akan mendorong perkembangan Sukan Olimpik dan meningkatkan kerjasama dengan negara lain dalam bidang sukan dan bidang lain. Di samping itu, temasya tersebut sebagai menyampaikan kesediaan rakyat China untuk berkongsi hasil pembangunan dan mencipta masa depan yang cerah bersama-sama dengan rakyat Negara-negara lain.
Presiden IOC, Jacque Rogge dalam ucapannya menyatakan, Sukan Olimpik diadakan di negara yang mempunyai 1/5 penduduk dunia amat bererti. Sukan Olimpik Beijing akan meninggalkan warisan yang berharga kepada China. Beliau juga mengucapkan terima kasih atas usaha bersungguh-sungguh rakyat China untuk mengendalikan Sukan Olimpik ke-29.
 

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |