v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Media Asing Yakin China Mampu Jayakan Sukan Olimpik yang Cemerlang
2008-08-06 11:25:44 Agensi Berita Xinhua China

Media asing menyanjung tinggi segala usaha China untuk Sukan Olimpik dan yakin negara besar ini berkemampuan untuk menjayakan temasya sukan terbesar di dunia itu.

Akhbar Lianhe Zaobao Singapura berpendapat bahawa selain stadium dan gelanggang yang bertaraf tinggi, alam sekitar bandar Beijing mahu pun segala pengalaman yang ditimba dalam proses menganjurkan Sukan Olimpik menjadi kekayaan yang sangat berharga bagi China. Sukan Olimpik bukan sahaja mengubah wajah China, tetapi juga menyatukan semua bangsa.

Sin Chew Jit Poh Kemboja menyebut bahawa Beijing mencapai hasil yang besar dalam membina kemudahan infrastruktur, menyempurnakan lalu lintas dan meningkatkan tahap keselamatan. Pelaksanaan Sukan Olimpik memperlihatkan kebangkitan China yang nyata.

Akhbar San Jose Mercury News A.S. menerbitkan rencana yang menyebut bahawa berbanding dengan bandar-bandar lain yang pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik, penduduk Beijing menunjukkan emosi yang lebih kuat terhadap temasya sukan itu. Mereka lebih prihatin terhadap masa depan negara itu selepas Sukan Olimpik.

Laman sesawang Akhbar Sydney Morning Herald Australia pula menerbitkan rencana yang menyebut bahawa Sukan Olimpik akan meninggalkan warisan yang amat bererti bagi China.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |