v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sukan Olimpik Galakkan Pembangunan Bandar Beijing
2008-08-06 10:36:06 CRI

Sejak Beijing berjaya dipilih menjadi tuan rumah Sukan Olimpik ke-29 pada tahun 2001, tahap pembangunan sosioekonomi bandar Beijing terus meningkat dalam tempoh tujuh tahun yang lalu.

Kenyataan tersebut terkandung dalam rencana yang disiarkan oleh edisi luar Harian Renminribao hari ini. Pembangunan infrastruktur bandar Beijing amat pesat dengan beberapa laluan kereta api bawah tanah yang baru beroperasi dan bangunan yang moden siap dibina supaya pemandangan bandar bertaraf antarabangsa terserlah di Beijing.

Rencana itu menyatakan, dalam tempoh tujuh tahun yang lalu, kadar pengangguran di Beijing purata mencatat 1.86%. Sistem insurans perubatan asas dan sistem jaminan warga emas telah meliputi seluruh kawasan Beijing. Di samping itu, 100% kanak-kanak dapat bersekolah untuk menerima pendidikan wajib.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |