v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Beijing Menantimu
2008-08-09 11:25:54 CRI

 Temasya Sukan terbesar dunia itu sudah dirasmikan semalam. Beijing telah menyingsing lengan untuk menyambut teman dari pelbagai tempat di seluruh dunia. Dalam rancangan kali ini, marilah kita memahami salam dan undangan mesra Beijing kepada seluruh dunia melalui sebuah lagu yang berjodol "Beijing Menantimu". Seramai lebih seratus bintang terkenal menyertai rakaman lagu ini. Hampir kesemua penyanyi terkenal dalam arena lagu bahasa Mandarin berkumpul untuk rakaman tersebut. Golongan pemuzik menggunakan cara yang istimewa ini bagi memanjangkan undangan terhadap seluruh dunia agar menggalakkan Sukan Olimpik.

Lagu yang berjodol "Beijing Menantimu" merupakan lagu utama yang dilancarkan pada tarikh kira detik 100 hari Sukan Olimpik 2008. Seni kata lagu ini ditulis oleh pemuzik terkenal Hong Kong, Lin Xi. Iramanya digubah oleh pemuzik terkenal Tanah Besar, Xiao Ke. Sebagai isyarat muzik kira detik 100 hari sukan Olimpik 2008, "Beijing Menantimu" bertemakan "Satu Dunia, Satu Impian". Ia menggambarkan kegembiraan rakyat dan sambutan terhadap tetamu dari segi sudut pandangan orang awam Beijing. Lagu ini mengambil bentuk balada tradisi yang bercirikan Beijing, menggabungkan iringan Danxian, alat muzik tradisi. Ia memperlihatkan sambutan baik warga Beijing terhadap Sukan Olimpik dan tetamu dari pelbagai tempat dengan keyakinan diri dan ramah mesra agar menikmati kegembiraan dan keghairahan Olimpik dan memahami bandar Beijing yang kuno dan moden.

Dalam lagu itu bait-bait lirik dinyanyikan, "Pintu kami terbuka untuk warga bumi. Senyum setulus hati menyambut masa untuk bergembira. Beijing menantimu untuk bernafas bersama di bawah sinar mentari dan memecahkan rekod yang baru. Beijing menantimu, seperti muzik yang mengharukanmu. Marilah kita menjangkau awan yang tinggi. Beijing menantimu. Siapa yang mempunyai impian yang luar biasa. Keberanian akan melahirkan keajaiban."

Penggubah dan pembuat lagu ini, Xiao Ke ialah penduduk asal Beijing. Ketika mengetahui Sukan Olimpik akan diadakan Beijing, beliau amat terangsang dan juga berhasrat membuat sesuatu bagi temasya sukan itu.

"Sebagai penduduk asal Beijing, saya ingin berbuat sesuatu untuk sukan Olimpik. Saya rasa, perkara yang paling baik ialah menggubah lagu. Apatah lagi ia juga kemahiran saya. Sebagai seorang pemuzik, harapan saya ialah menggubah sebuah lagu bagi Sukan Olimpik Beijing 2008. Saya sedang menunggu dengan sabar untuk menonton perasmian sukan ini. Saya menunggu untuk memberi salam kepadanya."

Xiao Ke berkata, beliau sudah mendengar pelbagai bunyi di jalan raya Beijing sejak kecil, termasuk bunyi basikal, laungan penjaja barang jualan, bunyi loceng dan gendang. Maka, ketika menerima tajuk "Beijing Menantimu" yang diberi oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, beliau dengan jelas mengambil bentuk balada tradisi Beijing, supaya lagu ini didengar bercirikan Beijing.

Xiao Ke memaklumkan, usaha menggubah lagu "Beijing Menantimu" hanya mengambil masa sebulan sahaja. Seramai 100 orang penyanyi menyertai rakaman lagu ini. Mereka berharap agar dapat mendakap tetamu dan menggalakkan Sukan Olimpik melalui suara nyanyian dan keghairahan muzik sendiri. Lin Yilun yang menyertai rakaman lagu ini menyatakan, beliau senang sekali untuk menyertai aktiviti ini, kerana setiap orang menyanyi penuh keghairahan.

"Kami membuat sesuatu yang bermakna demi Sukan Olimpik. Tiada seorang pun yang merungut. Kami mungkin hanya melagukan satu ayat, dan juga mungkin beberapa orang menyanyikan satu ayat. Tetapi, kami mengikut peraturan. Lagu ini menjadi popular di seluruh negara dalam tempoh setengah bulan. Selepas merakamkan lagu ini, saya baru menyedari saya membuatkan perkara yang besar."

Xiao Ke dan Lin Yilun juga diberi gelaran "Sukarelawan Bintang Terkenal Aktiviti Kebudayaan Sukan Olimpik". Tanggungjawab mereka ialah memaklumkan persembahan kebudayaan yang menarik dalam tempoh sukan tersebut agar lebih ramai yang memahami suasana kebudayaan Sukan Olimpik.

"Beijing Menantimu" bukan sahaja mengambil bentuk balada tradisi Beijing, tetapi juga mengambil banyak pemandangan simbol dalam MV lagu ini, seperti terminal 3 yang baru dibina di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing, Sarang Burung, Kota Larangan dan Rumah Berhalaman Siheyuan yang bercirikan Beijing. Destinasi tersebut bukan sahaja memperlihatkan pemandangan baru, tetapi juga menonjolkan sejarah lama Beijing malah China.

Sekarang marilah kita nikmati lagu "Beijing Menantimu" yang dibawakan oleh staf-staf Pusat Siaran Asia Tenggara CRI dalam bahasa Mandarin serta pelbagai bahasa negara-negara ASEAN.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |