v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kem Belia Olimpik 2008 Beijing Dibuka
2008-08-07 11:02:02 CRI

Kem Belia Olimpik Tahun 2008 Beijing yang bertema "Belia Mencipta Masa Depan" telah dirasmikan di Sekolah Menengah No.101 Beijing petang semalam. Lebih 480 orang belia cemerlang dari 205 buah negara dan wilayah berkumpul di Beijing untuk menghayati suasana meriah Sukan Olimpik Beijing serta kebudayaan China.

Pengerusi Eksekutif Jawatankuasa Kem Belia Olimpik 2008 Beijing, Lu Hao ketika berucap dalam majlis pembukaan itu menyatakan bahawa aktiviti kali ini adalah untuk meningkatkan pertukaran dalam kalangan belia dari pelbagai negara. Kata beliau,

"Penganjuran kem belia kali ini telah menyediakan platform penting kepada belia dari pelbagai negara di dunia untuk menghayati suasana Sukan Olimpik Beijing, dan meningkatkan persefahaman dan persahabatan antara satu sama lain. Aktiviti ini amat bermakna bagi menyemarakkan semangat Olimpik iaitu bersatu, bersahabat dan harmoni. "

Sebagai satu program pertukaran kebudayaan yang penting dalam tempoh sepanjang Sukan Olimpik, Kem Belia Olimpik merupakan salah satu daripada empat aktiviti utama temasya sukan ini selain acara pertandingan, upacara-upacara yang berkaitan dengan Sukan Olimpik serta Pesta Kesenian Olimpik. Program ini memainkan peranan penting untuk menyebarkan semangat Olimpik dalam kalangan belia. Dalam majlis pembukaan semalam, Presiden Kehormat Seumur Hidup Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Juan Antonio Samaranch telah mengucapkan tahniah kepada para peserta. Kata beliau,

"Saya berjanji kepada anda sekalian bahawa Sukan Olimpik Beijing akan mencapai kejayaan yang paling cemerlang dalam sejarah Olimpik. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat China, dan juga mengucapkan tahniah kepada mereka. Saya yakin bahawa pengalaman ini akan menjadi kenangan indah dalam ingatan anda sekalian buat selama-lamanya."

Untuk mempromosi konsep berkongsi dan berpadu, Kem Belia Olimpik kali ini juga mengundang 10 orang anggota kurang upaya. Ini merupakan kem belia disertai oleh orang kurang upaya pertama kalinya dalam sejarah Olimpik. Untuk membolehkan kesepuluh-sepuluh peserta tersebut turut merasai kegembiraan yang dibawa oleh program ini, Jawatankuasa Kem Belia Olimpik 2008 Beijing telah menyediakan layanan yang sesuai dan mesra bagi mereka. Seorang gadis kurang upaya dari Provinsi Shandong yang bernama Li Rongmei menyatakan,

"Saya berasa amat gembira kerana boleh menyertai program kem belia ini. Pihak penganjur telah memperuntukkan banyak modal untuk melaksanakan projek pengubahsuaian kemudahan mesra orang kurang upaya di sini. Tambahan pula, kami setiap orang didampingi oleh seorang sukarelawan. Ini amat memudahkan hidap kami di sini."

Dalam tempoh berlangsungnya Kem Belia Olimpik ini, para peserta akan melawat ke Perkampungan Olimpik, menyaksikan majlis pembukaan Sukan Olimpik serta beberapa pertandingan, dan mengadakan interaksi dalam pelbagai bentuk. Selain itu, mereka juga akan dibawa mengunjungi beberapa destinasi pelancongan, termasuk Kota Larangan dan Tembok Besar.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |