v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Larian Obor Sukan Olimpik Semarakkan Semangat Olimpik
2008-08-06 11:08:25 CRI

Setelah larian obor Sukan Olimpik diadakan dengan jayanya di 19 buah bandar di lima benua serta lebih 100 buah bandar dalam negara, akhirnya, obor Sukan Olimpik tiba di Beijing pagi tadi. Melalui aktiviti itu, semangat Olimpik telah disemarakkan, dan komunikasi serta persefahaman antara China dengan pelbagai negara di dunia telah dipertingkat.

Larian obor Sukan Olimpik merupakan aktiviti Sukan Olimpik yang terpenting selain temasya sukan itu. Dalam upacara menyalakan obor Sukan Olimpik Beijing di Olimpia, Greece pada 24 Mac lalu, Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Jacques Rogge telah menghuraikan makna penting larian obor Sukan Olimpik. Kata beliau,

"Larian obor Sukan Olimpik yang menyebarkan persahabatan dan keamanan boleh membangkitkan keyakinan orang ramai terhadap masa depan. Obor itu telah merapatkan hati semua atlet dan rakyat di seluruh dunia, dan juga merapatkan hati orang ramai yang yakin kepada semangat Olimpik."

Dengan berlangsungnya larian obor, semangat Olimpik telah disemarakkan, dan konsep keamanan, persahabatan dan kemajuan juga telah disebarkan dengan begitu cepat ke seluruh dunia.

Selain itu, aktivit larian obor ini juga menyediakan peluang kepada bandar-bandar yang berkenaan untuk menunjukkan imej sendiri kepada dunia. Bandar Istanbul, Turki ialah destinasi kedua larian obor kali ini di luar negara. Pengerusi Jawatankuasa Permohonan untuk Menjadi Tuan Rumah Sukan Olimpik Tahun 2020 bandar itu, Encik Yasin Aksoy telah menemui dan menghayati keistimewaan larian obor. Kata beliau,

"Istanbul ialah sebuah bandar yang amat indah. Kami menganggap larian obor kali ini sebagai batu tanda sejarah dalam proses memohon untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2020."

Larian obor membolehkan rakyat di seluruh dunia merasakan keghairahan China sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2008, dan juga memperlihatkan keazaman China dalam menunaikan janjinya kepada masyarakat antarabangsa. Pada 8 Mei lalu, obor Sukan Olimpik ini telah tiba di puncak Gunung Qomolangma. Ketua Pasukan Pendaki Negara China, Wang Yongfeng menyatakan,

"Larian obor Sukan Olimpik yang diadakan di puncak Gunung Qomolangma tidak akan dilupakan oleh orang ramai buat selama-lamanya. Peristiwa ini pasti akan tercatat dalam sejarah Olimpik."

Larian obor Sukan Olimpik telah merealisasikan impian rakyat China untuk melibatkan diri dalam Sukan Olimpik, dan meningkatkan kebanggaan dan keyakinan diri seluruh bangsa China. Bandar Sanya, Provinsi Hainan di selatan China merupakan destinasi pertama larian obor di China. Penyanyi tenor yang tersohor di China, Encik Li Shuangjiang ialah salah seorang pembawa obor di bandar itu. Beliau menyatakan dengan bangganya,

"Sukan Olimpik yang penuh dengan keghairahan bagaikan sebuah simfoni yang paling cemerlang di dunia. Saya berasa amat bertuah kerana dapat menjadi seorang pembawa obor bagi Sukan Olimpik Beijing."

Larian obor bukan sahaja menyalakan keghairahan rakyat China, malah meningkatkan kefahaman rakyat China terhadap semangat Olimpik. Setelah aktiviti itu berlangsung selama lebih 4 bulan, semangat Olimpik sebagai simbol keamanan dan persahabatan telah menetap dalam fikiran rakyat China.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |