v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Anggota Keluarga Olimpik Berkumpul di Beijing
2008-08-07 11:05:33 CRI

Hari ini 7 Ogos tahun 2008. Hanya tinggal satu hari sahaja menjelang upacara perasmian Sukan Olimpik ke-29.

Dengan berkemundangnya lagu Sukan Olimpik, beberapa kontinjen negara atlet termasuk dari Afrika Selatan dan Norway telah mengibarkan bendera kebangsaan negara masing-masing di Perkampungan Olimpik Beijing pagi tadi. Ketua kampung yang bertugas hari ini, Encik Chen Jian telah menrasmikan upacara pengibaran bendera tersebut. Beliau berkata,

"Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan yang paling memuaskan kepada semua kontinjen negara. Dengan slogan Sukan Olimpik Beijing, iaitu 'satu dunia, satu impian', kami berharap untuk membina sebuah jambatan persahabatan dan persefahaman antara pelbagai negara dan rakyatnya."

Sejak Sukan Olimpik zaman moden pertama kali diadakan di Greece pada tahun 1896, hasrat mencapai "keamanan, persahabatan dan kemajuan" mula disebarkan melalui acara pertandingan sukan. 112 tahun kemudian, iaitu tahun 2008, Beijing menjadi tuan rumah Sukan Olimpik ke-29. Beijing berusaha mempersiapkan diri untuk temasya sukan kali ini sejak tahun 2001, iaitu apabila ia berjaya mendapat hak menjadi penganjur. Kini, Beijing sudah siap sedia dalam apa jua aspek, sama ada venue pertandingan, mahu pun kualiti udara, perkhidmatan pelancongan pun jaminan kesihatan. Kontinjen sukan Olimpik dari hampir 200 buah negara dan wilayah, kini, sudah mendaftar di Perkampungan Olimpik Beijing. Menurut peraturan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, upacara pengibaran bendera kebangsaan bagi semua kontinjen mesti selesai diadakan sehari sebelum upacara perasmian Sukan Olimpik. Maka, jadual upacara pengibaran bendera di Perkampungan Olimpik amat ketat hari ini. Naib ketua kontinjen dari Afrika Selatan, Tubby Reddy memberitahu wartawan CRI selepas upcara tersebut bahawa beliau meletakkan harapan yang tinggi kepada Sukan Olimpik Beijing.

"Ini merupakan kali keempat saya menyertai Sukan Olimpik. Pada pandangan saya, Sukan Olimpik kali ini akan menjadi yang terbaik. Kami akan mempersembahkan prestasi terbaik untuk memperoleh pingat dalam acara renang, olahraga, mendayung perahu dan berkayak."

Tetamu kehormat termasuk Presiden A.S., George W. Bush dan Perdana Menteri Rusia, Vladimir Vladimirovic Putin telah tiba di Beijing hari ini. Mereka datang ke Beijing bukan sahaja untuk merealisasikan impian masing-masing dalam Sukan Olimpik, malah juga untuk menyampaikan harapan masyarakat antarabangsa terhadap Sukan Olimpik kali ini. Pada malam esok, tokoh politik dari lebih 80 buah negara akan bersama-sama menghadiri upacara perasmian Sukan Olimpik Beijing ini.

Wartawan mendapati, bunga berwarna-warni berkembang di merata-rata tempat di Beijing, manakala gegantung dengan slogan "satu dunia, satu impian" juga berkibar-kibar di tepi jalan di bandar ini. Beijing sekarang penuh dengan suasana perayaan yang meriah. Seorang pelancong dari Belanda, Henry Bronkhorst berasa amat kagum ketika melawat beberapa destinasi terkenal seperti taman Yuanmingyuan dan Istana Musim Panas. Beliau berkata,

"Beijing memang indah. Saya sangat teruja kerana berpeluang melancong di sini. Saya pernah bertugas dalam Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Belanda selama 5 tahun. Saya dapat merasai suasana meriah di Beijng. Saya menantikan pertandingan bola sepak dan upacara perasmian temasya sukan ini".

Beliau turut memberitahu wartawan bahawa beliau akan pergi ke Tianjin untuk menyaksikan perlawanan bola sepak lelaki antara pasukan Belanda dengan Nigeria.

Sepasang suami isteri dari Rusia juga datang ke Beijing untuk menyaksikan temasya sukan ini. Si isteri yang bernama Tatiana Lebedeva, memandang tinggi dan memuji pembangunan bandar Beijing sekarang.

"Kami telah mengunjungi banyak venue sukan dan dataran yang baru dibina menjelang Sukan Olimpik. Suasana meriah dapat dirasakan di mana-mana saja. Beijing sudah sedia! Rakyatnya juga sangat mesra. Kami suka sekali akan Beijing!"

Jabatan Pelancongan Beijing menjangka bahawa seramai 400 hingga 500 ribu orang pelancong akan melawat ke China sepanjang tempoh Sukan Olimpik nanti. Tetamu kehormat dari pelbagai negara di seluruh dunia, wartawan media, atlet dan penonton dari dalam dan luar negara dijangka akan mencatat jumlah 6 hingga 7 juta orang. Beijing sudah bersedia untuk menerima kedatangan tetamu dari seluruh dunia dan menantikan saat sukan ini dirasmikan esok malam.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |