v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Larian Obor Sukan Olimpik Diadakan di Beijing
2008-08-06 11:09:40 CRI

Api suci Sukan Olimpik Beijing 2008 dibawa ke Beijing, ibu negara China hari ini selepas aktiviti penghantarannya diadakan di 19 buah bandar di lima benua di luar negara, 30 buah provinsi, wilayah autonomi dan bandar di bawah pimpinan pusat China serta Hong Kong dan Makau.

Pada pukul 8 pagi tadi, larian obor Sukan Olimpik Beijing mula diadakan di dataran di depan Kota Larangan di Beijing. Presiden Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Liu Qi dan Timbalan Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Lambis V. Nikolaou bersama-sama merasmikan aktiviti larian obor ini. Presiden Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing yang juga Datuk Bandar Beijing, Guo Jinlong dalam ucapanya menyatakan bahawa Beijing sudah siap sedia untuk menyambut Sukan Olimpik. Beliau berkata,

"Sejarah, kebudayaan dan pencapaian cemerlang Beijing dalam tempoh 30 tahun lalu sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan dapat ditunjukkan kepada seluruh dunia melalui larian obor Olimpik yang diadakan di sini. Ini juga akan membangkitkan semangat rakyat Beijing untuk menyambut dan melibatkan diri dalam Sukan Olimpik. Mereka akan lebih gigih berusaha untuk menjadikan Sukan Olimpik kali ini temasya sukan yang unik dan bertaraf tinggi."

Obor Olimpik akan dibawa merentasi tujuh daerah di bandar ini. Panjangnya laluan obor ini mencapai 16.4 kilo meter. Seramai 433 orang pembawa obor akan menyertai aktiviti tersebut, antaranya, pelari keempat ialah Ren Yi, seorang gadis yang hanya berumur 14 tahun. Dia dengan bangganya menyatakan

"Saya sangat bangga menjadi seorang pembawa obor Olimpik. Namun, ini bukan hanya perkara yang patut saya banggakan sahaja, malah merupakan tanggungjawab yang perlu saya pikul. "

Warga Beijing yang datang menyaksikan larian obor Olimpik melaungkan slogan "China boleh, Beijing boleh!" di tepi jalan yang dilalui larian obor ini. Seorang warga Beijing, Su Yuhan memberitahu wartawan bahawa dia berasa sangat teruja kerana berpeluang menyaksikan larian obor Olimpik di Beijing.

"Suasana ini cukup meriah. Saya berasa seolah-olah menyertai sendiri larian obor ini ketika berada dalam suasana begini. "

Saat ketika pelari terakhir menyalakan obor utama yang terletak dalam Stadium Negara China, iaitu "Sarang Burung" pada malam 8 Ogos nanti, menandakan Sukan Olimpik Beijing 2008 dirasmikan. Ini juga menandakan aktiviti larian obor Olimpik yang paling lama masanya, paling luas skalanya dan paling ramai pesertanya dalam sejarah, selesai dengan jayanya.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |