v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Beijing Sambut Sukan Olimpik dengan Pelbagai Aktiviti Kebudayaan
2008-07-23 11:08:41 CRI

Dalam tempoh Sukan Olimpik Beijing dan Sukan Paralimpik Beijing, lebih 200 persembahan kebudayaan peringkat antarabangsa akan diadakan di bandar ini. Pihak penganjur, termasuk Kementerian Kebudayaan China, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing dan Jabatan Kebudayaan Beijing berharap aktiviti kebudayaan tersebut dapat menunjukkan imej China yang terbuka dengan budaya majmuk kepada masyarakat antarabangsa.

Bermula bulan Jun hingga September nanti, Beijing menganjurkan 2 hingga 3 persembahan setiap hari dengan mengundang seramai 20 ribu orang artis dari 80 buah negara atau kawasan di selururh dunia. Selain itu, sejumlah 160 pameran peringkat tinggi juga diadakan dalam tempoh tersebut untuk menunjukkan kepelbagaian budaya kepada rakyat seluruh dunia.

Syarikat Persembahan China ialah sebuah syarikat yang bertanggungjawab untuk mengimport persembahan antarabangsa ke China. Pengurus Besar syariakt itu, Encik Zhang Yu menyatakan bahawa syarikatnya telah membuat persiapan selama setahun, dan ingin menunjukkan kepelbagaian budaya dunia.

"Sukan Olimpik ialah temasya sukan terbesar. Berdasarkan pengalaman negara-negara yang pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik, kami mengundang banyak kumpulan kesenian yang terkenal ke China untuk menunjukkan hasil seni mereka yang hebat dan menyediakan suasana kebudayaan yang paling baik kepada rakyat seluruh dunia."

Beliau menyatakan bahawa dalam tempoh Sukan Olimpik Beijing, kumpulan kesenian terkenal di dunia, termasuk orkestra A.S., penyanyi solo Itali kumpulan tarian balet Rusia akan menunjukkan kehebatan mereka di Beijing.

Selain daripada persembahan kesenian peringkat dunia, aktiviti kebudayaan yang disertai oleh orang awam di Beijing juga akan menarik hati para pengunjung. Mereka pasti akan merasa kesan keikhlasan dan kemesraan penduduk Beijing melalui aktiviti tersebut. Jurucakap Jabatan Kebudayaan Beijing, Puan Wang Zhu menjelaskan bahawa Beijing akan mengadakan pelbagai persembahan dan pameran secara percuma di tempat-tempat awam seperti dataran. Di samping itu, para pengunjung juga dapat menonton siaran langsung tentang temasya Sukan Olimpik yang ditayangkan melalui skin di tempat-tempat tersebut.

"Beijing telah menubuhkan sebanyak 26 dataran kebudayaan berkait dengan Sukan Olimpik. Pengunjung dapat menikmati suasana Olimpik, mengetahui sejarah dan kebudayaan Olimpik serta menyaksikan pameran tentang warisan budaya bukan benda di China."

Kita juga difahamkan bahawa 600 buah kumpulan kesenian yang mengadakan persembahan di dataran kebudayaan Olimpik ini bukan sahaja terdiri daripada kumpulan kesenian negara asing, tetapi juga kumplan kesenian dalam kalangan rakyat di Beijing. Budaya tradisional China juga akan dipemerkan supaya rakyat seluruh dunia dapat mengetahui tamadun dan budaya China yang tersohor itu.

Pegawai Kementerian Kebudayaan China, Ding Wei menyatakan bahawa tujuan China menganjurkan pelbagai aktiviti kebudayaan sempena Sukan Olimpik Beijing ini adalah untuk menunjukkan pandangan China yang menggalakkan kemakmuran tamadun manusia, di samping menunjukkan kepelbagaian budaya China. Ding Wei berkata:

"Seramai 20 ribu artis akan berkumpul di Beijing untuk menunjukkan kemajuan dunia dalam bidang kebudayaan. Imej China yang mengekalkan budaya tradisional, di samping penuh dengan ciri-ciri moden dan menggalakkan kepelbagaian budaya akan ditunjukkan kepada rakyat seluruh dunia. "

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |