v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sukan Olimpik Beijing akan Dirasmikan Malam Ini
2008-08-08 16:15:08 CRI

Presiden China, Hu Jintao akan merasmikan Sukan Olimpik Ke-29 pada pukul 8.00 malam ini.

Sebanyak 205 buah kontinjen serta 80 orang ketua negara dan pegawai kanan asing akan menghadiri majlis pembukaan itu. Antaranya, Presiden A.S., George W. Bush, Perdana Menteri Jepun, Yasuo Fukuda, Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dan Yang dipertuan Agung Malaysia, Sultan Mizan Zainal Abidin. Atlet-atlet yang mengambil bahagian dan wartawan yang membuat liputan tentang temasya sukan itu masing-masing mencatat 11 ribu dan 30 ribu. Angka itu merupakan rekod baru dalam sejarah Sukan Olimpik.

Upacara persembahan pada majlis pembukaan tersebut diatur oleh pengarah filem China, Zhang Yimou, dan temanya ialah "Indahnya Olimpik".

Sejak Beijing terpilih menjadi tuan rumah Sukan Olimpik ke-29 pada tahun 2001, pihak berkuasa bandar itu cuba menunaikan janjinya kepada dunia. Ia telah berusaha gigih untuk menyempurnakan kemudahan infrastruktur, membina gelanggang dan stadium serta memperbaiki persekitaran berasaskan konsep "Olimpik Hijau, Olimpik Berteknologi Tinggi dan Olimpik Kemanusiaan".

Sukan Olimpik buat pertama kalinya dilaksanakan di China, sebuah negara yang memiliki populasi yang paling ramai di dunia. Pelaksanaannya ialah kali ketiga di bandar Asia. Temasya sukan itu berlangsung sehingga 24 Ogos nanti.

Saudara pendengar, silalah mengikuti laporan khas seterusnya mengenai Sukan Olimpik.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |