v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sukan Olimpik ke-29 akan Dirasmikan
2008-08-08 14:42:03 CRI

Sukan Olimpik Ke-29 akan dirasmikan di Beijing pada malam ini.

Suasana Beijing pada malam ini sangat meriah. Rakyat seluruh negara bergembira pada malam ini. Para atlet dan anggota jawatankuasa Olimpik dari 204 buah negara dan kawasan berkumpul di bawah bendera lima bulatan untuk upacara perasmian Sukan Olimpik Beijing.

Saat yang meriah ini sudah lama dinanti-nantikan oleh rakyat China, dan telah menarik perhatian sedunia. 1.3 bilion orang China dengan mesra mengucapkan "Selamat Datang ke Beijing!" kepada seluruh dunia.

"Sukan Olimpik Beijing merupakan temasya sukan bagi rakyat China dan rakyat semua negara di dunia. Saya, bagi pihak kerajaan dan rakyat China, mengalu-alukan tetamu seluruh dunia untuk menyertai dan menyaksikan Sukan Olimpik ini. Kami juga menyambut dengan tangan terbuka wartawan dari pelbagai tempat di dunia untuk membuat liputan terhadap temasya sukan ini." Ini merupakan jemputan ikhlas yang diucapkan oleh Presiden China Hu Jintao yang mewakili rakyat China kepada seluruh dunia.

"Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa tidak akan kesal memberikan hak penganjuran Sukan Olimpik kepada Beijing. Keajaiban besar Sukan Olimpik dan kerja persiapan yang sempurna akan menggantikan semua kontroversi apabila sampai 8 Ogos." Ini ialah ulasan daripada Presiden Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa, Jacques Rogge selepas beliau mendengar laporan mengenai kerja persiapan Sukan Olimpik yang diumumkan oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing pada 2 Ogos lalu. Sama ada ulasan Encik Rogge betul atau tidak, upacara perasmian Sukan Olimpik Beijing malam ini akan menjadi satu bukti.

Upacara perasmian ini akan bermula pada pukul 8 malam ini dan akan berlangsung selama tiga jam setengah. Upacara ini terdiri daripada tiga bahagian, iaitu acara perasmian, persembahan kesenian, dan acara selepas persembahan (termasuk acara kemasukan atlet ke dalam stadium, dan acara menyalakan obor Sukan Olimpik).

Pengarah Jabatan Kerja Majlis Perasmian, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Encik Zhang Heping telah memaklumkan keadaan majlis perasmian itu kepada pihak media pada 6 Ogos lalu. Katanya: "Dalam persembahan majlis perasmian ini, satu lukisan bergulung akan menjadi latar belakang. Selain itu, banyak unsur budaya China juga digunakan."

Tidak dapat dinafikan bahawa peristiwa penyalaan obor Sukan Olimpik pada malam ini lebih menarik perhatian umum kerana ia menjadi rahsia yang disimpan rapi bagi upacara perasmian Sukan ini. Ia hanya akan diketahui apabila saatnya tiba nanti.

Filem promosi untuk memohon hak menganjurkan Sukan Olimpik oleh Zhang Yimou, pengarah perdana upacara perasmian dan penutupan Sukan Olimpik Beijing ini, yang dibuatnya tujuh tahun yang lalu telah mendapat sambutan baik dari dalam dan luar negara. Jadi, apakah ciptaannya yang baru ketika merancang upacara perasmian ini?

"Walaupun China mempunyai sejarah yang cemerlang selama 5 ribu tahun, namun majlis yang kami buat hari ini bukan hanya mempamerkan sejarah China. Kami mahu menjadikan majlis ini sedap dinikmati dan akan dikenang dalam masa yang lama. Upacara perasmian Sukan Olimpik Athens menjadi contoh yang baik bagi kami. Dengan memetik pandangan pereka bentuk perdana kami yang mengatakan bahawa, upacara perasmian Sukan Olimpik Athens amat 'cool' dan upacara perasmian Sukan Olimpik Beijing ini pula 'cool' dari segi yang lain."

"Cool" yang dimaksudkan oleh Zhang Yimou dalam ucapannya ini ialah penggunaan sejumlah besar unsur budaya China dalam upacara perasmian Sukan Olimpik ini. Kesemuanya ini dipamerkan untuk menunjukkan kebudayaan kebangsaan yang gemilang dan keadaan semasa masyarakat moden China. Dengan itu, unsur budaya China dapat digabungkan dengan semangat Olimpik dan menjadikan seluruh dunia lebih mengetahui China.

Menurut pandangan media, Sukan Olimpik Beijing telah membuat beberapa rekod "pertama".

Paling ramai tokoh politik asing akan menghadiri upacara perasmian.

Selain menteri-menteri sukan, terdapat lebih 80 orang tetamu kehormat asing akan menghadiri upacara perasmian Sukan Olimpik dan aktiviti-aktiviti yang berkenaan, antara tetamu tersebut termasuk Presiden A.S., George W. Bush; Perdana Menteri Jepun, Fukuda Yasuo; Presiden Israel, Shimon Peres; dan Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd.

Paling ramai wartawan akan membuat liputan terhadap Sukan Olimpik kali ini.

Lebih 30 ribu orang wartawan yang berdaftar dan tidak berdaftar akan membuat liputan langsung terhadap temasya sukan ini.

Paling ramai penonton.

Menurut statistik, hampir 4 bilion orang di seluruh dunia akan menonton Sukan Olimpik Beijing pada waktu yang sama. Ini ialah rekod tertinggi dari segi jumlah penonton Sukan Olimpik. Sementara itu, siaran Sukan Olimpik Beijing juga akan memakan masa selama 5400 jam, yang juga mencipta rekod baru.

Upacara perasmian akan dirasmikan malam ini. Bagi semua atlet, sampailah masanya untuk mereka mencapai impian masing-masing, iaitu mencipta rekod yang terbaik.

Grace Daniel ialah seorang atlet dari Nigeria. Ini merupakan pertama kali beliau menyertai acara badminton dalam Sukan Olimpik. Mari kita dengar apakah cita-citanya, "Saya tahu ada ramai atlet badminton yang handal, namun saya tetap akan berusaha bersungguh-sungguh. Saya akan memberikan perhatian sepenuhnya kepada pertandingan ini dan membawa kebanggaan kepada benua Asia."

James Tomkins pula ialah seorang atlet pendayung yang terkenal dari Australia. Beliau berumur 42 tahun. Ini merupakan kali keenam beliau menyertai Sukan Olimpik. Beliau telah memenangi pingat emas sebanyak tiga kali dalam Sukan Olimpik dan menjadi johan dalam Kejohanan Lumba Perahu Dunia. Beliau memberitahu wartawan bahawa penyertaannya amat bermakna baginya.

"Selepas Sukan Olimpik Athens, saya membuat persiapan untuk menyertai Sukan Olimpik Beijing dan ini merupakan latihan dalam tempoh yang panjang. Aktiviti mendayung telah menjadi salah satu bahagian penting dalam hidup saya."

Malanie Roach ialah seorang atlet angkat berat dari kontinjen A.S.. Beliau pernah menjadi atlet gimmastik. Sekarang, beliau sudah berumur 33 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Menurut beliau, penyertaannya dalam Sukan Olimpik Beijing ini adalah penyertaan terakhir beliau dalam Sukan Olimpik. Beliau menyatakan: "Ramai orang bertanya saya, apakah makna Sukan Olimpik ini bagi saya. Bagi saya, inilah peluang untuk mencapai impian saya selama 14 tahun, dan saya akan berusaha bersungguh-sungguh."

Sonja Kesselschlager ialah seorang atlet pentathlon dari Jerman. Beliau pernah datang ke Beijing untuk menyertai Temasya Sukan Mahasiswa-Mahasiswi di Beijing. Beliau berkata: "Saya menyertai Temasya Sukan Mahasiswa-mahasiswi di sini 7 tahun yang lalu, dan temasya itulah dianjurkan dengan sempurna. Sekarang, saya yakin Sukan Olimpik Beijing akan dilaksanakan dengan jayanya, dan saya tidak mempunyai sebarang kebimbangan."

Atlet gimnastik China, Li Xiaopeng juga telah menyertai Sukan Olimpik sebanyak tiga kali.Beliau berkata: "Saya rasa ini adalah kebanggaan rakyat China. Saya berharap dapat menunjukkan keupayaan saya dalam pertandingan itu."

Sukan Olimpik bukan sahaja menjadi platform bagi atlet dari pelbagai negara di dunia, tetapi juga merupakan jambatan penting bagi aktiviti bertukar-tukar kebudayaan dan mewujudkan "keamanan, persahabatan dan kemajuan."

Sukan Olimpik Beijing ialah ruang bagi tamadun China berdialog dengan tamadun barat. Slogan Sukan Olimpik "Satu dunia, satu impian" mencerminkan cita-cita seluruh rakyat China terhadap Sukan Olimpik ini.

Dalam tempoh 16 hari selepas Sukan Olimpik dirasmikan, atlet dari lima benua akan berusaha bertungkus lumus untuk mencapai impian mereka atas semangat Sukan Olimpik. Sukan Olimpik Beijing akan membuka lembaran baru dalam sejarah Olimpik atas semangatnya yang murni, iaitu "keamanan, persahabatan dan kemajuan".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |