v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Malaysia Giat Membuat Persediaan untuk Sukan Olimpik Beijing
2008-04-30 09:12:34 CRI

Sukan Olimpik Beijing akan dirasmikan pada bulan Ogos tahun ini. Malaysia akan menghantar kontinjen sukannya ke temasya sukan terbesar di dunia itu. Baru-baru ini, wartawan CRI telah mengadakan temu ramah khas dengan ketua kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Beijing, Datuk Ho Koh Chye untuk mengetahui keadaan persediaan pasukan negara itu.

Datuk Ho ialah bekas ketua skuad hoki negara Malaysia dan dilantik sebagai ketua kontinjen negara Malaysia ke Sukan Olimpik Beijing pada penghujung bulan Jun 2007.

Dalam temu ramah itu, Datuk Ho Koh Chye berkata, penyertaan pertama Malaysia ialah di Sukan Olimpik Melbourne pada tahun 1956. Sejak itulah hingga sekarang, Malaysia telah menyertai setiap temasya sukan itu kecuali Sukan Olimpik Moscow pada tahun 1980. Namun, Malaysia tidak pernah memenangi pingat emas sejak mengambil bahagian dalam sukan itu. Jadi, untuk kali ini, Malaysia sangat berharap dapat membawa pulang pingat emas pertama Sukan Olimpik dari Beijing. Datuk Ho Koh Chye memaklumkan:

"Kami memenangi pingat pertama Sukan Olimpik dalam Sukan Olimpik Barcelona tahun 1992, iaitu gangsa menerusi acara badminton. Dalam Sukan Olimpik Atlanta pada tahun 1996, bertambah lagi apabila kami memenangi sebuah pingat perak dan sebuah pingat gangsa, kedua-duanya menerusi badminton. Tahun ini, kami berharap dapat membawa pulang pingat emas pertama Sukan Olimpik menerusi badminton juga"

Mengenai kontinjen yang diketuainya, Datuk Ho menjangka bahawa kira-kira 30 orang atlet Malaysia mampu melayakkan diri ke Sukan Olimpik Beijing. Mereka akan bertanding dalam acara badminton, terjun, renang, olahraga, memanah, perahu layar dan lumba basikal.

Demi memastikan sasaran emas pertama sukan Olimpik tercapai, Malaysia telah mengambil jurulatih asing untuk membimbing para atletnya. Di samping itu, Malaysia juga telah menghantar pegawai dan atletnya ke Beijing untuk meninjau keadaan stadium, tempat berlangsung temasya sukan itu bagi menyesuaikan diri terlebih dahulu dengan keadaan tempat pertandingan nanti. Datuk Ho Koh Chye berkata:

"Antara mereka ada yang sudah dihantar ke luar negara untuk menjalani latihan. Ini termasuk dihantar ke China. Misalnya, pasukan terjun kami telah menjalani latihan sepanjang tahun di Kunming. Kerana jurulatih pasukan itu ialah orang China. Jurulatih pasukan memanah kami pula orang Korea. Jadi, beliau telah membawa pasukan memanah kami ke Republik Korea untuk menjalani latihan. Selain daripada itu, juga ada atlet yang dihantar ke Australia dan Amerika Syarikat untuk membuat persediaan ke Sukan Olimpik. Beberapa tahun ini, pasukan memanah, pasukan terjun dan pasukan renang sudah dihantar ke Beijing untuk menerima latihan di samping menyertai pertandingan. Menjelang bulan Ogos, pasukan yang akan menyertai Sukan Olimpik Beijing semuanya sudah mempunyai pengalaman berlatih atau bertanding di Beijing, mereka tidak akan merasa asing terhadap tempat dan suasana pertandingan nanti."

Datuk Ho Koh Chye pernah mewakili skuad hoki negara Malaysia menyertai Sukan Olimpik Tokyo pada tahun 1964 dan Sukan Olimpik Mexico pada tahun 1968. Selepas bersara sebagai pemain, beliau meneruskan khidmatnya sebagai jurulatih sukan itu. Pada tahun 1996, beliau telah mengetuai skuad hoki negara Malaysia menyertai Sukan Olimpik Atlanta. Pada tahun 2003, beliau maju setapak lagi apabila dilantik sebagai ketua kontinjen negara Malaysia ke Sukan Asia Tenggara di Vietnam. Kali ini, diberi tanggungjawab lebih besar. Beliau dilantik sebagai ketua kontinjen negara Malaysia ke Sukan Olimpik Beijing. Beliau yang penuh pengalaman penyertaan dalam aktiviti sukan antarabangsa mempunyai kefahaman yang mendalam mengenai semangat Olimpik. Oleh itu, beliau sangat tidak bersetuju terhadap tindakan sesetengah tokoh antarabangsa yang memulaukan Sukan Olimpik Beijing. Baginya, tindakan mereka itu bermotifkan politik. Mereka sebenarnya iri hati dengan pencapaian China dalam bidang sukan. Kata beliau:

"200 lebih negara di dunia ini menyertai Sukan Olimpik, tetapi hanya terdapat satu pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat gangsa iaitu tiga pingat sahaja. Ini bermakna bukan semua atletnya yang menyertai Sukan Olimpik itu akan memang pingat. Sukan ada faedah yang lain, penyertaan seseorang atlet dalam Sukan Olimpik, atlet itu akan dapat bergaul, bermesra dengan atlet dari negeri-negeri lain di dunia. Itu akan dapat menjalinkan hubungan yang baik di luar arena pertandingan. Semangat Olimpik kata sebarang atlet tidak menghiraukan sama ada rasnya, bahasanya, warna kulitnya dan sebagainya boleh dapat menyertai Sukan Olimpik tanpa penglibatan politik.

Sebenarnyab boikot ini menghalangkan kemajuan dalam bidang sukan, kerana atlet-atlet yang menjalani latihan sekian lama tidak dapat bersaing di antara satu sama lain di Sukan Olimpik. Di mana empat tahun sekali awak tahu siapa yang paling baik di dunia, menghalang dari segi persahabatan di antara atlet-atlet dari seluruh dunia dan menghalang semangat Olimpik itu sendiri.

Jadi saya rayu kepada ahli politik jangan gunakan sukan sebagai alat untuk ideologi ataupun untuk nak membuktikan sesuatu. Ahli politik jauhkan diri daripada Sukan Olimpik."

Datuk Ho pernah melawat Beijing pada bulan Ogos tahun lalu untuk meninjau keadaan pembinaan stadium-stadium untuk Sukan Olimpik. Beliau berpendapat bahawa kerja-kerja persiapan Beijing untuk menyambut temasya sukan sangat memuaskan dan beliau mengharapkan kejayaan yang gemilang kepada Beijing dalam menganjurkan temasya sukan terbesar di dunia itu.

Kata beliau, "Di sini, saya cukup yakin bahawa Sukan Olimpik di Beijing kali ini akan dilaksanakan dengan lancar dan jayanya. Ini berdasarkan kepada pengalaman saya, kerana saya telah menyertai tiga Sukan Olimpik sebelum ini. Dan berdasarkan kepada apa yang saya lihat semasa berada di Beijing tahun lepas, baik dari segi kemudahan sukan iaitu dari segi stadium, ataupun dari segi kemudahan untuk atlet di kampung sukan. Saya kagum dengan persiapan yang telah dilakukan oleh pihak Beijing, saya percaya bahawa pihak pengelola Sukan Olimpik Beijing akan menentukan bahawa semua pertandingan akan dikendalikan dengan adil dan saksama, secocok dengan semangat Skan Olimpik. Saya berharap bahawa semoga Olimpik Beijing ini akan mencapai kejayaan yang baik."

----Puspa

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |