v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sains dan Teknologi Memastikan Kejayaan Sukan Olimpik Beijing
2008-08-08 10:12:05 CRI

Jika ditinjau kembali perkembangan Sukan Olimpik pada zaman ini, setiap kali Sukan Olimpik diadakan ia juga menjadi pusat pameran hasil sains dan teknologi yang terbaru. Begitu juga dengan Sukan Olimpik Beijing, ia akan dilaksanakan berdasarkan konsep "Sukan Olimpik yang saintifik". Penggunaan hasil penyelidikan sains dan teknologi dalam proses pembinaan gelanggang, infrastruktur komunikasi dan pengangkutan, akan menjadikan Sukan Olimpik mempunyai lebih daya tarikan.

Beijing telah membina 12 buah stadium untuk Sukan Olimpik ke-29. Banyak hasil penyelidikan sains dan teknologi yang baru yang digunakan dalam pembinaan gelanggang tersebut untuk mewujudkan "Sukan Olimpik yang saintifik" dengan ketara.

Stadium "Sarang Burung" iaitu Stadium Negara China dibina dengan teknologi moden. Rangka kelulinya, jika direntang panjangnya hampir 340 meter, manakala tingginya mencapai 68 meter dan jumlah beratnya mencecah angka 42 ribu tan. Di dalam stadium yang mempunyai rangka yang sebegini berat ini, tidak didapati sebatang tiang pun. Stadium itu ditopang dengan rangka keluli yang berbentuk jaringan. Menurut seorang petugas projek pembinaan Stadium Negara ini, Encik Li Jiulin, projek tersebut dapat disiapkan dengan segera kerana bahan keluli Q460E yang digunakan dalam proses pembinaannya diselidik dan dikeluarkan oleh China sendiri. Purata satu millimeter persegi bahan keluli jenis itu boleh menopang barangan seberat 46 kilogram, iaitu dua kali ganda berbanding dengan bahan keluli biasa. Kata Encik Li:

"Setakat ini, bahan keluli Q460E yang kami gunakan telah memenuhi standard 100%."

Selain daripada mereka bentuk keseluruhan gelanggang, sains dan teknologi yang baru juga digunakan dalam mereka bentuk bahagian-bahagian tertentu dalam pelbagai stadium. Misalnya skrin yang berkualiti tinggi yang disediakan dalam bilik kawalan kawasan tapak Sukan Olimpik, menggunakan teknologi laser yang canggih dalamnya. Petugas penyelidikan dan pembangunan teknologi dari Institut Penyelidikan Cahaya dan Elektrik Akademi Sains China, yang bertugas di situ, Encik Wang Yu menerangkan bahawa berbanding dengan set TV biasa, warna yang ditayangkan oleh skrin laser lebih jelas, namun sumber tenaga yang digunakan olehnya hanya 1/4 berbanding set TV biasa. Kata beliau:

"Sekarang ini, menerusi skrin generasi ketiga, manusia dapat melihat lebih kurang 30% daripada kesemua jenis warna. Dengan penggunaan cahaya laser dalam pembuatan skrin, manusia akan dapat menikmati sebahagian besar jenis warna yang ada."

Stadium Negara China dapat menampung lebih 90 ribu orang penonton. Untuk menyediakan suasana yang baik kepada mereka, ahli sains dan juruteknik telah menjalankan sekian banyak analisis melalui komputer terhadap suhu udara dan angina, serta mengira suhu udara dan tiupan angin yang dirasai oleh penonton di pelbagai kawasan dalam stadium itu. Naib Ketua Pengurus Syarikat Stadium Negara Berhad, Encik Zhang Hengli menyatakan bahawa ketika pertandingan Sukan Olimpik diadakan, penonton yang duduk di kerusi, baik di tingkat atas atau di tingkat bawah, di ruang khas VIP atau kerusi biasa, mereka semua akan dapat menikmati pertandingan dengan selesa kerana cahaya dan angin yang dirasakan adalah semula jadi. Encik Zhang berkata:

"Stadium Negara ialah bangunan terbuka. Penonton akan menikmati pertandingan di sana dengan musim panas. Kami pernah mendapat contoh tahap kepanasan yang dirasai oleh penonton melalui komputer.

Selain itu, banyak bahan dan teknik baru yang juga digunakan dalam pembinaan gelanggang Sukan Olimpik Beijing untuk melindungi alam dan menjimatkan tenaga. Misalnya, tembok kaca yang boleh mengumpulkan tenaga suria yang diselidik dan dibangunkan oleh China, telah dipasang di dinding luar kebanyakan gelanggang sukan ini. Tenaga suria yang dikumpul itu menjadi sumber tenaga elektrik yang bersih bagi gelanggang yang berkenaan. Sistem pengurusan air hujan juga telah dipasang di 15 buah gelanggang Sukan Olimpik. Bahan pembinaan yang sesuai dengan sistem tersebut telah digunakan supaya lebih banyak air hujan dapat dikumpulkan. Melalui penggunaan sistem tersebut, purata satu juta meter padu air hujan dapat kumpulkan setiap tahun.

Kita juga fahamkan bahawa untuk menghasilkan "Sukan Olimpik yang saintifik", lebih 500 buah bas dengan enjin yang menggunakan tenaga jenis yang baru akan berkhidmat dalam system pengangkutan awam di Beijing dalam tempoh Sukan Olimpik. Kerajaan Beijing berharap akan mewujudkan kawasan Sukan Olimpik "tanpa pencemaran ekzos", dengan bekalan tenaga yang bersih kepada gelanggang sekurang-kurangnya 26% dan kadar rawatan air kumbahan di semua gelanggang mencapai 100%.

Menurut statistik, setakat bulan Ogos tahun lalu, kerajaan China telah memperuntukkan lebih 6 bilion yuan RMB bagi kegiatan penyelidikan teknologi yang berkaitan dengan Sukan Olimpik. Selain untuk pembinaan gelanggang, teknologi yang baru telah digunakan dalam bidang pengangkutan, pemeliharaan keselamatan dan penyiaran maklumat.

Untuk menyelesaikan masalah sesat jalan, alat pandu arah yang boleh memberikan maklumat lalu lintas dan arah pada bila bila masa akan lebih banyak digunakan dalam tempoh Sukan Olimpik nanti. Sesiapa sahaja dapat mengetahui keadaan lalu lintas dalam lingkungan Lingkaran 5 bandar Beijing menerusi alat panduan itu. Pengarah Pusat Maklumat Komunikasi Beijing, Encik Wang Gang berkata:

"Jika kenderaan dipasang dengan alat pandu arah, pemandu dapat mengetahui keadaan jalan di Bandar. Maklumat yang disediakan oleh alat itu akan dikemas kini setiap lima minit."

Untuk memastikan pertandingan dalam pelbagai acara Sukan Olimpik Beijing berjalan dengan efisien, lancar dan selamat, peralatan berteknologi canggih yang baru diselidik dan dikeluarkan juga telah digunakan dalam pemeriksaan keselamatan gelanggang. Ketua Bahagian Teknologi Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Bejing, Encik Yang Yichun berkata:

"Teknologi tersebut menggunakan teknologi pengenalpasitian gambar. Teknologi itu digunakan terutamanya dalam upacara perasmian dan penutupan Sukan Olimpik, dan di gelanggang utama untuk meningkatkan ketepatan pengesahan, di samping memastikan penonton dapat memasuki stadium dengan cepat."

Teknologi pengenalpastian gambar tersebut juga dikenali sebagai "sistem mengenal pasti muka". Ketika penonton melalui pintu pemeriksaan keselamatan, sistem itu hanya perlu mengambil masa 0.01 saat sahaja untuk menganalisis muka penonton supaya identitinya dipastikan. Dalam tempoh Sukan Olimpik Bejing, maklumat seramai 1 bilion orang akan disimpan dalam bank sistem tersebut.

Menteri Sains dan teknologi China, Encik Wan Gang menyatakan bahawa hasil sains dan teknologi yang baru bukan sahaja akan digunakan dalam tempoh Sukan Olimpik, ia juga akan terus diperkenalkan dalam kehidupan penduduk selepas Sukan Olimpik berakhir.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |