v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pembinaan Gelanggang Sukan Olimpik Beijing Menggunakan Teknologi Tinggi
2008-07-31 11:03:35 CRI

Beijing telah membina sebanyak 12 buah gelanggang yang baru bagi Sukan Olimpik ke-29. Banyak hasil sains dan teknologi yang tinggi telah digunakan dalam pembinaan gelanggang tersebut supaya konsep "Sukan Olimpik yang berteknologi tinggi" digambarkan dengan sempurna.

Taman Mendayung Kayak Olimpik Shunyi yang terletak di bahagian timur laut bandar Beijing amat luas. Taman ini paling besar antara 12 buah gelanggang yang baru dibina. Kawasan tariknya sahaja pun mencatat kira-kira 640 ribu meter persegi. Pereka taman ini, Encik Li Dan memberitahu wartawan bahawa taman ini merupakan satu-satunya tapak pertandingan di dunia yang dapat menyediakan kemudahan bagi kedua-dua acara mendayung, iaitu mendayung kayak dalam air tenang dan mendayung kayak slalom. Rekaan ini bukan sahaja telah menjimatkan kos pembinaan, malah memenuhi keperluan penggunaan taman itu selepas Sukan Olimpik. Beliau berkata:

"Sebelum kami menyusun rancangan pembinaan taman ini, banyak tinjauan terhadap kemudahan Sukan Olimpik sebelum ini telah kami buat. Kami mendapati bahawa tapak pertandingan bagi acara mendayung kayak di air tenang dan acara berkayak slalom di negara lain dipisahkan. Sedangkan kami membina satu tapak pertandingan bagi kedua-dua acara ini untuk memudahkan pengurusannya selepas Sukan Olimpik dan memastikan ia terus efisien."

Menurut maklumat, yang diterima acara mendayung, kayak dan renang maraton Sukan Olimpik Beijing dan acara mendayung Paralimpik akan diadakan di taman ini. Sebanyak 32 buah pingat emas akan direbut oleh atlet di sini, dan angka pingat emas itu mewakili kira-kitra 10% daripada jumlah pingat emas Sukan Olimpik Beijing nanti.

Dalam pertandingan ujian "Selamat Berjaya Beijing" yang diadakan tidak lama dulu, Taman Mendayung Kayak Olimpik Shunyi ini telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada atlet China dan atlet dari negara asing. Atlet skuad mendayung China berkata:

"Laluan air di sini paling baik di dunia."

"Tapak pertandingan ini amat indah, kelengkapan yang disediakan di sini juga amat moden. Aspek teknikalnya paling maju baik di dalam mahupun di luar China."

Selain itu, perekanya juga amat mementingkan perlindungan alam sekitar dan penjimatan tenaga. Mereka menggunakan bahan mentah dan teknik yang baru dalam membina kesemua gelanggang Sukan Olimpik ini. Taman Mendayung Kayak Olimpik Shunyi ini telah meletakkan matlamat tiada pelepasan air kumbahan dengan menggunakan sistem rawatan air kumbahan yang saiznya begitu besar.

Selain itu, Dewan bagi Acara Menembak pula terletak di bahagian barat Beijing. Sebanyak 10 acara menembak bagi Sukan Olimpik dan Paralimpik akan diadakan di sini. Keistimewaan stadium ini adalah ia direka menjadi stadium yang terbuka separuh, maknanya atlet menembak dari dalam stadium, tetapi sasarannya terletak di luar. Pereka stadium ini, Encik Qi Bin berkata:

"Kami membuat rekaan tersebut untuk menjimatkan tenaga dan merealisasikan kesan ekologi."

Menurut Encik Qi, sejenis teknologi penjimatan tenaga, yang dikenali sebagai 'tembok pernafasan" telah digunakan dalam pembinaan stadium tersebut. Dengan memasang tembok itu, udara di dalam dan di luar stadium itu dapat bertukar mengikut perubahan suhu udara. Dengan yang demikian, walaupun penyaman udara tidak dipakai, atlet yang memakai jersi yang tebal tidak akan merasa terlalu panas.

Menurut statistik, China telah memperuntukkan hampir 10 bilion yuan RMB dalam penyelidikan sains berkait dengan Sukan Olimpik, antaranya sejumlah besar telah digunakan dalam usaha untuk membina gelanggang sukan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |