v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Beijing Pastikan Kelancaran Sistem Pengangkutan dalam Tempoh Sukan Olimpik
2008-07-29 10:56:12 CRI

Hari ini 29 Julai, 10 hari lagi sebelum Sukan Olimpik Beijing dirasmikan. Pegawai Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik dan kerajaan Beijing dalam sidang akhbar yang diadakan di MPC hari ini menyatakan bahawa kerja persiapan perkhidmatan sistem pengangkutan bagi tempoh Sukan Olimpik Beijing sudah siap, dan sebahagian program perkhidmatan telah mula dijalankan. Kerajaan Beijing akan memastikan kelancaran sistem pengangkutan dalam tempoh temasya sukan terbesar di dunia itu.

Perkhidmatan sistem pengangkutan bagi Sukan Olimpik Beijing dimulakan pada 20 Julai lalu, sempena pembukaan perkampungan Sukan Olimpik dibuka, dan perkhidmatan itu akan terus disediakan sehingga 20 September nanti. Ketua Bahagian Pengangkutan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Encik Yu Chunquan dalam sidang akhbar tersebut telah menerangkan keadaan perkhidmatan kenderaan tersebut dalam tempoh seminggu yang lalu. Beliau berkata:

"Ditinjau secara keseluruhan, sistem pengangkutan ini berjalan lancar. Namun, terdapat juga beberapa masalah kecil, terutamanya permintaan yang istimewa terhadap sesuatu pengangkutan. Kami akan terus melaksanakan tindakan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang lebih sempurna, yang dapat memenuhi keperluan yang berbeza-beza daripada pelbagai kalangan berdasarkan piawaian perkhimatan awam."

Yu Chunquan menyatakan bahawa sejumlah 7,000 kenderaan dan seramai 13 ribu orang pemandu terlibat dalam perkhidmatan sistem pengangkutan sepanjang tempoh Sukan Olimpik ini. Kini kenderaan dan kesemua pemandu tersebut sudah bersedia untuk menjalankan misinya menurut arahan jabatan yang berkenaan. Selain itu, piawaian dan dasar tentang perkhidmatan sistem pengangkutan bagi tempoh Sukan Olimpik ini telah melalui ujian ketika pertandingan ujian diadakan di Beijing pada tahun 2007 dan tahun ini, dan terus disempurnakan.

Untuk memastikan perkhidmatan sistem pengangkutan dalam tempoh Sukan Olimpik ini berjalan dengan selamat dan tepat, bermula pada 20 Julai lalu, kenderaan di Beijing dengan nomber pendaftaran ganjil dilarang berada di jalan pada tarikh genap, manakala pada tarikh ganjil kenderaan dengan nomber genap tidak dibenarkan bergerak di Beijing. Naib Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Awam dan Pengangkutan di bawah Biro Keselamatan Awam Beijing, Puan Wang Li menyatakan bahawa pelaksanaan langkah tersebut telah mencapai hasil yang baik. Kata beliau:

"Sistem pengangkutan di seluruh bandar berjalan lancar. Jumlah kenderaan yang berada di jalan raya dalam bandar menjadi kurang, antaranya di tujuh batang jalan utama, termasuk Jalan Chang'an dan lebuh raya Lingkaran ke-2, ke-3 dan ke-4, kadar kenderaan telah menurun 24.7%. Kemalangan juga turut menjadi kurang."

Pelaksanaan langkah tersebut bukan sahaja menjadikan kenderaan yang berada di jalan kurang, malah bermanfaat bagi membaiki kualiti udara di Beijing. Naib Ketua Pengarah Biro Perlindungan Alam Sekitar Beijing, Du Shaozhong menyatakan bahawa menurut pelbagai data berkait dengan udara pada bulan Julai, kualiti udara bertambah baik berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lalu. Beliau berkata:

"Sejak 1 Julai lalu, bahan cemar yang terkandung dalam udara ekoran pelepasan ekzos kenderaan telah menurun 15% hingga 20%, khususnya sejak 20 Julai lalu, pelepasan sisa cemar keseluruhannya telah menurun dengan banyak, iaitu turun 20% berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lalu."

Selain langkah tersebut, menurut kelaziman antarabangsa kerajaan Beijing juga telah menyediakan laluan khas sepanjang 285.7 kilometer bagi kenderaan yang terlibat Sukan Olimpik yang diberikan permit.

Pada masa yang sama, Puan Wang Li menyatakan bahawa jabatan pentadbiran pengangkutan juga akan mengambil kira orang awam supaya warga Beijing turut menikmati kemudahan sistem pengangkutan yang baik.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |