v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Penduduk Beijing Sokong Tindakan Kerajaan untuk Pastikan Kelancaran Sistem Pengangkutan dalam Tempoh Sukan Olimpik
2008-07-01 10:56:12 CRI

Bermula pada hari ini, langkah-langkah untuk memastikan kelancaran sistem pengangkutan sepanjang tempoh Sukan Olimpik dilaksanakan secara rasmi di Beijing. Antaranya termasuklah larangan menggunakan sebahagian kenderaan badan kerajaan, syarikat dan institusi lain sepanjang tempoh Sukan Olimpik, serta kenderaan yang tidak mencapai piawaian perlindungan alam sekitar. Sempena Sukan Olimpik 2008, kerajaan Beijing juga akan mengambil tindakan menyekat untuk memastikan kelancaran sistem pengangkutan dan meningkatkan kualiti udara dalam tempoh Sukan Olimpik dan Paralimpik. Tindakan tersebut telah mendapat sambutan baik daripada penduduk Beijing. Mereka menyatakan akan menggunakan pengangkutan awam sedapat yang mungkin dalam tempoh temasya sukan tersebut.

Dalam tempoh dua bulan bermula pada 20 Julai, perjalanan kenderaan di Beijing akan dibenarkan menurut tarikh dan number plat, ganjil atau genap. Encik Zhang Jian yang tinggal di daerah Xuanwu Beijing, biasanya pergi bekerja dengan memandu kereta. Beliau menyatakan akan menaiki bas atau mengayuh basikal dalam tempoh Sukan Olimpik nanti. Encik Zhang berkata:

"Jika tempat yang akan saya tuju itu dekat, saya akan mengayuh basikal, kalau lebih jauh, saya akan menaiki bas. Ada kalanya, menaiki bas lebih mudah berbanding memandu kereta. Jadi, mengapa saya perlu memandu kereta lagi? Berbuat demikian juga merupakan sokongan terhadap Sukan Olimpik Beijing."

Naib Ketua Pengarah Jawatankuasa Pengangkutan Perbandaran Beijing, Encik Zhou Zhengyu menjelaskan bahawa bilangan penduduk Beijing mencatat lebih 16 juta orang dan jumlah kenderaan mencatat lebih kurang 3.3 juta buah. Dalam tempoh Sukan Olimpik dan Paralimpik, Beijing dijangka menerima beberapa juta orang atlet, pegawai dan pelancong dari dalam dan luar Negara. Tekanan kepada sistem pengangkutan akan mencapai tahap yang paling tinggi dalam sejarah. Beliau menyatakan bahawa pihaknya perlu mengambil tindakan yang berkesan untuk meringankan tekanan tersebut. Encik Zhou berkata:

"Bagi tuan rumah Sukan Olimpik, tekanan kepada sistem pengangkutan dalam tempoh temasya sukan itu tentu akan bertambah besar dan tuntutan terhadap perkhidmatan pengangkutan turut meningkat. Gelanggang pertandingan terletak di merata-merata tempat di Bandar ini. Jika sistem pengangkutan hanya beroperasi seperti masa biasa, ia tidak dapat memenuhi keperluan sepanjang tempoh sukan tersebut. Sebabnya tuan rumah Sukan Olimpik yang lalu masing-masing mengambil tindakan sekatan pengangkutan."

Menurut statistik jabatan pengangkutan, tindakan menyekat kenderaan menurut nomber plat akan menjadikan jumlah kenderaan yang bergerak kurang 45% dan pencemaran yang dihasilkan oleh ekzos kenderaan akan turut berkurang dengan banyak. Sebenarnya pada bulan Ogos tahun lalu, ketika pertandingan ujian "Selamat Berjaya Beijing" dilaksanakan di Beijing, tindakan sekatan tersebut telah dijalankan selama empat hari. Penduduk Beijing, Puan Zheng Jie menyatakan bahawa tindakan sekatan itu telah memberikan kesan yang baik. Beliau percaya bahawa peningkatan sistem pengangkutan dan kualiti udara bukan sahaja akan memenuhi keperluan Sukan Olimpik, tetapi juga akan memberikan manfaat kepada penduduk Beijing. Beliau berkata:

"Pelaksanaan tindakan sekatan itu ialah perkara yang baik bagi bandar Beijing. Bukan sahaja sistem pengangkutan akan bertambah baik, tetapi kualiti udara juga turut meningkat. Sukan Olimpik akan tiba tak lama lagi. Pelaksanaan tindakan itu akan menjadikan cuaca Beijing lebih baik sepanjang tempoh temasya sukan itu."

Selain itu, Beijing juga telah mengambil beberapa tindakan untuk meningkatkan keupayaan pengangkutan awam supaya pekerjaan dan kehidupan penduduk Beijing dipengaruhi oleh keadaan tersebut pada tahap minimum.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |