v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Hu Jintao Ditemui Pemimpin Negara Lain yang Hadiri Upacara Perasmian Sukan Olimpik Beijing
2008-08-08 11:07:25 CRI

Presiden China, Hu Jintao ditemui pemimpin Laos, Vietnam, Republik Rakyat Demokratik Korea, Timor Leste, Brazil, Serbia dan Sri Lanka yang datang untuk menghadiri upacara perasmian Sukan Olimpik Beijing. Hu Jintao menyatakan sambutan terhadap kedatangan pemimpin-pemimpin tersebut dan bertukar-tukar pendapat tentang hubungan dua hala dan masalah serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama.

Dalam pertemuan dengan Presiden Laos, Choummaly Saygnasonel, Hu Jintao menggesa agar kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Laos selaras dengan rancangan pembangunan kedua-dua negara supaya saling melengkapi, saling menguntungkan dan mewujudkan muafakat bestari.

Ketika ditemui Presiden Vietnam, Nguyen Minh Triet, Hu Jintao menyatakan, parti dan kerajaan China bersedia meningkatkan hubungan rakan kerjasama strategik China-Vietnam ke tahap yang lebih tinggi.

Pemimpin-pemimpin negara tersebut menyatakan kesediaan meningkatkan hubungan persahabatan dan kerjasama yang saling menguntungkan dengan China dalam pelbagai bidang. Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva menyatakan, pengalaman persiapan China bagi Sukan Olimpik akan dipelajari Brazil semasa memohon untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada masa depan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |