v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Dewan bagi Acara Menembak dan Perkampungan bagi Acara Perahu Layar Sukan Olimpik
2008-08-08 13:11:36 CRI

Sukan Olimpik yang saintifik dan berteknologi tinggi merupakan satu konsep yang dibawa oleh Sukan Olimpik Beijing 2008. Pembinaan dewan bagi acara menembak dalam Sukan Olimpik ini memang berdasarkan konsep tersebut.

Dewan ini terletak di kawasan barat bandar Beijing. 11 acara menembak Sukan Olimpik akan diadakan di sini. Dari tempat yang tinggi kita dapat melihat balai yang tingginya 10 meter dan panjangnya lebih 100 meteri bagi acara Menembak Sasaran 50 Meter ini dihubungkan dengan balai yang tingginya juga 10 meter dan panjangnya 80 meter bagi acara Menembak Sasaran 25 Meter.

Cuaca pada bulan Ogos di Beijing paling panas. Untuk menyediakan persekitaran selesa seronok kepada para atlet dan penonton, pihak pereka bentuk dewan ini, iaitu Kolej Reka Bentuk Binaan Universiti Tsinghua, telah memasang sistem penyaman udara dalam dewan ini. Memasang alat-alat yang berkenaan tidaklah menjadi masalah. Namun, masalahnya timbul selepas sistem penyaman udara itu siap dipasang. Gegaran yang disebabkan oleh operasi mesin itu akan mengganggu atlet yang bertanding. Umum mengetahui bahawa acara menembak ialah salah satu acara yang istimewa, kerana jarak antara yang menang dengan yang kalah selalunya amat kecil. Sebarang gegaran, walau sekecil manapun, akan mempengaruhi ketepatan atlet ketika mengarahkan sasaran. Untuk mengurangkan gegaran tersebut, Universiti Tsinghua telah bekerjasama dengan badan yang lain untuk menjalankan sekian banyak ujian dan penyelidikan. Akhirnya mereka berjaya menghasilkan sejenis alat penyerap gegaran khas bagi sistem penyaman udara. Fungsinya seperti lapik kasut sukan. Ia boleh mengurangkan gegaran yang disebabkan oleh operasi sistem penyaman udara. Hasil ujian menunjukkan bahawa penggunaan alat penyerap gegaran tersebut menjadikan atlet tidak merasai sebarang gegaran di tempat bertanding itu. Ini telah memenuhi piawai yang ditetapkan oleh Persatuan Menambak Antarabangsa.

Di kaki bukit Cuiwei, sebelah barat Beijing pula, terdapat sebuah tempat menembak, iaitu Dewan Tembak Beijing. Sejak ia ditubuhkan pada tahun 1955, tempat ini selalu menjadi pangkalan latihan menembak utama bagi Pasukan Penembak Negara China. Kebanyakan jaguh Sukan Olimpik China menerima latihan di sini. Dalam tempoh Sukan Olimpik nanti, tempat menembak bagi acara pinggan terbang yang terletak di Dewan Tembak Beijing ini akan menjadi tempat bagi acara menembak pinggan terbang Sukan Olimpik Beijing. Tempat ini luasnya 6,170 meter persegi dan dapat menampung 5,000 orang penonton. Di dewan ini disediakan 1,000 buah kerusi tetap dan 4,000 kerusi sementera. Tempat bagi acara menembak pinggan terbang yang lama ini dibaik pulih sejak bulan Mac tahun 2006 dan siap pada bulan Ogos tahun 2007.

Mengikut syarat yang dikenakan oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, baru-baru ini, Pusat Pendaftaran Pertandingan Perahu Layar Sukan Olimpik yang terletak di sebelah pintu No.2, Pusat Perahu Layar Sukan Olimpik Qingdao telah beroperasi secara rasmi. Sekarang, mari kita bersama-sama masuk ke perkampungan bagi acara perahu layar Sukan Olimpik ini.

Dulu, penonton hanya diizinkan menaiki kapal untuk menonton perlombaan perahu layar. Namun, dalam Sukan Olimpik Beijing nanti, penonton boleh juga berdiri di tambak laut, yang terletak di Pusat Perahu Layar Sukan Olimpik Qingdao, untuk menikmati pertandingan ini. Kosnya hanyalah 20 yuan RMB. Sukarelawan pertandiangan acara perahu layar, Feng Liang berkata:

"Dua jenis tiket acara perahu layar disediakan. Satu ialah tiket kapal yang perlu dibeli melalui internet, dan yang satu lagi ialah tiket lawatan yang hanya boleh digunakan sehari, dan kosnya hanya 20 yuan RMB, murah sangat. Penduduk Qingdao dan pelancong dapat menikmati pertandingan perahu layar dari tempat yang dekat."

Pusat Perahu Layar Sukan Olimpik Qingdao masih belum dibuka kepada media secara rasmi. Jadi, wartawan hanya dapat melihat beberapa buah kereta bateri yang bergerak antara pelbagai bangunan di pusat ini.

Pemandu kereta bateri yang memberikan khidmat kepada wartawan, Encik Shen ialah seorang sukarelawan pertandingan. Beliau telah memandu kereta sejak 40 tahun yang lalu. Beliau amat gembira kerana berpeluang memberikan sumbangan kepada Sukan Olimpik 2008. Beliau berkata:

"Pada 20 April yang lalu, saya mula bekerja di sini sejam sehari. Sehingga sekarang, sudah lebih dua bulan. Pada mulanya, saya tidak kenal bangunan-bangunan di perkampungan yang sebegini besar ini. Jadi, sekarang, saya boleh menghantar tetamu ke mana-mana sahaja tempat yang hendak dituju mereka dengan cepat."

Sekarang semua pekerja Jawatankuasa Penganjur Perahu Layar Sukan Olimpik Qingdao sedang berusaha supaya persiapan bagi acara perahu layar Sukan Olimpik dan Paralimpik ini sempurna. Ketua Bahagian Penerangan dan Media jawatankuasa tersebut, Su Wenjie berkata:

"Semua kerja persiapan sudah selesai, dan kami sedang menyusun rancangan yang lebih terperinci. Setelah tinjauan secara keseluruhan dibuat, didapati semua kelengkapan dalam bangunan telah dipasang, dan sekarang kita hanya perlu mengujinya, termasuk setiap unit talian telefon. Selain itu, segala alat yang diperlukan dalam pertandingan nanti juga telah dipasang, manakala perkhidmatan kepada atlet akan terus diperbaiki."

Menurut maklumat terkini, setakat ini, terdapat pasukan perahu layar dari 44 buah negara dan kawasan yang telah tiba di Qingdao untuk menjalankan latihan di sana. Sebenarnya, dua tiga tahun yang lalu, beberapa buah Negara, termasuk Itali telah menghantar pegawai mereka ke Qingdao untuk mengetahui keadaan tempat pertandingan perahu layer ini. Naib Setiausaha Agung Jawatankuasa Penganjur Perahu Layar Sukan Olimpik Qingdao yang bertanggungjawab terhadap pertandingan ini, Qu Chun menerangkan:

"Pegawai dari Itali, Perancis, A.S. dan Britain pernah datang pada tahun 2005, khusus untuk melihat dan mengetahui keadaan tempat pertandingan Sukan Olimpik ini. Pekerja mereka yang lain juga datang untuk meninjau jenis telefon bimbit yang digunakan di Qingdao, makanan, tempat menginap dan lain-lain untuk melengkapkan sistem lojistik mereka."

Encik Qu Chun menyatakan bahawa Pusat Perahu Layar Sukan Olimpik Qingdao sedang menanti-nantikan ketibaan atlet dari pelbagai negara di dunia, dan mengalu-alukan kawan-kawan dari dalam dan luar negara China yang berminat kepada perahu layar ke Qingdao.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |