v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Gelanggang Sukan Olimpik yang Terletak di Kawasan Kampus Universiti di Bandar Beijing
2008-08-08 13:41:04 CRI

Antara segala gelanggang Sukan Olimpik Beijing, terdapat enam buah terletak di kawasan kampus universiti di bandar Beijing. Empat buah gelanggang yang baru dibina ialah Gimnasium Universiti Peking, Gimnasium Universiti Industri Beijing, Gimnasium Universiti Pertanian China dan Gimnasium Universiti Sains dan Teknologi Beijing. Apakah perkhidmatan yang akan disediakan oleh universiti yang mempunyai sejarah bukan hanya puluhan tahun, malah lebih seratus tahun ini kepada Sukan Olimpik?

Selepas acara Ping Pong diisytiharkan menjadi acara pertandingan rasmi Sukan Olimpik pada tahun 1988, dalam lima kali Sukan Olimpik sebelum ini, pertandingan Ping Pong diadakan di stadium yang berkongsi dengan acara lain. Namun, orang China amat berminat kepada sukan ini, lalu memutuskan untuk menyediakan sebuah stadium khas untuk pertandingannya dalam Sukan Olimpik Beijing nanti. Stadium itu terletak di kawasan kampus Universiti Peking. Ia bukan sahaja menjadi stadium acara Ping Pong yang pertama dalam sejarah Sukan Olimpik, malah juga merupakan stadium pertama yang khusus untuk acara Ping Pong di dunia.

Dengan itu, Gimnastium Universiti Peking ini mempunyai banyak ciri yang amat berbeza daripada stadium lain. Misalnya, kerusi dan latar belakangnya diberi warna gelap kerana warna ini tidak mengganggu fokus atlet Ping Pong ketika bertanding. Di samping itu, tiupan angin dalam stadium ini dikawal pada kadar di bawah 0.2 meter sesaat untuk memastikan bola Ping Pong tidak terpengaruh oleh angin.

Jika anda berjalan mengelilingi stadium ini, anda tentu akan bertanya mengapa stadium yang berbentuk segi empat ini "kurang" bahagiannya di sudut sebelah tenggara? Sedangkan di sana terdapat tujuh batang pokok yang tua dan sebuah halaman kecil dengan gaya seni bina zaman Dinasti Qing.

Sebenarnya menurut rancangan pembinaan yang awal, arkiteknya merancang untuk memindahkan seluruh halaman tersebut ke tempat lain. Kebetulan seorang pelajar dari Universiti Peking yang membaca cacatan sejarah mendapati bahawa halaman itu merupakan sebahagian daripada taman yang amat besar pada zaman Dinasti Qing, dan dibina 200 tahun yang lalu. Pokok yang paling tua antara tujuh batang pokok ini berusia lebih 200 tahun. Kemudian, pensyarah dan pelajar tersebut telah memaklumkan penemuan mereka kepada Jabatan Pentadbiran Artifak Beijing supaya halaman dan pokok tersebut dapat dilindungi.

Tetapi, dengan berbuat demikian, arkitek terpaksa menyusun semula rancangan pembinaan mereka. Untuk mengelakkan kerosakan pada akar pokok tua ini, bahagian bawah tanah Gimnasium Universiti Peking telah dianjakan tiga meter ke selatan, dan dengan itu, banyaklah paip dan talian yang dipasang di bawah tanah terpaksa dipasang semula. Untuk mencegah kehilangan air dalam tanah bagi akar pokok tua ini, sebuah tembok pencegah hakisan air bawah tanah telah dibina antara pokok dan bangunan stadium.

Dengan berbuat yang demikian juga, menjadikan kos pembinaan meningkat. Tetepi, sekarang anda dapat melihat sebuah stadium Sukan Olimpik dan tapak tinggalan sejarah yang saling melengkapi di kampus universiti yang terkenal di China ini.

Di tepi Jalan Lingkaran 4 sebelah timur Beijing pula, anda akan dapat melihat sebuah bangunan yang bentuknya seperti bola bulu pipih. Ini ialah Sadium Universiti Industri Beijing. Pertandingan Badminton dan Gimrama akan diadakan di sini dalam tempoh Sukan Olimpik. Ia mula dibina pada 30 Jun 2005 dan boleh menampung 7,500 orang penonton.

Universiti Industri Beijing mempunyai ramai tokoh profesional yang berkaitan dengan bidang pembinaan. Pereka stadium ini ialah ahli sains terkenal dalam bidang penyelidikan rangka keluli dari universiti ini. Para pensyarah dan pelajar jurusan ini turut memberikan sumbangan dalam mereka bentuk stadium ini.

Selepas Sukan Olimpik berakhir nanti, stadium ini akan menjadi pusat sukan bukan sahaja bagi universiti ini, malah akan dibuka kepada penduduk Beijing.

Gimnasium untuk acara Gusti Sukan Olimpik 2008 terletak di utara Beijing, iaitu di bahagian timur kampus Universiti Pertanian China. Gimnasium luasnya lebih 23,000 meter persegi dengan 6,000 buah kerusi tetap dan 2,000 kerusi sementara disediakan.

Sebagai bangunan symbol perayaan sambutan ke seratus tahun penubuhan universiti ini, stadium mula dibina pada hari peringatan tersebut, iaitu pada 15 September 2005. Perincian stadium ini banyak yang menggambarkan semangat sains dan teknologi dan perlindungan alam sekitar serta lebih mementingkan keperluan penonton. Misalnya, sistem maklumat yang maju akan memaklumkan segera hasil pengiraan berat badan atlet kepada semua orang yang berada di dewan dalam stadium ini. Penggunaan tenaga elektrik di stadium ini dapat dijimatkan 30% berbanding stadium biasa kerana tenaga panas bumi dan cahaya mata hari lebih banyak digunakan. Di samping itu, pensyarah dan pelajar dari Kolej Pengairan dan Kejuruteraan Awam di universiti ini telah menjalankan penyelidikan tentang cara mengumpul air hujan dari bumbung stadium ini untuk digunakan dalam tandas dan untuk menjirus tumbuh-tumbuhan.

Universiti Pertanian China ialah universiti yang mempunyai tahap pendidikan pertanian yang paling tinggi di China. Ia ditubuhkan pada tahun 1905 dan sekarang mempunyai lebih 20,000 orang pensyarah dan pelajar. Walaupun bidang sukan di universiti ini agak kuat, namun, selama ini ia tidak pernah mempunyai stadium yang besar saiznya. Selepas Beijing berjaya dipilih sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2008, Universiti Pertanian China menjadi universiti yang pertama memohon supaya sebuah gimnasium Sukan Olimpik dibina di kawasan kampusnya.

Selain stadium Gusti, stadium untuk acara Judo dan Taekwondo juga dibina di kawasan kampus universiti, iaitu di Universiti Sains dan Teknologi Beijing. Gimnasium ini boleh menampung 8,000 orang penonton. Rupa stadium ini amat biasa, tetapi fungsinya yang lebih diutamakan oleh pereka. Teknik yang baru telah digunakan dalam sistem cahaya di stadium ini. Menurut teknik itu, cahaya matahari akan dapat menyinar langsung ke dalam stadium ini untuk menjamin keperluan cahaya selama 10 jam di dalamnya pada siang hari, dan tidak menghasilkan sebarang pelepasan. Cahaya matahari juga berfungsi menghapuskan kulat untuk memelihara kesihatan orang dalam stadium ini.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |