v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Teknologi Canggih Memastikan Kejayaan Obor Sukan Olimpik Dinyalakan di Puncak Dunia
2008-06-23 14:29:54 CRI

Obor Sukan Olimpik Beijing berjaya dibawa ke puncak gunung Qomolangma, puncak tertinggi di dunia pada awal bulan Mei yang lalu. Ini merupakan kali pertama obor Sukan Olimpik tiba di puncak tertinggi di dunia. Semua orang tahu bahawa iklim di gunung Qomolangma amat rumit misalnya suhu udara terlalu rendah, oksigen amat kurang dan angin kencang. Jadi, untuk memastikan obor Sukan Olimpik yang dinyalakan di Athens, Greece dapat bertahan dalam iklim yang begitu buruk, ahli dan juruteknik China telah menyelidik dan mereka tabung logam dan obor khas.

Puncak Qomolangma tingginya 8,844 meter dan dikenali sebagai kutub ketiga selain daripada kutub Selatan dan Utara. Menyalakan obor dalam keadaan iklim yang begitu rumit di sana bukanlah mudah. Sehubungan dengan itu, sejak tahun 2006, Kumpulan Industri dan Sains Angkasa Lepas China mula mereka khusus dan mengeluarkan obor dan tabung logam yang khusus untuk digunakan dalam aktiviti larian obor Sukan Olimpik di puncak Qomolangma itu. Encik Ren Guozhou, jurutera yang menyertai usaha penyelidikan tersebut berkata bahawa melalui penyelidikan teknologi berkenaan dalam tempoh lebih dua tahun, mereka berjaya mengeluarkan "tabung logam dataran tinggi" dan "tabung logam puncak Qomolangma" yang dapat digunakan dalam larian obor Sukan Olimpik di pelbagai tempat di puncak Qomolangma yang ketinggiannya berbeza-beza. Kata beliau:

"Banyak hasil ujian membuktikan bahawa fungsi tabung logam kurang stabil di tempat yang tingginya melebihi 6,500 meter. Dengan keadaan sedemikian, kami turut mereka tabung logam untuk puncak Qomolangma, ia boleh befongsi di tempat yang tingginya 6,500 hinggalah ke puncak Qomolangma."

Berbanding dengan tabung logam biasa, rupa dan saiz tabung logam dataran tinggi ini tidak begitu berbeza, tetapi, bahan bakar yang digunakan oleh kedua-dua jenis tabung logam ini tidak sama. Bahan bakar yang digunakan oleh tabung logam dataran tinggi ialah sejenis minyak tanah yang selalu digunakan dalam bidang penerbangan. Ia boleh membakar antara 48 hingga 72 jam.

Tabung logam puncak Qomolangma ini tidak mempunyai "tingkap kaca" yang dapat memperlihatkan api dalamnya. Seluruh badannya dibungkus dengan logam yang berwarna perak dan dihias dengan ukiran awan yang berwarna merah. Di tengah-tengahnya pula ditatah dengan corak lambang Sukan Olimpik Beijing.

Bahan bakar yang digunakan oleh tabung logam puncak Qomolangma ialah sejenis arang, rupanya lebih mirip dengan sebuah batri No.1, dan warnanya hitam dan licin seperti lilin. Kandungan terperinci bahan bakar ini masih belum diumumkan. Encik Liu Jie, juruteknik daripada bahagian penerokaan Kumpulan Industri dan Sains Angkasa Lepas China berkata:

"Kita telah menambah bahan yang istimewa dalan bahan bakar bagi tabung logam puncak Qomolangma supaya ia mampu bertahan pada paras oksigen yang rendah dan membakar dari 8 hingga 15 jam. Dengan itu, pendaki kita akan menambah bahan bakar itu setiap 8 jam sahaja."

Menurut Encik Li Jie, ahli sains dan juruteknik berusaha mereka tabung logam yang tahan bakar, ringan dan mudah digunakan dengan mengambil kira sepenuhnya pelbagai jenis kesukaran yang mungkin dihadapi oleh pendaki. Difahamkan bahawa tabung logam yang membawa bahan bakar itu beratnya tidak melebihi 2.5 kilogram. Melalui ujian yang dibuat, walaupun suhu udara di luar puluhan darjah di bawah 0, api tidak akan padam. Maka, pendaki tidak payah memelihara seccara khusus tabung logam ketika memanjat gunung Qomolangma.

Di samping itu, reka bentuk tabung logam itu juga mencerminkan usaha perlindungan alam sekitar. Menurut Encik Liu Jie, abu ekoran pembakaran bahan bakar tabung logam ini amat sedikit dan di bawah badan tabung itu juga disediakan alat mengumpul abu dan boleh dibersihkan hanya sekali sehari sahaja.

Selepas menyelesaikan masalah yang rumit tersebut, ahli sains dan juruteknik China juga perlu menyelesaikan masalah teknikal untuk memastikan obor boleh digunakan dengan normal dalam iklim yang begitu istimewa di gunung Qomolangma. Menurut Encik Liu Jie, ketika larian obor diadakan di puncak Qomolangma, obor mesti dapat dinyalakan, kekal membakar dan api dapat dilihat.

Ketika mereka obor itu, selain perlu mempertimbangkan isu termasuk suhu udara rendah, oksigen yang rendah dan angin yang kencang, satu perkara perlu diambil kira ialah cahaya mata hari di puncak gunung yang amat terang. Jadi, bagaimana memastikan nyalaan api obor yang cantik dapat dilihat? Encik Liu Jie berkata, wajah obor yang dibawa ke puncak Qomolangma rupanya sama dengan obor yang dibawa dalam larian obor di tempat lain, tetapi hatinya amat berbeza. Kata beliau:

"Obor yang dibawa di bandar menggunakan bahan bakar cair. Tetapi iklim di puncak Qomolangma amat buruk. Jadi, kami telah menyelidik dan mengeluarkan bahan bakar yang padat."

Naib Ketua Bahagian Reka Bentuk Obor Kumpulan Industri dan Sains Angkasa Lepas China, Encik Gao Bingxin memberitahu wartawan bahawa untuk memastikan obor dinyalakan di puncak Qomolangma dengan berjaya, pihaknya telah menjalankan pelbagai ujian dalam tempoh lebih dua tahun yang lalu. Beliau berkata:

"Kami telah menjalankan ujian tentang fungsi obor dalam lebih seribu jam. Selain itu, kami juga khusus pergi ke Mohe, bahagian timur laut China untuk menjalankan ujian dalam suhu udara yang amat rendah. Pada tahun 2006, kami pergi ke puncak Qomolangma lagi untuk menjalankan ujian."

Ketika obor Sukan Olimpik tiba di puncak Qomolangma pada pagi 8 Mei lalu, waktu Bejing, kelajuan angin di sana mencapai 18.1 meter sesaat, dan suhu udaranya kira-kira 20 darjah di bawah 0.Menurut piawai rekaan, obor itu boleh bertahan dalam tiupan angin sederas 30 meter sesaat dan suhu udara pada 40 darjah di bawah 0."

Nyatalah disebabkan sokongan sains dan teknologi yang maju, barulah kita dapat menyaksikan obor Sukan Olimpik tiba di puncak tertinggi di dunia.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |