v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Hu Jintao Adakan Jamuan Besar-Besaran Melayani Tetamu Agung dari Negara Asing
2008-08-08 15:49:22 CRI

Presiden China, Hu Jintao mengadakan jamuan besar-besaran tengah hari tadi bagi melayan tetamu-tetamu agung dari pelbagai negara yang akan menghadiri upacara perasmian Sukan Olimpik di balai jamuan Dewan Rakyat Besar Beijing.

Dalam ucapannya Hu Jintao menyatakan penghargaannya kepada semua orang yang memberikan sumbangan kepada Sukan Olimpik Beijing.

Beliau menyatakan, Sukan Olimpik menambah persefahaman dan persahabatan di kalangan rakyat pelbagai negara dan memberikan sumbangan yang besar bagi mendorong keamanan dan pembangunan manusia.

Hu Jintao percaya atas sokongan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan anggota IOC, Sukan Olimpik Beijing yang bertaraf tinggi terlaksana dengan jayanya.

Presiden IOC, Jacques Rogge dan Presiden Kehormat IOC, Juan Antonio Samaranch antara hampir 300 tetamu agung menghadiri jamuan itu.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |