v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Tetamu dari ASEAN Memohon Diberi Restu kepada Sukan Olimpik Beijing
2008-04-24 09:27:35 CRI

Perwakilan ASEAN yang menyertai Forum Radio dan Televisyen China-ASEAN melawat beberapa gelanggang pertandingan Sukan Olimpik Beijing semalam. Mereka menyanjung tinggi persiapan Beijing untuk temasya sukan itu dan berharap semoga Sukan Olimpik berjaya diadakan.

Perwakilan negara-negara ASEAN telah melawat Stadium Negara, iaitu stadium utama dalam Sukan Olimpik Beijing dan Pusat Renang Negara, iaitu gelanggang acara pertandingan renang dalam temasya sukan itu. Ketua Pengarah Stesen TV Negara Laos, Encik Sypha Nonglath berkata gelanggang pertandingan Sukan Olimpik merupakan gelanggang paling cantik yang pernah dilihat oleh beliau. Katanya: "Dalam lawatan ini, kami melihat ramai orang sedang bekerja dengan bersungguh-sungguh. Kami kagum dengan kecantikan gelanggang ini. Saya tidak pernah melihat gelanggang pertandingan yang begini cantik. Saya berharap semoga Sukan Olimpik berjaya diadakan di Beijing."

Antara peserta dalam Forum Radio dan Televisyen China-ASEAN, ramai orang pernah melawat China sebelum ini. Salah seorang daripadanya Puan Nguyen Thi Thuy Lan, Naib Ketua Pusat Seberang Laut Radio Suara Vietnam. Beliau memberitahu wartawan persiapan untuk Sukan Olimpik memberi perubahan besar kepada Beijing. Katanya: "Pertama kali yang saya melawat China pada tahun 2005 iaitu kira detik 1000 hari menjelang Sukan Olimpik Beijing. Pda masa itu, saya merasakan sedikit kurang selesa kerana tidak faham bahasa Mandarin. Namun kali ini saya mendapati banyak papan petunjuk dalam bahasa Inggeris dipasang di hotel dan jalan-jalan di Beijing. Ini memberi kemudahan kepada pelancong. Perubahan di Beijing amat cepat."

Selain persiapan untuk Sukan Olimpik, tetamu ASEAN turut memberi perhatian kepada aktiviti larian obor Sukan Olimpik Beijing yang sedang dijalankan. Naib Ketua Pengarah Radio Suara Vietnam, Puan Hoang Minh Nguyet menyatakan obor Sukan Olimpik Beijing akan tiba ke negaranya pada penghujung bulan ini, dan rakyat Vietnam menanti-nantikan ketibaan itu. Katanya: "Larian Obor Sukan Olimpik Beijing telah diadakan di beberapa negara dan akan tiba di Vietnam tidak lama lagi. Larian obor Sukan Olimpik di Vietnam merupakan perkara yang meriah, kami menanti-nantikan kedatangan obor itu."

Selain itu, perwakilan negara ASEAN juga mengutuk tindakan yang cuba menjejaskan larian obor dengan niat mencapai tujuan politik melalui Sukan Olimpik. Pengerusi Persatuan Radio Indonesia, Sasa Djuarsa Sendjaja menyatakan adalah salah tindakan mempolitikan temasya sukan. Kata beliau: "Saya ingin menasihatkan sesetengah orang jangan mempolitikkan sukan. Bagi orang awan, yang diperhatikan oleh mereka ialah sukan, bukan politik."

Kini, kira detik lebih 100 hari menjelang Sukan Olimpik Beijing. Tetamu ASEAN berpendapat Sukan Olimpik Beijing akan dijayakan dan temasya sukan ini pasti akan mengharumkan nama Asia.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |