v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Jabatan Kaji Cuaca China akan Berikan Perkhidmatan Ramalan Cuaca yang Bermutu Tinggi untuk Sukan Olimpik Beijing
2008-07-21 11:04:21 CRI

Perubahan cuaca akan memberikan pengaruh yang besar kepada pertandingan dan persembahan atlet dalam Sukan Olimpik. Pegawai jabatan kaji cuaca China menyatakan di Beijing semalam bahawa pihaknya telah mengambil beberapa tindakan untuk meningkatkan kemampuan ramalan cuaca dan akan memberikan perkhidmatan ramalan cuaca yang tepat dan segera dalam tempoh Sukan Olimpik Beijing nanti. Berikut ialah laporan terperinci tentang hal itu.

Memberikan perkhidmatan ramalan cuaca yang tepat dan segera merupakan perkara yang penting ketika mengadakan pelbagai pertandingan dalam Sukan Olimpik, khususnya ketika berlangsungnya upacara perasmiannya. Ketua Pakar Ramalan Cuaca Pusat Kaji Cuaca Jabatan Pentadbiran Meteorologi China, Encik Qiao Lin dalam sidang akhbar yang diadakan di Beijing semalam menyatakan bahawa jabatan kaji cuaca akan meningkatkan ketepatan ramalan cuaca dalam tempoh Sukan Olimpik Beijing. Katanya: "Kami akan membuat ramalan cuaca bagi 8 Ogos iaitu hari yang diadakan upacara perasmian Sukan Olimpik lebih awal seminggu. Selain itu, kami juga akan segera mengeluarkan amaran bagi cuaca yang buruk seperti hujan lebat beberapa jam sebelumnya."

Meningkatkan ketepatan ramalan cuaca merupakan satu masalah yang sukar bagi semua pihak di sedunia. Lebih-lebih lagi dengan latar belakang iklim sejagat yang semakin panas, cuaca melampau yang semakin banyak berlaku menjadi cabaran bagi usha meramal cuaca. Beberapa tahun yang lalu, China telah meningkatkan penyeliaan terhadap bencana akibat cuaca, dan memperuntukkan banyak modal untuk menyempurnakan sistem amaran cuaca. China berjaya melancarkan Satelit Meteorologi No.3 Fengyun pada 27 Mei lalu. Satelit itu mungkin akan mula beroperasi menjelang Sukan Olimpik Beijing nanti.

Meningkatkan kerjasama antarabangsa merupakan salah satu kaedah untuk meningkatkan kemampuan meramal cuaca bagi Sukan Olimpik. Encik Chen Zhenlin, pegawai Pentadbiran Meteorologi China yang bertanggungjawab atas perkhidmatan ramalan cuaca bagi Sukan Olimpik Beijing menyatakan bahawa pakar kaji cuaca dari beberapa buah negara dan kawasan seperti A.S., Australia, Kanada, Jepun dan Hong Kong akan bertugas di Beijing dalam tempoh temasya sukan itu. Katanya: "Kerjasama antarabangsa tersebut bukan sahaja berfaedah bagi meningkatkan kemampuan meramal cuaca, tetapi juga merupakan contoh dalam arena kaji cuaca dunia. Berdasarkan peraturan Pertubuhan Kaji Cuaca Dunia, kerjasama seumpama ini mula dilaksanakan dalam Sukan Olimpik Syeney dan akan diteruskan."

Jabatan kaji cuaca China akan memberikan perkhidmatan ramalan cuaca bagi empat bidang, iaitu perkhidmatan untuk pertandingan, perkhidmatan untuk aktiviti meriah, perkhidmatan untuk operasi bandar dan perkhidmatan untuk orang awam. Ketua Pakar Ramalan Cuaca Pusat Kaji Cuaca Jabatan Pentadbiran Meteorologi China, Encik Qiao Lin berkata:

"Kami telah memasuki fasa terakhir dalam bidang penyeliaan, penubuhan sistem ramalan cuaca dan latihan profesional. Kami berhasrat untuk memberikan perkhidmatan ramalan cuaca yang tepat dalam tempoh Sukan Olimpik Beijing."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |