v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Cerita tentang Khuong Thi Thanh Hoai, Sukarelawan Asing untuk Sukan Olimpik Beijing
2008-07-31 14:43:07 CRI

Khuong Thi Thanh Hoai merupakan pelajar Vietnam yang menuntut di Universiti Ekonomi dan Perdagangan Luar Beijing. Dia sudah menuntut di Beijing selama tiga tahun. Kini, dia menjadi seorang sukarelawan asing yang berkhidmat bagi sektor makan dan minum untuk Sukan Olimpik Beijing.

Khuong Thi Thanh Hoai yang tidak tinggi orangnya, ini amat santun. Walaupun kita sukar mengaitkan dia dengan acara sukan, namun Khuong Thi Thanh Hoai memang peminat sukan. Tujuh tahun yang lalu, iaitu ketika Beijing berjaya memperoleh hak menganjurkan Sukan Olimpik 2008, Khuong Thi Thanh Hoai masih belajar di sekolah rendah dan amat suka bermain bola sepak di tepi jalan.

Pada masa itu, Khuong Thi Thanh Hoai masih belum memahami makna Sukan Olimpik. Dia hanya menikmati kegembiraan yang didatangkan oleh acara sukan. Khuong Thi Thanh Hoai selalu menyertai aktiviti sukan yang diadakan oleh sekolahnya. Walaupun dia tidak pernah mencapai kejayaan yang cemerlang, namun dia masih aktif menyertai aktiviti ini dan berminat terhadap sukan.

Hari demi hari, Khuong Thi Thanh Hoai mula memahami erti Sukan Olimpik. Katanya itulah cabaran bagi dirinya. Matlamat yang dikejar "lebih tinggi, lebih pesat dan lebih kuat", dan ini ialah temasya rakyat seluruh dunia untuk menrapatkan persahabatan dan melaksanakan pertukaran maklumat kebudayaan melalui sukan. Ketika tamat dari sekolah menengah, Khuong Thi Thanh Hoai oleh daripada gurunya bahawa Beijing akan menganjurkan Sukan Olimpik 2008. Beijing adalah bandar yang dekat dengan Vietnam jika dibandingkan dengan Sydney atau Athens. Oleh itu, Khuong Thi Thanh Hoai menyimpan harapan untuk pergi ke Beijing untuk menonton pertandingan dalam Sukan Olimpik ini. Selepas tamat dari sekolah menengah, ibu bapa Khuong Thi Thanh Hoai berharap dia meneruskan pelajaran di luar negara. Jadi, Khuong Thi Thanh Hoai pun terus memilih Beijing. Katanya: "Saya memberitahu rakan saya 'Beijing akan mengadakan Sukan Olimpik 2008". Kata mereka 'ketika itu awak berada di Beijing dan kami akan datang melawat awak', kata saya, 'Baiklah, semua orang boleh datang. Makan dan tempat tinggal tidak menjadi masalah. Saya akan membawa kamu menonton pertandingan."

Selama empat tahun di Beijing, di samping menimbal ilmu pengetahuan, Khuong Thi Thanh Hoai juga dapat merasakan persiapan Beijing untuk Sukan Olimpik 2008. Sukan Olimpik menjelang tiba dan suasana sambutan temasya sukan ini dapat dirasai di mana-mana jua. Katanya: "Beijing telah mengalami perubahan yang besar sejak saya tiba di di sini empat tahun yang lalu, khusunya ia semakin mengutamakan perlindungan alam sekitar. Kita juga dapat merasakan suasana sambutan Sukan Olimpik sebaik-baik sajaha sampai ke Beijing."

Kedatangan Sukan Olimpik yang semakin hampir, Khuong Thi Thanh Hoai merasakan dia tidak sepatutnya hanya menanti untuk menikmati pertandingan dalam sukan tersebut, tetapi perlu melibatkan diri dalam temasya sukan itu. Menurutnya, China berusaha sedaya upaya untuk menganjurkan satu Sukan Olimpik yang cemerlang. Kerajaan Beijing pula telah membuat rancangan dan persiapan yang rapi baik bagi pembaikan alam sekitar Beijing, mahupun pembinaan gelanggang pertandingan. Pihak universitinya mula mencalonkan sukarelawan untuk sukan ini pada separuh tahun kedua tahun lalu. Jadi, Khuong Thi Thanh Hoai pun mendaftar dan membuat persiapan untuk menjadi sukarelawan Sukan Olimpik. Katanya: "Pada masa itu, saya menonton program sukan yang disiarkan oleh stesen TV pusat China untuk menambah pengetahuan saya tentang Sukan Olimpik Beijing. Saya juga melihat laman sesawang yang berkaitan dengan sukarelawan untuk meningkatkan pemahaman tentang tugas ini."

Khuong Thi Thanh Hoai dansebahagian besar daripada 100 orang pelajar Vitenam di universiti itu telah menyertai pemilihan awal, namun hanya dia seorang yang lulus temu duga peringkat akhir. Dia menyatakan bahawa, menjadi sukarelawan Sukan Olimpik Beijing merupakan penghormatan baginya sepanjang hayat dan dia amat menghargai peluang ini. Ketika Tanya bagaimana dia boleh berjaya dalam pemilihan tersebut, Khuong Thi Thanh Hoai menyatakan bahawa mungkin dia selalu ketawa dan ceria kerana ceria ialah identiti sukarelawan. Kini, Khuong Thi Thanh Hoai sedang mengikuti latihan sularelawan yang diadakan oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing. Dia bersama-sama dengan sukarelawan yang lain, akan masuk ke kampung Olimpik Beijing pada 1 Ogos nanti, dan tinggal di sana untuk memberikan perkhidmatan dalam sektor makan dan minum. Dia akan benar-benar mencapai impiannya. Khuong Thi Thanh Hoai memberitahu wartawan bahawa dia selalu membayang-bayangkan keadaannya menyedarkan kupon makanan kepada para atlet, dan menemui atlet dari Vietnam. Dia menggalakkan mereka dan memberitahu mereka bahawa dia juga melibatkan diri dalam Sukan Olimpik Beijing. Katanya: "Walaupun Vietnam bukan sebuah negara yang hebat dalam sukan, namun saya merasakan semangat atlet Vietnam amat berharga. Mereka aktif menyertai pertandingan dan berusaha sedaya upaya untuk memberikan persembahan yang baik. Saya berharap atlet Vietnam dapat meraih lebih banyak pingat dalam temasya sukan ini."

Saudara pendengar, sekianlah ruangan Beijing 2008 untuk hari ini. Saya Nurhayati, salam ceria.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |