v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Radio Macquarie Australia Membuat Persiapan untuk Siarkan Sukan Olimpik Beijing
2008-07-17 14:26:58 CRI

Radio Macquarie merupakan satu-satunya radio komersial yang mempunyai hak menyiarkan maklumat Sukan Olimpik Beijing di Australia. Warwatan CRI telah melawat radio itu baru-baru ini dan melihat persiapannya untuk menyiarkan berita temasya sukan itu.

Radio Macquarie yang terletak di Sydney itu merupakan sebuah radio yang terkenal dalam menyiarkan program sukan. Mengikuti statistiknya, sekurang-kurangnya seorang daripada 10 warga Sydney ialah pendenganr setia Radio Macquarie. Radio Macquarie mempunyai juruacara kesukanan yang diminati ramai seperti Alan Jones yang digelar "raja radio Australia".

Ketua Program Radio Macquarie, yang juga petugas liputan Sukan Olimpik Beijing, Puan Sophie Onikul menjelaskan bahawa kumpulan warwatan mereka akan membuat liputan langsung di pelbagai gelanggang pertandingan di Beijing, dan pihaknya akan menyusun semula jadual program biasa untuk menyiarkan rancangan khas tentang Sukan Olimpik Beijing. Katanya: "Kami menawarkan rancangan siaran langsung mengenai pertandingan renang pada pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari setipa waktu tempatan Beijing. Pada waktu yang lain, kami akan menyampaikan maklumat terkini tentang Sukan Olimpik kepada pihak radio kami. Antara pukul 4 petang hingga 10 malam waktu tempatan Beijing, kami akan menyiarkan rancangan 'Sukan Olimpik Hari Ini' selama enam jam. Dalam rancangan ini, wartawan kami akan melaporkan maklumat pertandingan pelbagai acara pada hari tersebut. Matlamat kami ialah membuat liputan langsung tentang sebarang acara yang mampu direbut pingat emas oleh pasukan Australia."

Radio Macquarie telah menubuhkan kumpulan pelapor yang terdiri daripada 20 orang anggota untuk membuat liputan tentang Sukan Olimpik Beijing. Antaranya termasuklah pengulas pertandingan, bekas atlet dalam Sukan Olimpik yang lalu, wartawan dan juruteknik. Mereka akan bertugas di Beijing selama tiga hingga empat minggu, dan membuat liputan terutamanya tentang acara yang mungkin pasukan Australia mampu merebut pingat emas seperti renang, olahraga, lumba basikal dan perahu. Ray Hadley, pengulas sukan yang terkenal di Australia telah lima kali membuat liputan Sukan Olimpik. Beliau akan mengetuai rancangan "Kubus Air", iaitu siaran langsung pada setiap pagi di Stadium Renang Negara China. Puan Sophie Onikul berkata: "Ray Hadley ditugaskan sebagai ketua pengulas, manakala dua orang bekas atlet Sukan Olimpik Nicole Livingstone dan Rob Woodhouse akan membantunya. Nicole akan memaklumkan latar bekalang beberapa atlet. Beliau pernah mewakili Australia menyertai Sukan Olimpik dan mempunyai pengalaman yang berharga. Manakala, Rob pula akan membuat wawancara dengan atlet yang mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan dan melaporkan maklumat terkini."

Selain memberikan perhatian kepada acara pertandingan, kumpulan pelapor itu juga akan membuat laporan tentang perkara di luar gelanggang pertandingan. Puan Sophie Onikul berkata: "Saya merasakan mereka akan juga memberikan perhatian kepada berita dan rencana semasa, yang mungkin tidak berkaitan secara langsung dengan Sukan Olimpik, contohnya isu ubat perangsang. Ketua Pengarah Jabatan Berita dan Rencana Semasa, Jason Morrison dan Ketua Pengarah Jabatan Berita, Puan Rachael Stevens turut berada di Beijing dalam tempoh sukan ini. Beberapa orang wartawan kami yang bertugas di Beijing juga akan bersama-sama dengan kumpulan ini untuk membuat liputan. Mereka bukan sahaja dapat membantu kami mengatasi halangan bahasa, malah, dapat membantu kami supaya segera sampai ke tempat kejadian ketika sewaktu peristiwa berlaku secara tiba-tiba. Berita itu mungkin tidak berkaitan langsung dengan Sukan Olimpik."

Walaupun Radio Macquarie hanya merupakan sebuah radio tempatan di Sydney, namun Ketua Juruteknik radio itu, Chris Bowen menjelaskan bahawa pihaknya telah menandatangani perjanjian dengan 25 buah setesen radio di bandar yang lain di Australia untuk menubuhkan jaring siaran Sukan Olimpik. Sehubungan dengan itu, pendengar Australia di luar bandar Sydney juga boleh menerima program tentang Sukan Olimpik Beijing Radio Macquarie melalui radio tempatan. Katanya: "Radio tersebut terletak di merata-rata tempat di Australia. Pihak mereka boleh memilih program kami mengikut liputan yang digemari mereka. Kami memberikan program siaran kami di Sydney, dan mereka memilih program itu menurut minat pendengar."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |