v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Berjaya Capai Matlamat Menghijaukan Beijing
2008-06-26 14:24:11 CRI

Tiga konsep Sukan Olimpik Beijing 2008 iaitu "Sukan Olimpik kemanusiaan, Sukan Olimpik yang saintifik dan berteknologi tinggi dan Sukan Olimpik hijau" telah diketahui umum di China. Akan tetapi pelaksanaan ketiga-tiga konsep tersebut bukan perkara yang mudah untuk dilakukan. Khususnya 'Olimpik yang hijau' merupakan salah satu cabaran besar bagi Beijing.
Sejak permohonan awal bagi penganjuran Sukan Olimpik 2008, Beijing telah banyak memperuntukkan tenaga dan kewangan dalam bidang perlindungan alam sekitar yang bertujuan untuk menyediakan persekitaran yang sihat dan ceria bagi penganjuran Sukan Olimpik Beijing 2008 dan membaiki keadaan persekitaran bandar Beijing atas peluang penganjuran temasya sukan itu. Ketua Pengarah Biro Perlindungan Alam Sekitar Bandar Beijing Tang Tong dalam sidang akhbar mengenai isu perlindungan alam sekitar sambutan Sukan Olimpik Beijing 2008 yang diadakan di Beijing pada 31 Mei lalu menyatakan bahawa: "Kami mula berusaha untuk membaiki mutu alam sekitar pada tahun 1998. Pada awalnya, peruntukan tidaklah begitu besar. Namun pada beberapa tahun kebelakangan ini, hampir sejumlah 10 bilion Yuan RMB telah diperuntukkan dalam bidang itu pada setiap tahun. Oleh sebab kami telah memasuki fasa yang penting, maka jumlah peruntukan dalam bidang itu telah mencapai 25 bilion Yuan RMB pada tahun lalu. Kami menjangka bahawa jumlah itu akan terus meningkat pada tahun ini."


Sejak tahun 1998, kerajaan Beijing telah memperuntukkan 120 bilion Yuan RMB dalam bidang perlindungan alam sekitar. Berdasarkan data berkenaan, mutu udara di Beijing telah dibaiki yang tindakannya telah berlangsung selama lapan tahun. Jumlah hari yang indeks mutu udaranya mencapai peringkat II atau lebih baik daripada peringkat II telah meningkat kepada 241 hari pada tahun 2006 berbanding dengan 100 hari pada tahun 1998. Mutu air bagi sumber air minuman utama terjamin, mutu air di hilir dan di pusat bandar turut ditingkatkan dan indeks pencemaran bunyi dan radioaktif di bandar juga adalah terkawal. Walaupun Beijing telah mencapai kejayaan tersebut, akan tetapi pegawai kerajaan Beijing yang bertanggungjawab atas usaha perlindungan alam sekitar menyatakan bahawa Beijing masih menghadapi cabaran perlindungan alam sekitar semasa penganjuran Sukan Olimpik Beijing 2008. Cabaran pertama ialah jumlah kenderaan di Beijing yang semakin meningkat.

Setakat 26 Mei lalu, jumlah itu telah mencapai tiga juta buah. Jumlah itu menimbulkan satu kerumitan kepada pihak penganjur Sukan Olimpik Beijing. Naib Datuk Bandar Beijing Encik Ji Lin menyatakan bahawa:"Pertambahan jumlah kenderaan menunjukkan kemakmuran ekonomi dan peningkatan taraf kehidupan rakyat. Akan tetapi turut mendatangkan beberapa masalah seperti kesesakan lalul lintas dan pencemaran alam sekitar khususnya pencemaran udara. Biasanya, kami melaksanakan standard lama terhadap kenderaan lama dan standard baru terhadap kenderaan baru. Selain itu, banyak kenderaan dari tempat lain khususnya lori dan trak turut menggendakan pelepasan asap ekzos kenderaan di udara. Kami telah mengambil beberapa langkah, tetapi tiada cara yang berkesan pada masa ini."


Kerajaan Beijing tidak bercadang untuk mengatasi msalah tersebut dengan cara menghalang peningkatan jumlah kenderaan. Selepas mengkaji pengalaman bandar penganjur Sukan Olimpik pada masa dahulu, pegawai China mendapati bahawa "tidak memandu kereta" semasa penganjuran Sukan Olimpik merupakan tindakan yang sering diambil. Semasa penganjuran Sukan Olimpik Atalanta 1996, sebanyak 2.5 juta buah kereta tidak dipandu. Semasa penganjuran Forum China-Afrika di Beijing pada tahun lalu, badan yang kenaan China telah mengambil tindakan seumpama itu dan 900 ribu buah kereta tidak dipandu. Kini, para pakar sedang membuat kajian untuk mengehadkan jumlah pemanduan kenderaan semasa penganjuran Sukan Olimpik Beijing 2008.
Walaupun tindakan tersebut dapat membaiki mutu udara, tetapi tidak dapat membaiki alam sekitar pada asasnya. Oleh itu, bandar Beijing bercadang untuk meningkatkan mutu sumber bahan api bagi kenderaan. Stesen minyak yang tidak mencapai piawaian akan ditutup sehingga penganjuran Sukan Olimpik Beijing 2008 kelak.


Selain pelepasan asap ekzos kenderaan, mutu udara turut merupakan salah satu cabaran bagi pewujudan "Sukan Olimpik Hijau". Berdasarkan penganalisisan data yang sedia ada, semasa penganjuran Sukan Olimpik Beijing 2008 kelak, jumlah Sulfur Dioksida (S02), Karbon Dioksida(CO2) dan Karbon Monoksida (CO) dalam utara hampir mencapai piawaian, akan tetapi jumlah Partikulat (PM10) dan Ozone (O3) dalam udara melebihi piawaian. PM10 dan O3 merupakan dua bahan pencemar yang tidak berfaedah bagi beberapa acara sukan. Oleh itu, Beijing telah menggubal cadangan mutu udara semasan penganjuran Sukan Olimpik Beijing 2008 bagi menghadapi dua bahan pencemar tersebut.


Di samping itu, disebabkan oleh pergerakan udara, maka pencemaran udara merupakan salah satu masalah serantau. Pencegahan pencemaran udara turut dilaksanakan di peringkat serantau. Kini, Beijing sedang bekerjasama dengan Biro Perlindungan Alam Sekitar Negara China dan beberapa bandar di sekitar Beijing untuk bersama-sama menggubal cadangan bagi mengatasi pencemaran udara.


Naib Datuk Bandar Beijing Encik Liu Tuo menyatakan bahawa: "Kerajaan Beijing sudah pasti akan memikul tanggungjawab bagi menjamin mutu udara semasa penganjuran Sukan Olimpik Beijing 2008. Pada tahun depan, selain beberapa tindakan bagi menjamin mutu udara, kami juga akan turut menyediakan beberapa perkhidmatan dan meningkatkan pertukaran maklumat. Contohnya, kami akan menubuhkan pusat penyeliaan mutu udara di kawasan perkampungan atlet dan maklumat dari pusat itu adalah terbuka."


Walaupun menghadapi cabaran yang besar, namun, pihak penganjur Sukan Olimpik Beijing akan berusaha dengan sedaya upaya untuk mewujudkan matlamat "Sukan Olimpik yang Hijau".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |