v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Beijing Berusaha untuk Menjamin Keselamatan Kesihatan Awam ketika Sukan Olimpik Beijing Diadakan
2008-06-05 14:27:41 CRI

Sukan Olimpik ke-29 akan diadakan di Beijing pada 8 Ogos nanti. Keselamatan kesihatan awam menjadi perhatian orang ramai. Sehingga kini, Beijing telah menubuhkan sistem pencegahan yang terdiri daripada siri cadangan untuk menghadapi ancaman kesihatan awam yang berlaku secara tiba-tiba. Selain itu, Beijing juga menubuhkan pusat perubatan kecemasan di Kampung Olimpik, di gelanggang pertandingan dan di tempat-tempat lain yang berkenaan, dan meningkatkan penyeliaan terhadap makanan, air, punca penyakit berjangkit, hidupan penyebar penyakit dan radioaktif nuklear. Berikut ialah laporan terperinci tetang hal itu.

Ketua kumpulan jaminan perubatan Suruhanjaya Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Encik Jin Dapeng menyatakan di Beijing bahawa dalam tempoh Sukan Olimpik nanti, pihaknya akan menjamin perkara-perkara yagn berikut ini menjamin tidak berlakunya perisitiwa penyakit berjangkit yang serius di Beijing; akan mengambil tindakan yang berkesan untuk mencegah penyakit berjangkit yang baru; menjamin tidak berlakunya perisiwa keracunan makanan dan pencemaran air minum, dapat menguruskan peristiwa keselamatan kesihatan awam dan serangan keganasan, serta menjamin setiap orang mendapat perkhidmatan perubatan yang sempurna. Katanya: "Kini, Beijing telah menubuhkan sistem untuk menghadapi ancaman kesihatan awam yang berlaku secara tiba-tiba. Kemampuan kita untuk memberikan perkhidmatan kesihatan dan perubatan juga telah meningkat dengan ketara."

Pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit merupakan aspek yang penting dalam menjamin kesihatan awam. Kumpulan jaminan perubatan dari Suruhanjaya Penganjur Sukan Olimpik Beijing telah bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), juga provinsi dan bandar di sekelilingnya untuk menubuhkan mekanisme pencegahan bersama penyakit berjangkit. Melalui perkongsian maklumat, pertukaran teknik dan tindakan pencegahan bersama, wabak dapat dicegah dengan berkesan. Ketua Pengarah Jabatan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Biro Kesihatan Beijing, Encik Zhao Tao memaklumkan: "Kami mula membuat penilaian kepada risiko beberapa penyakit berjangkit yang sering berlaku di Beijing pada tahun 2006, antaranya termasuklah penyakit berjangkit yang berkait dengan pernafasan seperti selesema. Ketika Sukan Olimpik diadakan nanti, ramai orang akan datang ke Beijing. Jadi, kami juga membuat penilaian kepada risiko penyakit berjangkit yang kurang berlaku di Beijing."

Encik Zhao Tao juga menyatakan bahawa oleh sebab Sukan Olimpik diadakan dalammusim panas, maka kita perlu memberikan perhatian kepada usaha mencegah penyakit yang berpuncan daripada makanan dan penyakit saluran pencernaan. Kini, Beijing telah menubuhkan sistem kawalan kesihatan makanan yang sempurna, dan kesemua institusi perubatan boleh melaporkan wabak penyakit menerusi internet. Selain itu, Biro Kesihatan Beijing juga telah menubuhkan sistem penyeliaan gejala penyakit berjangkit di kawasan pusat Sukan Olimpik.

Selain mencegah penyakit berjangkit, usaha membunuh hidupan penyebar penyakit juga merupakan salah satu kerja yang penting. Pihak yang bertanggungjawab telah menyusun rancangan dan melaksanakan tindakan membunuh hidupan penyebar penyakit di bandar Beijing sebanyak dua kali. Ketua Pengarah Jabatan Kempen Kesihatan Beijing, Encik Liu Zejun memaklumkan bahawa Beijing akan melaksanakan lagi tindakan tersebut pada 20 Jun nanti. Katanya: "Hinggalah Sukan Olimpik diadakan, kawasan dua kilometer di sekeliling gelanggang Sukan Olimpik perlu mencapai standard kesihatan Negara. Usaha pencegahan nyamuk dan tikus di gelanggang Sukan Olimpik perlu mencapai tahap 100% pada piawai bagi menghalang pembiakan penyebar penyakit ini."

Ketua Kumpulan Jaminan Perubatan Suruhanjaya Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Encik Jin Dapeng memberitahu wartawan bahawa Biro Kesihatan Beijing telah membuat persiapan untuk menghadapi ancaman kesihatan awam yang berlaku secara tiba-tiba dalam tempoh Sukan Olimpik diadakan. Kini, kemudahan perubatan, ubat-ubatan, simpanan darah untuk Sukan Olimpik telah disiapkan. Seramai lebih 3000 orang doktor dan jururawat serta seramai 175 ribu pengamal dari institusi kesihatan Beijing yang akan memberikan perkhidmatan perubatan sempena Sukan Olimpik telah mengikuti latihan yang berkenaan. Dengan itu, seselamatan kesihatan awam dalam tempoh Sukan Olimpik Beijing parti dapat dijamin.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |