v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Tokoh-tokoh Arena Sukan Antarabangsa Berpendapat Mutu udara di Beijing Memenuhi Tuntutan
2008-04-24 14:24:56 CRI

Isu mutu udara di Beijing terus menjadi perhatian pelbagai pihak. Baru-baru ini, wartawan CRI mengadakan wawancara dengan beberapa orang tokoh di arena sukan antarabangsa. Mereka berpendapat bahawa pada keseluruhannya mutu udara di Beijing adalah baik dan memenuhi tuntutan bagi menganjurkan Sukan Olimpik.

Sejak awal bulan April, pertandingan acara bola keranjang, main pedang, berjalan kaki dan maraton dalam siri pertandingan "Selamat Berjaya Beijing" telah diadakan secara berturut-turut. Untuk mengetahui kejayaan mereka dalam latihan dan menyesuaikan diri dengan gelanggang pertandingan, ramai atlet yang telah menyertai pertandingan tersebut.

Seperti tahu umum, acara pertandingan berbasikal di jalan, berjalan kaki dan marathon diadakan di luar stadium. Oleh itu, unsur seperti mutu udara memberi pengaruh yang besar kepada persembahan para atlet. Walaupun pada masa itu angin bertiup kencang dan hujan turun di Beijing, namun kebanyakan atlet menyatakan bahawa mutu udara di Beijing baik dan tidak menjejaskan persembahan mereka. Dalam pertandingan acara berjalan kaki 20 kilometer yang diadakan pada 18 April lalu, atlet terkenal Mexico, Sanchez telah meraih pingat gangsa. Selepas pertandingan itu, beliau memberitahu wartawan bahawa beliau tidak merasakan ada pencemaran udara. Katanya: "Pencemaran udara, sedikit pun tak ada. Iini sangat bagus. Tidak ada masalah menyertai pertandingan dengan mutu udara begini."

Beijing pernah berjanji tentang mutu udara di Beijing bagi tempoh Sukan Olimpik ketika memohon hak menganjurkan temasya sukan itu pada tahun 2001. Antara janji itu termasuklah Beijing akan berusaha membaiki mutu udaranya, mengadakan kawalan terhadap Sulfur Dioksida (SO2), Karbon Monoksida (CO), Nitrogen Dioksida (NO2) dan habuk halus dalam udara (PM10) setiap hari, dalam tempoh Sukan Olimpik nanti, dan nisbah keempat-empat sisa cemar tersebut akan diselaraskan dengan piawai negara China dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Melalui tindakan mengawal pencemaran udara, mutu udara di Beijing bertambah baik secara berterusan selama 9 tahun. Dalam Kejohanan Olahraga Dunia 2008 yang diadakan pada bulan Mac lalu, pemegang rekod dunia acara lari 5000 meter wanita, yang juga atlet terkenal Ethiopia, Meseret Defar memberitahu wartawan bahawa beliau kerap kali ke Beijing sejak beberapa tahun yang lalu, dan selalu memberikan perhatian kepada mutu udara di Beijing. Beliau berasa gembiaa kerana mutu udara di Beijing bertambah baik dan menanti-nantikan peluang kejayaannya dalam temsya sukan itu. Katanya: "Mutu udara di Beijing baik. Saya amat gembira, dan berharap mencapai kejayaan dalam Sukan Olimpik Beijing nanti."

Baru-baru ini, Institut Kawalan Mutu Udara Antarabangsa telah membuat penilaian awal kepada mutu udara di Beijing pada bulan Ogos nanti. Berdasarkan keputusan mereka, mutu udara di Beijing bagi bulan Ogos adalah baik dan tidak akan menjejaskan atlet. Walau bagaimana pun, masih ada beberapa orang atlet yang bimbang. Sehubungan dengan itu, atlet terkenal A.S. dalam acara lari berpagar lelaki, Allen Johnson menyatakan bahawa mereka tidak perlu bimbang terhadap masalah ini kerana mutu udara di Beijing dapat memenuhi syarat untuk mengadakan Sukan Olimpik. Katanya: "Tidak, saya tidak bimbang akan masalah ini. Apa yang harus kita buat ialah menggiatkan persiapan bagi temasya sukan itu."

Selain itu, beberapa pegawai sukan peringkat antarabangsa juga optimis kepada mutu udara di Beijing. Naib Ketua Pengarah Jawatankuasa Olimpik A.S., Encik SteveRoush bertanggungjawab atas persiapan kontinjen A.S. sebelum datang ke Beijing. Sejak tahun 2006, beliau berada di Beijing selama tiga bulan setiap tahun. Beliau berpendapat bahawa mutu udara di Beijing tidak akan menjejaskan atlet. Katanya: "Saya yakin udara di Beijing akan menjadi amat bersih. Atlet kami tidak bimbang akan masalah pencemaran udara, dan hanya memberikan perhatian kepada suhu dan kelembapan."

Suruhanjaya Kedoktoran Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, ketika mengumumkan penilaian terhadap mutu udara di Beijing pada bulan Mac, menyatakan bahawa mutu udara di Beijing pada bulan Ogos nanti tidak akan menjejaskan kesihatan atlet. Pengerusi Jawantankuasa Olimpik Antarabangsa, Jacques Rogge berkata: "Dalam tempoh enam hingga lapan tahun lalu, China mencapai kejayaan dalam bidang industrinya dan mengakibatkan masalah pencemaran udara. Namun, kami menghargai usaha kerajaan China untuk mengatasi masalah ini. Tindakan yang berkesan itu bukan sahaja hanya untuk Sukan Olimpik, tetapi juga untuk jangka masa panjang."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |