v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Persiapan Acara Equestrian dalam Sukan Olimpik Berjalan Lancar
2008-03-27 14:28:52 CRI

(Encik Henry Tang)

Pertandingan bagi acara equestrian dalam Sukan Olimpik Beijing akan diadakan di Hong Kong kelak. Persiapan bagi pertandingan ini mendapat perhatian orang ramai. Baru-baru ini, Pengerusi Suruhanjaya Equestrian Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimlik Beijing yang juga Setiausaha Pentadbiran Hong Kong, Henry Tang dan anggota suruhanjaya itu telah membuat tinjauan ke kampung Sukan Olimpik dan Paralimpik serta gelanggang pertandingan bagi acara equestrian di Sha Tin Hong Kong.

Dalam lawatan tersebut, wakil Syarikat Equestrian telah menujukkan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan bagi atlet dan pegawai kontinjen dari negara-negara yang mengambil bahagian. Antaranya termasuklah Pusat Perkhidmatan, kedai runcit, restoran, menu restoran yang berbeza-beza bagi warga negara yang berkaitan dan bilik khas untuk orang yang menggunakan kerusi roda.

Selepas lawatan tersebut, Pengerusi Suruhanjaya Equestrian Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimlik Beijing, Encik Henry Tang berkata: "Saya puas hati kerana persiapan kampung Sukan Olimpik berjalan lancar. Pihak penganjur telah membuat persiapan yang rapi dalam bidang penginapan, makan minum, dan jaminan keselamatan, khususnya bilik khas bagi atlet kurang upaya dalam Sukan Paralimpik."

Anggota Suruhanjaya Equestrian Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing itu juga melawat Institusi Sukan Hong Kong yang diubahsuai menjadi gelanggang pertandingan acara equestrian dalam Sukan Olimpik dan Paralimpik 2008, dan mendengar laporan tentang perkembangan projek itu. Dalam laporan itu, Ketua Jabatan Pelaksanaan Urusan Acara Equestrian Persatuan Equestrian Hong Kong, Encik John Ridley berkata bahawa projek itu sedang berjalan dengan pesat, antaranya termasuk pembinaan tempat duduk penonton untuk 18 ribu orang penonton, pembinaan kandang kuda yang dapat memuatkan 225 ekor kuda dan semua akan siap dalam masa tiga bulan lagi.

Selain itu, para pelawat itu juga mengadakan tinjauan terhadap kemudahan menurunkan suhu udara dalam kandang kuda, perkhidmatan veterinar, dan tempat latihan tertutup yang dipasang alat penyaman udara. Tempat latihan ini dibina supaya kuda dapat menyesuaikan diri dengan cuaca yang panas dan lembap pada bulan Ogos di Hong Kong.

Ketika memperkatakan kandang kuda dan kemudahan di tempat latihan itu, Encik Henry Tang berkata: "Kemudahan-kemudahan yang disediakan dalam kandang kuda amat bagus. Ia bukan sahaja boleh menjamin keselamatan kuda sepanjang tempoh pertandingan di Hong Kong, malah dapat membantu kuda dari pelbagai negara menyesuaikan diri dengan cuaca di Hong Kong untuk memberikan persembahan yang paling baik dalam pertandingan nanti."

Di samping itu, Encik Henry Tang menyatakan bahawa anggota Jawatankuasa Sukan Olimpik dari pelbagai negara juga telah mengadakan lawatan ke Hong Kong, dan mereka berpuas hati dengan kemudahan gelanggang pertandingan bagi acara equestrian di Hong Kong. Katanya: "Kira detik lima bulan ke Sukan Olimpik Beijing. Suruhanjaya Equestrian Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimlik Beijing akan mengadakan tinjauan terhadap kesemua aspek pertandingan dan kemudahan yang berkenaan bagi acara equestrian, seperti lalu lintas, jaminan keselamatan, kawalan jumlah penonton, kuarantin dan latihan sukarelawan supaya menjamin persiapan yang rapi dibuat."

Persatuan Equestrian Antarabangsa telah mengadakan persidangan di Lausanne Sewitzerland pada bulan lalu. Seramai lebih 160 perwakilan dari 25 buah negara telah menghadiri sidang itu dan mendengar laporan yang dibentangkan oleh Syarikat Equestrian Hong Kong dan Suruhanjaya Equestrian. Mereka amat menghargai persiapan yang dibuat oleh pihak penganjur dan berpendapat bahawa pertandingan bagi acara equestrian akan menjadi pertandingan peringkat tinggi.

Baru-baru ini, dalam upacara perasmian kempen sambutan Sukan Olimpik Ketua Eksekutif Biro Urusan Awam Hong Kong, Puan Carrie Yau menyatakan bahawa kerajaan Hong Kong akan bekerjasama dengan beberapa pertubuhan sosial untuk mengadakan pelbagai aktiviti sambutan Sukan Olimpik untuk menambah meriahkan suasana Olimpik.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |