v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Majlis Perasmian Sukan Olimpik Beijing Disambut Baik
2008-08-09 16:34:14 CRI

Pada malam tadi, 8 Ogos, upacara perasmian Sukan Olimpik Beijing telah diadakan di Stadium Negara yang juga dikenali sebagai Sarang Burung. Dengan menggunakan teknologi canggih, upacara perasmian yang indah dan gilang gemilang itu telah berjaya mempesonakan hampir 90 ribu orang penonton dalam stadium ini. Persembahan dalam upacara tersebut memperlihatkan gabungan yang baik antara unsur kebudayaan China dengan unsur budaya antarabangsa.

Majlis perasmian tersebut telah mendapat sambutan baik dari seluruh dunia.

Stesen-stesen TV dari seluruh dunia telah membuat program siaran langsung terhadap upacara Perasmian temasya Sukan Olimpik Beijing. Kebudayaan China yang istimewa yang dipamerkan dalam persembahan perasmian itu mempesonakan semua wartawan asing yang menyaksikannya.

Stesen TV Pertama Jerman telah membuat siaran langsung bagi seluruh acara perasmian semalam dan mengulas bahawa upacara perasmian itu "direka dengan amat teliti, persembahannya sangat berjaya dan sangat sukar untuk dilupakan".

BBC merupakan satu-satunya media TV dan radio Britain yang mempunyai hak penyiaran terhadap temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik kali ini. Penyiar BBS, Huw Edwards dalam program siaran langsung semalam mengulas bahawa upacara perasmian semalam mencerminkan keyakinan penuh rakyat China.

Stesen TV Negara Rusia pula berpendapat bahawa perasmian Sukan Olimpik Beijing menggambarkan kemajuan besar yang dicapai oleh China sejak pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka 30 tahun lalu. Sekarang rakyat China telah menikmati kekayaan, bukan sahaja dari segi harta benda, tetapi juga dari segi kerohanian.

Stesen TV NHK, Jepun dalam liputan mereka mengulas bahawa persembahan dalam upacara perasmian itu mempunyai ciri-ciri istimewa daripada kebudyaan China, seperti Opera Peking dan persembahan boneka. Persembahan itu amat mengagumkan dan menggabungkan unsur tradisi dengan kemodenan.

Stesen Pusat Vietnam dalam program siaran langsung mengulas bahawa persembahan yang memikat hati itu telah diatur sedemikian rapi dalam perasmian semalam, untuk memperlihatkan tamadun China yang gilang-gemilang serta hasil teknologi yang dicapai China pada zaman moden. Penyiar Vietnam itu juga membuat penjelasan secara terperinci terhadap konfusius, empat ciptaan penting China, tulisan kaligrafi dan Jalan Sutera yang digambarkan dalam persembahan. Mereka juga menyebut bahawa lagu temasya Sukan Olimpik Beijing yang berjudul "You dan Me" itu sungguh memikat hati dan mencerminkan semangat keharmonian.

Stesen TV Negara Pakistan dalam program mereka menyatakan bahawa stadium negara yang digelar "Sarang Burung", tempat diadakan upacara perasmian Sukan Olimpik itu amat berprestij di peringkat antarabangsa. Persembahan dalam upacara perasmian itu menggambarkan tamadun dan sejarah China yang gemilang dalam masa ribuan tahun yang lalu. Seramai 4 bilion lebih penonton dari seluruh dunia yang menjadi saksi upacara perasmian semalam telah menjadi rekod baru dalam sejarah Sukan Olimpik.

Syarikat KBS dari Republik Korea pula mengulas bahawa slogan "satu dunia, satu impinan" dapat mencerminkan tiga konsep utama dalam Sukan Olimpik Beijing, iaitu "hijau, berteknologi tinggi dan kemanusiaan".

Banyak media Turki telah membuat liputan secara menyeluruh terhadap upacara perasmian Sukan Olimpik Beijing. Mereka menyifatkan upacara itu sebagai "hidangan yang menyilau indah bergemerlapan."

Pemenang pingat emas acara trampolin lelaki Sukan Olimpik Sydney dan pingat perak Sukan Olimpik Athens dari Rusia, iaitu Alexander Moskalenko, menyatakan, "Dalam sepanjang upacara perasmian itu, saya selalu berasa berdebar-debar. Upacara perasmian itu indah sekali bermula dari pemain gendang membuat persembahan hinggalah Li Ning menyalakan obor utama. Saya percaya, upacara perasmian Sukan Olimpik Beijing merupakan upacara perasmian yang paling mempesonakan dalam sejarah Sukan Olimpik."

Cara menyalakan obor utama Sukan Olimpik merupakan fokus penonton seluruh dunia. Cara menyalakan obor itu mempunyai ciri yang tersendiri. Seorang usahawan Rusia, Vladimir Makarov berkata, "pada pandangan saya pemilihan Li Ning sebagai penyala obor utama oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing sangat tepat. Cara menyalakan obor itu pula sangat istimewa. Saya tidak pernah melihat cara ini dilakukan sebelum ini. Ini telah menjadi bahagian yang paling mengesankan dalam ingatan saya."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |