v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Tujuh Pingat Emas Sukan Olimpik Beijing Dilahirkan Hari Ini
2008-08-09 23:40:01 CRI

Sebanyak tujuh pingat emas Sukan Olimpik Beijing telah digondolkan setakat pukul 9.00 malam ini.

Atlet Czech, Katerina Emmons memenangi pingat emas dengan memecahkan rekod Olimpik 503.5 mata selepas melakukan tembakan sempurna 400 di peringkat kelayakan.

Atlet China, Chen Xiexia, 25 tahun, menggondol pingat emas dalam acara angkat berat 48 kg wanita Sukan Olimpik Beijing dan telah memecahkan rekod Sukan Olimpik acara tersebut. Ini merupakan pingat emas pertama yang dimenangi oleh Kontinjen China dalam temasya sukan ini.

Penambak China, Pang Wei menjadi juara dengan pencapaian 688.2 mata dan turut merangkul pingat emas dalam acara 10m air pistol (60 tembakan) lelaki.

Atlet dari Sepanyol, Samuel Sanchez menggondol pingat emas dalam perlumbaan basikal acara jalan raya lelaki Sukan Olimpik Beijing.

Pertandingan acara Judo 60 kg Lelaki Sukan Olimpik Beijing selesai di Stadium Universiti Sains dan Teknologi Beijing petang tadi. Atlet dari Republik Korea, Choi Minho menggondol pingat emas dalam pertandingan akhir acara tersebut.

Sementara itu, Atlet Romania, Dumitru Alina Alexandra meraih johan dalam acara judo 48 kg wanita dengan mengalahkan atlet dari Cuba, Yanet Bermoy.

Atlet dari A.S., Mariel Zagunis menggondol pingat emas dalam pertandingan acara saber individu wanita hari ini.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |