v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Enam Pingat Emas Direbut pada Pertandingan Hari Kedua
2008-08-10 15:59:10 CRI

Sehingga pukul 2.30 petang tadi, ada 6 pingat emas yang diperoleh dalam acara renang dan menembak.

Atlet A.S., Michael Phelps memecahkan rekod dunia acara 400m individu medley lelaki dengan pencapaiannya 4'3''84 dan berjaya merangkul pingat emas pagi tadi.

Dalam pertandingan renang 400m gaya bebas lelaki, atlet Republik Korea, Park Tae Hwan menjadi johan. Ini merupakan pingat emas pertama bagi negara itu dalam sejarah acara renang Sukan Olimpik. Manakala atlet China, Zhang Lin menjadi naib johan. Ini pula merupakan pingat pertama bagi lelaki China dalam sejarah acara renang Sukan Olimpik.

Atlet Australia, Stephanie Rice mencipta rekod dunia yang baru dalam acara 400m individu medley wanita dan berjaya meraih pingat emas.

Pasukan Belanda menggondol pingat emas dalam acara 4*100m gaya bebas berganti-ganti wanita dan memecah rekod Sukan Olimpik dengan pencapaian 3'33''76.

Dalam acara 10m pistol angin wanita, atlet China, Guo Wenjun, 24 tahun, berjaya memperoleh pingat emas.

Atlet China, Guo Jingjing dan Wu Minxia berjaya merangkul pingat emas dalam acara terjun seirama 3m papan anjal wanita yang baru berakhir.

Selain itu, atlet Singapura, Tao Li memecah rekod Asia dalam pertandingan separuh akhir 100m kuak kupu-kupu wanita.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |