v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Penonton Menghayati Daya Tarikan Pertandingan Sukan Olimpik
2008-08-10 16:43:31 CRI

Dengan pelbagai acara pertandingan Sukan Olimpik Beijing dimulakan secara menyeluruh semalam, stadium dan gelanggang berkenaan telah dipenuhi oleh penonton dari seluruh dunia untuk menyaksikan pertandingan.

Pertandingan badminton perseorangan wanita mula diadakan di Stadium Universiti Industri Beijing semalam. Pertandingan pertama dalam acara itu disertai oleh pemain badminton dari Indonesia,Yuulianti Maria Kristin yang menduduki tempat ke-24 ranking di dunia dan pemain Jerman, Schenk Juliane yang menduduki tempat ke-13 di dunia. Suara sorakan penonton bergema kedengaran tidak berhenti kerana pertandingan itu amat sengit dan menarik.

80% daripada lebih 7,000 tempat duduk di stadium itu didapati penuh dengan para penonton. Antaranya, sekumpulan penonton dari Indonesia yang berpakaian warna merah dan putih. Mereka memegang bendera negara dan melaungkan semangat berjuang untuk pemain Indonesia. Encik Lie Kok Swan yang berusia 80 tahun adalah seorang daripada mereka. Beliau berkata: "Saya berasa sangat gembira dapat datang ke Beijing untuk menyaksikan Sukan Olimpik. Sudah lebih sepuluh kali saya datang ke China dan sangat suka negara ini, terutama penduduknya yang ramah. Pada pukul 10 pagi, saya sudah sampai ke stadium ini untuk memberi sorakan semangat kepada Yuulianti. Sebenarnya saya datang ke Beijing kali ini adalah untuk menyaksikan upacara perasmian Sukan Olimpik. Upacara itu sungguh menarik dan mengagumkan. Keadaan seperti itu tidak pernah saya lihat sebelum ini."

Badminton digelar sebagai bola negara dan diminati ramai di Indonesia. Antara para penonton dari Indonesia, terdapat sepasang suami isteri yang sudah empat kali menyaksikan sendiri pertandingan Sukan Olimpik dengan mata kepala sendiri. Puan Hana Ananda berkata: "Kami menyaksikan Sukan Olimpik di Seoul, Atlanta, Sydney dan Athens, dan kali ini pula di Beijing. Suami saya sangat suka menonton sendiri pertandingan di hadapan gelanggang kerana suasana kemeriahannya tidak dapat dirasai menerusi siaran TV. Di sini, kami dapat benar-benar merasai sengitnya pertandingan dan menghayati daya tarikan secara dekat temasya Sukan Olimpik."

Antara para penonton lain, mereka yang datang dari Denmark, Belanda dan A.S.. Sebilangan besar adalah warga China sendiri. Puan Yang Jie dari Chengdu membawa anaknya datang menonton pertandingan badminton tersebut. Beliau ingin anaknya merasai suasana pertandingan dan mempelajari semangat gigih para atlet. Menurutnya, menonton pertandingan Sukan Olimpik secara berdepan merupakan perkara yang amat bermakna. Katanya: "Saya berasa amat terharu apabila melihat ramai sukarelawan yang bertugas dengan bersungguh-sungguh serta stadium yang dihiasi dengan begitu cantik. Kami tidak pernah menyaksikan Sukan Olimpik dengan begitu dekat dan rasanya berlainan dengan menonton siaran TV. Kami bersorak penuh semangat untuk pemain dari kedua-dua negara, terutama pemain Indonesia yang tetap bermain bersungguh-sungguh walaupun pungutan ketinggalan. Saya harap anak kecil saya boleh mempelajari semangat atlet yang teguh dan tidak mengaku kalah."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |