v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Perkhidmatan Perubatan kepada Atlet, Pegawai, Wartawan dan Penonton Sukan Olimpik Beijing
2008-08-10 15:41:23 Agensi Berita Xinhua China

Pada pukul 7.00 pagi, ketua jururawat, Xu Chunjuan tiba di pejabatnya yang terletak di dalam "Sarang Burung", Stadium Negara, dan mula mengira ubat-ubatan, alat perubatan dan kerja persiapan yang lain. Puan Xu berkata, "Saya mulai bekerja di sini pada 8 Julai lalu. Dalam tempoh Sukan Olimpik, kami akan menyediakan perkhidmatan perubatan kepada atlet, pegawai, wartawan dan penonton."

Puan Xu Chunjuan yang umur 33 tahun ini, telah bekerja dalam sektor perkhidmatan perubatan kecemasan selama hampir 10 tahun. Pada tahun yang lalu, beliau telah lulus peperiksaan bahasa asing dan pengetahuan professional, dan berjaya dipilih menjadi salah seorang anggota pasukan perubatan yang berkhidmat di Stadium Negara sepanjang Sukan Olimpik ini.

Sepanjang tempoh Sukan Olimpik nanti, tempoh upacara perasmian dan penutupan Sukan Olimpik dan Paralimpik, serta acara olahraga dan pertandingan bola sepak, Sadium Negara ini dijangka akan menerima lebih 100 ribu orang atlet, pegawai dan penonton.

Pengarah Bahagian Perkhidmatan Stadium Negara yang juga Naib Presiden Hospital Persahabatan China-Jepun, Encik Peng Mingqiang menyatakan bahawa pasukan perubatan yang berkhidmat di Stadium Negara terdiri daripada lebih 170 orang doktor dan jururawat. Sejak bulan Ogos tahun 2007, mereka telah menjalani latihan bahasa asing dan kemahiran menyelamat dalam kecemasan.

Encik Peng Mingqiang menyatakan bahawa pekerja yang dipilih untuk berkhidmat bagi Sukan Olimpik ini mempunyai profesionalisme yang bertahap tinggi. Namun, menjalankan kerja penyelamatan kecemasan bagi atlet berbeza sedikit dengan operasi menyelamat yang lain. Doktor dan jururawat perlu bekerjasama dengan pengadil dan doktor skuad atlet yang berkenaan, pembalutan dan pemindahan atlet yang cedera juga perlu mengikut cara yang ditetapkan. Jadi, latihan tersebut memang bertujuan memastikan operasi menyelamat memenuhi piawai sukan.

Sistem jaminan perubatan yang disediakan di Stadium Negara terdiri daripada lapan buah pusat perubatan bagi atlet, penonton, tetamu kehormat, kawasan latihan dan badan media, serta 10 buah klinik yang ditempatkan di lapangan sukan. Selain itu, terdapat 10 buah ambulans khusus berkhidmat untuk Stadium Negara.

Menurut Encik Peng Mingqiang, selain doktor dan jururawat, ramai sukarelawan yang akan berkhidmat untuk penonton dalam tempoh pertandingan. Mereka akan meronda di sekitar tempat duduk penonton supaya orang yang sakit atau memerlukan bantuan dapat ditemukan segera dan dikejarkan ke pusat perubatan untuk menerima rawatan yang diberikan percuma.

Ada sebuah rumah yang hampir dengan kawasan latihan bagi atlet ini yang amat menarik perhatian ramai. Dalam rumah yang seluas lebih 100 meter persegi ini dipasang 12 buah katil urut, dan setiap katil ini dipisahkan dengan tirai. Set TV juga disediakan di sini. Menurut Encik Peng Mingqiang, ini ialah bilik urut yang khusus disediakan untuk atlet. Di sini terdapat 16 orang tukang urut yang bersedia berkhidmat untuk atlet secara percuma. Para atlet yang sedang menerima perkhidmatan di sini sentiasa akan dapat mengetahui maklumat pertandingan melalui siaran TV.

Sama dengan Stadium Negara, gelanggang bagi semua acara pertandingan dan latihan Sukan Olimpik Beijing, juga dilengkapi dengan pasukan perubatan.

Menurut penerangan Naib Ketua Bahagian Perkhidmatan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Encik Dai Jianping, sejumlah 226 buah pusat perubatan telah ditubuhkan untuk semua gelanggang, dan lebih 5,000 orang doktor dan jururawat menyertai misi perkhidmatan perubatan dalam tempoh Sukan Olimpik ini, di Beijing dan enam buah bandar kerjasama yang lain.

Wartawan kita dimaklum bahawa ada 24 buah hospital di bandar Beijing yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing sebagai hospital khas untuk berkhidmat bagi Sukan Olimpik, antaranya Hospital Persahabatan China-Jepun yang memberikan perkhidmatan kepada atlet, Hospital Xiehe Beijing bagi pegawai dan tetamu kehormat yang menyertai Sukan Olimpik, dan Hospital Anzhen Beijing yang dibuka kepada badan media. Sekarang, 24 buah hospital tersebut telah mencapai piawai yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dalam aspek struktur, sistem bekerja, tanda arah bahasa Mandarin dan bahasa Inggeris, laluan hijau, kemudahan tanpa halangan, perkhidmatan dengan bahasa asing serta kawalan terhadap ubat perangsang dan ubat lain yang dilarang digunakan oleh atlet.

Ketua Bahagian Jaminan Perubatan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Encik Jin Dapeng menjelaskan bahawa untuk memudahkan atlet dan pegawai dari pelbagai negara untuk menerima rawatan, sebuah klinik tiga tingkat telah dibina dalam perkampungan Sukan Olimpik. Klinik itu mempunyai lebih sepuluh bahagian termasuk bahagian penyakit dalam, bahagian penyakit tulang dan bahagian fisioterapi, dan dilengkapi mesin perubatan yang moden. Seramai 626 orang doktor dan jururawat bertugas di sini untuk memberikan perkhidmatan perubatan yang sempurna kepada atlet.

Selain itu, klinik tersebut juga dapat menyediakan perkhidmatan penterjemahan dalam bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Jerman. Klinik ini mampu menyediakan perkhidmatan kepada 700 hingga 800 orang pada satu-satu masa setiap hari. Bagi pesakit memerlukan rawatan berterusan dan tingga di hospital, mereka akan dihantar ke 24 buah hospital khas yang disebutkan tadi.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |